Berikut ialah pembandingan di antara Raja-Raja Long Gaffar dan Long Yunus  dari tahun 1760 sehingga 1900. Untuk catatan pemerintahan keturunan Long Gaffar di Kelantan berakhir pada tahun  1915, setelah Engku Besar Jeram  telah berjaya dikalahkan oleh British dalam perang MUSUH BESAR yang terkenal dengan kisah kepahlawanan Tok Janggut yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir bagi mempertahankan kedaulatan kerajaan keturunan Long Gaffar. Puncanya adalah kerana mereka enggan mengakui “ketuanan” Siam dan British di Kelantan. Selepas berjaya menewaskan Kerajaan Jeram, askar sepoi British telah membakar hangus istana Jeram selama 7 hari 7 malam bagi memadamkan kisah satu kisah agung perjuangan menentang penjajahan British dan Siam di Kelantan. Walau bagaimanapun, berbeza dengan apa yang ditulis dalam buku-buku sejarah, Tok Janggut tidak syahid dalam pertempuran tersebut. Beliau berjaya menyelamatkan diri , begitu juga dengan Raja Jeram, Engku Besar Tuan Ahmad berjaya melarikan diri di Kota Bharu, Reman.  

LONG GAFFAR (1760 -1783)

  • 1760 dipilih sebagai tahun Kelantan diasaskan dan bermulanya pemerintahan Long Gaffar yang  di Kelantan.
  • 3 bulan selepas berakhirnya Perang Kota Kubang Labu I pada akhir 1750-an, baginda bersama rombongan yang turut disertai Long Yunus  berangkat menyabung ayam di Terengganu. Pada masa itu Terengganu diperintah oleh Sultan Mansur  Riayat Shah   (Marhum Berjanggut, 1733 – 1793).
  • Selepas berjaya mengalahkan   pasukan Bugis, baginda dan rombongan diraikan oleh Sultan Terengganu selama 6 bulan.
  • Semasa pulang dari Terengganu pada tahun 1760, baginda dan rombong yang turut diiringi oleh pasukan tentera dari Terengganu telah diserang oleh pasukan Long Muhamad (Raja Kota Kubang Labu) di Kuala Besut.  Serangan tersebut berjaya dipatahkan. Pada malamnya Kota Kubang Labu diserang oleh pasukan yang diketuai oleh Long Gaffar menyebabkan meletusnya perang Kota Kubang Labu Ke- II. Kota Kubang Labu berjaya ditawan dan Long Muhamad berjaya dibunuh. Maka berakhirlah pemerintahan Kota Kubang Labu.
  • Kajayaan ini menandakan bermulanya penguasaan Long Gaffar di negeri yang di kenali sebagai “TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA, KISARAN PAYUNG WILAYAH CIK SITI WAN KEMBANG”  , Long Gaffar telah mengasaskan pemerintahan di Kota Jelasin (Wakaf Che Yeh). Selepas lebih kurang setahun, baginda telah memindahkan pusat pemerintahannya ke Limbat pada tahun 1762.
  • Perpindahan pusat pemerintahan ke Limbat menandakan bermulanya penubuhan KELANTAN yang berasal dari perkataan “Negeri Yang Di Kerat Lintang”.
  • Baginda Long Gaffar menguasai secara mutlak kuasa pemerintahan Kelantan. Sebagai membalas jasa, Long Yunus pula telah diberikan kuasa memerintah di Kota Bharu. Peristiwa inilah yang menyebabkan munculnya nama “Negeri Yang Di Kerat Lintang”, iaitu negeri yang di kerat lintang di antara Baginda Long Gaffar dan Long Yunus. Sempadan bagi kedua-dua kawasan pemerintahan ini ialah Sungai Pasir Tumboh.
LONG YUNUS (1762-1794)

  • Long Yunus turut serta dalam rombongan Long Gaffar ke Terengganu.
  • Semasa di Terengganu Long Yunus telah dikahwinkan dengan Tuan Chik Jumat, Chik Puan Balai Dua, anak perermpuan  Engku Tenang Wangsa  Terengganu.
  • Sebagai membalas jasa di atas kesetiaannya terhadap Long Gaffar, Long Yunus pula telah diberikan kuasa memerintah meliputi kawasan pantai bermula di Kuala Kemasin,  Kota Bharu, Tabal sehingga Bukit Tanjung  (Narathiwat).
  • Walaupun diberikan kuasa memerintah wilayah tersebut, kuasanya adalah terbatas. Kuasa pemerintahan sebenar masih lagi berada di bawah kekuasaan Baginda Long Gaffar yang berpusat di Limbat.
  • Long Yunus tidak boleh menjatuhkan hukuman bunuh terhadap pesalah tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Baginda Long Gaffar di Limbat.
  • Konsep pembahagian kuasa (deligating power) yang diasaskan oleh Baginda Long Gaffar ini terus diamalkan dan dihormati sehinggalah kemangkatan Long Yunus.

