STOCKHOLM – Seekor ikan dayung gergasi yang jarang ditemui di Sweden sejak 130 tahun lalu ditemui terdampar di pesisir pantai negara itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Spesies yang juga digelar sebagai raja ikan herring itu dijumpai dalam keadaan sudah tidak bernyawa di Bovallstrand di sebuah perkampungan terpencil dekat sempadan Norway oleh seorang penduduk, Kurt Ove Eriksson, 73, pada Sabtu lalu.

GAMBAR menunjukkan seorang lelaki mengukur panjang ikan dayung di sebuah akuarium awam, House of the Sea Aquarium in Lysekila, Sweden

“Ia amat panjang dan berkilauan serta mempunyai misai selain sirip ganjil berwarna merah jambu yang cerah walaupun ikan itu sudah tidak bernyawa dan ditemui terapung berdekatan dengan pantai,” kata lelaki tersebut kepada agensi berita Associated Press.

Bangkai ikan sepanjang 3.65 meter itu diserahkan kepada sebuah pusat akuarium awam, The House of the Sea di bandar Lysekil untuk kajian.

Sepanjang hampir 4 meter...Rupa-rupanya di tempat kita dipanggil ikan parang

Beliau berkata, ikan dayung gergasi sebenarnya boleh membesar sehingga 11 meter namun spesies itu dipercayai hanya tinggal di kawasan laut dalam manakala penemuan rekod terakhir di Sweden pernah dicatatkan pada 1879 lalu.

Duyung Sweden

“Saya pernah memancing di sekitar perairan itu sejak 1957 dan belum lagi pernah melihat ikan seperti ini tetapi saya tahu ikan tersebut pada kebiasaannya ialah ikan laut dalam,” kata Eriksson. – AP