GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.

Ribut suria…alam masih belum mahu kiamat !

Fenomena ribut suria yang melanda ekoran kitaran aktif matahari yang dipercayai berlaku sejak minggu lepas telah menimbulkan kegemparan di seluruh dunia.

Carian dalam enjin carian seperti Google ke atas istilah seperti “ribut suria”, “solar flare” dan istilah-istilah lain yang ada kena mengena dengan fenomena luar biasa tersebut meningkat dengan mendadak.

Tidak ketinggalan juga…laman kebunketereh…telah mencatatkan peningkatan bilangan pengunjung yang begitu luar biasa sekali…terima kasih ! More >

GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.

Bumi berdepan ribut suria lebih dahsyat

Seperti yang dijangkakan   ribut suria yang terbesar  dalam tempoh lebih enam tahun akhirnya  berlaku dengan  menghamburkan radiasinya ke  Bumi.

GAMBAR yang dirakamkan oleh Solar Dynamics Observatory (SDO), Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pada malam AHAD, 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.

More >

Gong Xi Fa Cai

Membara membakar...

Seluruh Mesir bergema dengan jeritan "KAMI MENANG". Negara Arab mana pula selepas ini ?

Islam menang 75 peratus undi

KAHERAH: Keputusan akhir pilihan raya Mesir menunjukkan puak Islam memenangi tiga perempat daripada kerusi Parlimen Mesir dalam pengundian pertama negara itu sejak bekas presiden Hosni Mubarak digulingkan tahun lalu.

Penguasaan puak Islam di Parlimen Mesir menimbulkan kebimbangan kelompok konservatif mengenai perlembagaan negara yang bakal dipinda dan dipercayai lebih berteraskan Islam. More >

Gempar bunyi dari langit

Bunyi misteri

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.

Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.

Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu

More >

Kenapa kita masih melawan hukum Allah

Dalam meniti arus kehidupan di dunia yang sementara ini ramai dari kalangan kita sebenarnya buat-buat lupa akan satu hakikat…kita hanyalah sekerdil-kerdil hamba yang diciptakan oleh  Allah Yang Maha Besar, Tuhan sekalian alam.

Jadi kenapa kita masih lagi engkar terutamanya dalam menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini ? Ikutilah kupasan ringkas tetapi padat oleh Ustaz Azhar Idrus.

Maghi pakat rhama-rhama ke Kelate

Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 denga segalo hormat dijeput dan dipersiloke adik kakok sekelie pakat rhama-rhama maghi melawat Kelate, Negeri Tanoh Seri Indoh Sekebun Bungo, Kisare Payong Cik Siti Wan Kembe.

Hakikat ‘Melayu’

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak. More >

Gurindam Hikmah Melayu

Melayu terbilang

Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.
Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!! More >

Acheh gempa lagi

JAKARTA: Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter awal tadi yang menggoncang pusat bandar Banda Aceh, turut mengejutkan pelajar Malaysia di situ yang sedang nyenyak tidur, namun mereka semua dilaporkan selamat.

Atase Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta yang juga Setiausaha Satu Education Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun, berkata sejurus selepas kejadian, Biro Kebajikan, Keselamatan dan Kediaman Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Aceh menghubungi semua pelajar Malaysia terbabit dan meminta mereka menyelamatkan diri. More >

Menegakkan Panji-Panji Syahadah...satu matlamat

Zaman kekhalifahan akan kembali ?

Berita baik di awal tahun 2012…umat Islam akan kembali dipimpin oleh Khalifah! Benarkah ?

Berita gempar dan mengejutkan ini dicetuskan oleh seorang Ulama besar Jordan yang bernama Sheikh Yassin Al-’Ajlouni, pada Jumaat 13 Disember 2011.

Alhamdulillah jika benar, kerana sememangnya itulah yang sangat-sangat ditunggu-tunggu oleh bukan sahaja seluruh umat Islam bahkan oleh sekalian makhluk yang ada di langit serta di bumi.

Misi membebaskan Tanah Suci umat Islam

More >

Mengapa wanita ramai di neraka

Mungkin ramai golongan wanita tidak senang bila membaca tajuk di atas. Tetapi itulah  kenyataannya kerana Rasulullah SAW tidak pernah berdusta. Terdapat beberapa hadis Nabi SAW yang sahih menjelaskan perkara ini.

Di antaranya ialah   hadis yang diriwayatkan oleh  Imam Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

“Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah golongan wanita.”

Sekiranya anda seorang wanita, anda tidak perlu risau. Ramai tidak bermaksud tidak berpeluang langsung untuk masuk syurga. More >

Menggerunkan...gambaran kemusnahan dalam "2012"

2012 penerus kebangkitan

Baharu sahaja rasanya bermulanya tahun Masehi 2011, namun tinggal beberapa jam sahaja lagi ianya bakal pergi meninggalkan kita…tanpa dapat diulanginya kembali.

Apa yang tinggal kini hanyalah kenangan-kenangan sama ada berupa kenangan semanis madu ataupun  pahit bak hempedu…semuanya terpaksa ditelan jua. Semoga semuanya dapat diambil sebagai pedoman dan iktibar bagi melayari bahtera di lautan badai 2012.

