Laman khas untuk PERTUBUHAN KERABAT LONG GAFFAR (PKLGK)

LOGO RASMI PKLGK

NAMA DAN ALAMAT PERTUBUHAN

  1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama ‘PERTUBUHAN KERABAT LONG GAFFAR KELANTAN’ (PKLGK).
  2. Alamat berdaftar ialah:

C 15, Jalan Tanah Merah,

Bandar Lama Machang,

18500  Machang, Kelantan Darul Naim

Balai Long Gaffar di dalam Bangunan PKLGK di Machang

HURAIAN LAMBANG / LOGO PERTUBUHAN  KERABAT LONG GAFFAR KELANTAN

Lambang pertubuhan ini adalah berbentuk bulat dengan mahkota menjulang ke atas. Di dalamnya Dua Tangkai Padi berwarna Kuning Emas melingkungi satu bulatan. Di tengah-tengah bersilang Dua Bilah Keris berwarna merah, di tengah bersilang keris itu terpacak sebilah sundang / pedang berwarna kekuningan. Di atas hulu sundang itu terletak sebuah mahkota berwarna merah. Latar belakang berwarna putih, pada bahagian bawah berwarna kuning bertulis ‘PERTUBUHAN KERABAT LONG GAFFAR KELANTAN’ rumi dan jawi dengan cogan kata jawi ‘BERMUAFAKAT & BERKAT’. Perkataan ‘KELANTAN’ di sebelah bawah sekali.

Tafsiran Lambang

  1. WARNA KUNING – Melambangkan kelembutan budaya kerabat yang mempunyai budi pekerti yang bersopan dan halus yang mesti menjaga maruah dan kedaulatan asli.
  2. WARNA MERAH – Melambangkan keberanian mempertahankan keutuhan Islam dan Negara.
  3. WARNA PUTIH – Melambangkan kesucian, kejujuran dalam serba-serbi tanggungjawab, jauh dari segala perasaan dengki khianat bagi melaksanakan tugas kepada kerabat, keluarga dan masyarakat.
  4. DUA TANGKAI PADI – Melambangkan perpaduan tenaga bagi menjaga keutuhan kerabat, keluarga dan masyarakat.
  5. KERIS BERSILANG – Melambangkan keutuhan bangsa Melayu yang sentiasa mematuhi ketua.
  6. SUNGANG YANG TERPACAK DI TENGAH – Melambangkan ketua yang mesti dihormati.
  7. SEBUAH MAHKOTA YANG TERLETAK DI ATAS – Melambangkan kedaulatan Di RAJA yang semua mesti taati kerana ia adalah anugerah ALLAH yang sentiasa menjaga kesucian Islam.
  8. COGAN KATA ‘ Bermuafakat & Berkat’ – Dua perkataan yang bererti muafakat usaha kerabat dan keluarga ini bekerjasama dengan selamat. Kerjasamalah segala masalah senang diatasi iaitu mendapat berkat dari ALLAH.

Syarat-Syarat Memilik Lambang / Logo

  1. Seorang ahli kerabat atau keluarga yang satu keturunan.
  2. Seorang ahli Pertubuhan Kerabat Long Gaffar Kelantan yang diakui sah keahliannya.
  3. Mempunyai kenderaan sendiri dengan memberi keterangan lengkap kenderaan yang digunakan.
  4. Sedia berkhidmat kepada mana-mana ahli yang dalam kecemasan atau kesusahan di mana-mana dan bila-bila masa.
  5. Sentiasa menjaga nama baik dan kehormatan Kerabat Long Gaffar setiap masa dan ketika.

Larangan-Larangan

  1. Tidak dibenarkan digunakan kepada kenderaan perniagaan seperti kereta sewa, van, lori atau kenderaan untuk mencari nafkah hidup.
  2. Tidak boleh diberi pinjam atau dijual kepada mana-mana orang yang bukan ahli kerabat atau keluarga Long Gaffar.
  3. Pertubuhan ini tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kesalahan di bawah Akta Lalulintas (Jabatan Pengangkutan Jalan)

Tindakan

  1. Tindakan tata tertib akan dikenakan kepada ahli-ahli yang menyalahi syarat-syarat penggunaan logo di atas.
  2. Logo akan ditarik balik jika sabit kesalahan.
  3. Pertubuhan boleh memohon bantuan Polis untuk melaksanakan bagi menguatkuasakan penggunaan Logo tersebut.
  4. Pihak Pertubuhan berhak membawa ke Mahkamah di atas penyalahgunaan pemakaian Logo kerabat atau mencetak atau menjual tanpa kebenaran rasmi dari pihak pertubuhan.

PERLEMBAGAAN PKLGK

TUJUAN-TUJUAN DAN MAKSUD-MAKSUD PERTUBUHAN KERABAT LONG GAFFAR KELANTAN

  1. Menyatupadukan ahli kerabat dan keluarga.
  2. Mengadakan perhubungan yang erat di antara ahli kerabat dan keluarga.
  3. Merapatkan persaudaraan dan suai-kenal antara ahli kerabat dan keluarga.
  4. Membantu meninggikan taraf pendidikan anak-anak ahli kerabat dan keluarga.
  5. Menubuhkan satu badan kebajikan untuk ahli-ahli kerabat dan keluarga.
  6. Bekerjasama dalam bidang-bidang meninggikan taraf hidup ahli kerabat dan keluarga.
  7. Bekerjasama dalam sebarang kegiatan bagi ahli kerabat, keluarga dan masyarakat.
  8. Menanam semangat jaya diri bagi membasmi kepapaan ahli kerabat dan keluarga.
  9. Menanam sikap tolak ansur antara ahli kerabat dan keluarga.
  10. Bekerjasama dalam kegiatan sosial antara ahli kerabat dan keluarga.
  11. Menjalankan industri-industri pertanian, perlancongan, menyerah, memindah milik, pajak-memajak, membahagikan tanah dan mengurus tanah, bangunan, jentera, kilang, mesin, kenderaan, lesen dan lain-lain yang diperlukan untuk menjalankan tujuan.
  12. Menerima wang-wang pertaruhan daripada ahli.
  13. Membuat lain-lain pekerjaan yang difikirkan perlu dengan kebenaran pendaftar.

Dari kiri NYDP, Dato' Nik Sapea (yang dijemput bagi perasmian AGM), YDP dan SU PKLGK dalam satu AGM PKLGK beberapa tahun lepas

Mesyuarat Agung PKLGK yang diadakan beberapa tahun dahulu

Majlis berbuka puasa

Derma bagi membantu ahli yang ditimpa musibah

KEAHLIAN

  1. Keahlian terbuka kepada ahli-ahli kerabat, keluarga long Gaffar dan yang ada kaitan dengannya, tidak kira di mana mereka berada yang telah berumur 18 ke atas.
  2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli kerabat dan dihantar kepada setiausaha yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
  3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya diluluskan seperti yang tersebut di atas hendaklah setelah mebayar bayaran masuk dan yuran tahunan yang pertama seperti yang telah ditentukan diterima menjadi ahli pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
  4. Seorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.