Semoga semuanya sejahtera

Sudah menjadi kebiasaan tahun baharu akan disambut dengan meriah di seluruh dunia apabila berlalunya detik 12.00 tengah malam pada 31 Disember pada setiap tahun. More >

Subhanallah..fenomena sama yang berlaku di Segamat, Johor. Gambar ini diambil di Labuan oleh seorang hamba Allah. Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Awan pelik

Subhanallah…setiap mata yang memandangnya pastinya terpukau…takjud dan mungkin gerun. Itulah yang mungkin dapat digambarkan apabila menatap gambar yang dikirimkan dalam laman Facebook ‘Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus’.

Gambar-gambar awan pelik tersebut dikatakan telah diambil di Segamat, Johor dan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Mungkinkah ia hanyalah sekadar  fenomena biasa alam semulajadi atau mungkin juga ada pengajaran atau mungkin juga AMARAN di sebaliknya…terserahlah !

Perhatikan maksud Firman Allah berikut;

Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya. (Surah Yunus: 101)

Sama-samalah kita renungi serta fikirkannya… More >

Yang sering kita lupa

Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu. Firman Allah SWT:

“Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar” (Al Ankabut : 45)

Setiap hari kita kita solat sebanyak 5 kali dan pada setiap kali itulah kita berdoa, memohon kebaikan kepada Allah.

Tetapi sayang, rupa-rupanya selama ini kita hanya memohon tanpa memahami. Cukup  sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini. More >

Sekitar pemasyhuran Agong XIV

Semalam Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah menyempurnakan upacara melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat  dan gilang-gemilang di Istana Negara yang baharu di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Upacara berkenaan dianggap sungguh unik kerana ianya berlaku satu-satunya hanya di Malaysia. Selain bersejarah  peristiwa berkenaan juga telah memahat sejarah…sesungguhnya sejarah itu berulang !

Daulat Tuanku...Allahuakbar ! Unik kerana selain mempunyai mempunyai bendera berlatarbelakangkan warna merah saga yang sama, Kedah dan Kelantan juga mewarisi akar sejarah yang sama...keduanya adalah legasi keagungan Empayar Langkasuka dan Kesultanan Patani.

Saksikan paparan gambar-gambar menarik sepanjang upacara keberangkatan serta pemasyhuran Yang Di-Pertuan Agong XIV serta Timbalannya. More >

Allahuakbar !

Allahuakbar !

Dirgahayu Tuanku

Seluruh rakyat pastinya teruja serta bangga apabila sekali lagi dapat menyaksikan upacara gilang-gemilang menyambut keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong XIV Al-Sultan Al- Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah binti Hamidun ke Istana Negara, Kuala Lumpur.

Yang Di-Pertuan Agong XIV

Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Yang Di-Pertuan Agong XIV oleh Majlis Raja-Raja  dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja  yang dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang pada 14 Oktober yang lalu. Pemilihan dilakukan mengikut peruntukan Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. More >

Selamat Bersemayam di Singgahsana Negara

DAULAT TUANKU

Selamat Keberangkatan Balik

Daulat Tuanku

Digoda si nona manis

Si nona kulit menggerutu

Sebut sahaja si nona manis, pasti ramai khususnya para pria akan berdebar-debar jantung hatinya. Terbayang  di dalam benak fikiran mereka…si gadis manis lagi jelita yang bisa menggoda sesiapa sahaja yang memandangnya.

Sesiapa sahaja pasti akan cuba menawan hati dan  memiliki si nona manis…apatah lagi jika si nona manis itu pandai menggoda.

Demikianlah penangan si nona manis…sesiapapun tidak akan mampu berpaling darinya…kecuali bagi pria yang memang kuat imannya.

More >

Menegakkan Panji-Panji Syahadah...satu matlamat

Seruan kepada Ahlul-Bait Nabi SAW

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wr wbkth,

Kepada Tuan-tuan Sayyid, Habib, Syarif dan  kaum keluarga sekelian, sama ada yang masih mengekal identiti asal mahupun yang telah lebur menjadi rumpun baka Nusantara ini, tampillah ke hadapan dengan penuh semangat dan keinsafan, upayakanlah potensi sebenar yang ada dalam diri anda sekelian. Demi sesungguhnya, anda sekelian berasal dari sulbi dan darah daging semulia-mulia makhluk ciptaan Allah SWT, Sayyidul-Anbiya-Wal-Mursalin, Habibullah, Khatimul-Anbiyya’, Rahmatu-li’L-‘Alameen, junjungan mulia Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Sesungguhnya umat Islam amat dahagakan kepimpinan serta bimbingan anda, hatta kepingin untuk mencontohi teladan yang baik dari fitrah kesufian, akhlak luhur dan keperibadian mulia yang begitu terserlah pada leluhur anda sekelian dari kalangan alim-ulama dan mubaligh-mubaligh ahlul-bait awallun dari Mekah, Madinah dan Hadhramaut itu. Sesungguhnya sifat-sifat tersebut yang mungkin sebahagiannya masih lagi terpendam di dalam lubuk jiwa dan nurani  anda perlu digali keluar, dizahir serta diupayakan demi kesejahteraan dan menafaat umat Islam sejagat.

More >