TENGKU MUHAMAD  (1794-1800)

  • Menantu Long Yunus (suami Cik Ku Tuan Nawi) dan  putera kepada Sultan  Terengganu iaitu Sultan Mansor.
  • Pemerintahannya tidak lama  kerana  kurang disenangi terutamanya oleh putera sulong Long Yunus iaitu Long Muhamad.
  • Pemerintahan berakhir selepas berjaya dikalahkan oleh Long Muhamad pada 1801.

BAGINDA LONG SERI (1783-1851)

  • Merupakan putera sulong Long  Gaffar
  • Juga merupakan bapa mertua kepada Long Senik Mulut Merah (Sultan Muhamad II) .  Beliau berkahwin dengan puteri sulong Long Seri yang dikenali sebagai Puteri Gunung.
  • Pada awal pemerintahannya, Kerajaan Patani jatuh ke tangan Siam (1785).
  • Pada masa pemerintahan baginda Long Seri, berlaku Perang Padang Rombakan. Baginda berjaya menghalang Raja Bukit Marak daripada menyerang Kota Bharu yang pada masa itu diperintah oleh menantu nya iaitu  Long Senik Mulut Merah. Sebagai balasan di atas kejayaan tersebut, baginda Long Seri telah di raikan selama tujuh hari tujuh malam di Kota Bharu dan di anugerahkan gelaran Tengku Perdana Menteri. Anakanda baginda Long Mansor diberi gelaran  Tengku Selia Raja dan Long Demor dianugerahkan gelaran Tengku Seri Maharaja. Long Senik Mulut Merah sendiri kemudiannya memakai gelaran Tuan Senik Mulut Merah.  Kesemua anugerah dan gelaran ini kemudiannya membawa padah kepada kekuasaan keturunan Long Gaffar.
  • Pada zamannya, bermulalah kemerosotan kuasa dan pengaruh keturunan Long Gaffar di Kelantan. Long Senik Mulut Merah berjaya menggunakan tipu muslihatnya dan hubungan baiknya dengan  Long Seri bagi membolot peralatan kebesaran kerajaan di Kota Limbat dan membawa peralatan tersebut ke Kota Bharu. Di antara peralatan kebesaran tersebut ialah keris kerajaan yang bernama “Pelangi Merbo” yang berasal dari Tanah Jawa .

LONGMUHAMAD (SULTAN MUHAMAD I 1801-1835)

  • Putera sulung Long Yunus
  • Tidak mempunyai anak (digelar Marhom Mandul). Baginda telah mengambil anak Temenggong Long Tan iaitu  Long Senik Mulut Merah sebagai anak angkatnya.

LONG JENAL (1835-1837)

  • Adik Long Muhamad (Sultan Muhamad I 1801-1835).
  • Memakai gelaran Yam Tuan Kelantan.

LONG SENIK MULUT MERAH (1837-1886)

  • Mula-mula sekali memakai gelaran Sultan. Digelar Sultan    Muhamad II.
  • Merupakan anak Temenggong Long Tan.
  • Merupakan menantu kepada Baginda Long Seri.
  • Pada 1844 Istana Kota Bharu (kemudiannya dikenali sebagai Istana Balai Besar pada zaman Sultan Muhamad IV) telah dibina dengan mengambil tukang-tukang dari Limbat atas arahan Baginda Long Seri.
  • Pada masa pemerintahannya, usaha-usaha bagi melemahkan penguasaan Limbat ke atas Kota Bharu giat dijalankan.
  • Pada masa pemerintahannya juga menyaksikan peningkatan pengaruh Siam , ia dipercayai ada hubung kait dengan cubaan bagi mendapatkan pengiktirafan Siam terhadapnya sebagai pemerintah Kelantan.

LONG MANSOR (1851-1890)

  • Pusat pemerintahannya ialah di Machang.
  • Tahun 1890 dipilih sebagai tahun berakhirnya pemerintahan baginda kerana pada tahun ini baginda telah dihantar ke Siam sebagai ganti kepada Datuk Bahaman dan dipercayai mati dibunuh 3 tahun kemudian semasa di dalam tahanan  Siam.
  • Berbesan dengan Sultan Ahmad.

LONG DEMOR (1890-1900)

  • Pusat pemerintahan di Jeram, Pasir Puteh.
  • Istana Jeram di bina oleh tukang yang sama yang membina Istana Balai Besar. Yang membezakannya dengan Istana Balai Besar ialah Istana Jeram mempuyai Balai Telor.
  • Pada masa pembinaannya, Baginda Long Seri masih lagi hidup. Jadi ianya dipercayai dibina sekitar tahun 1844-1851.

SULTAN AHMAD (1886-1889)

  • Nama asal Long Sulong, iaitu anak sulung  Long Senik Mulut Merah.
  • Pada 1887 bina Istana Jahar.
  • Berbesan dengan Long Mansor :
  1. Tengku Salleh (putera Long Mansor) berkahwin dengan Tengku Kembang (puteri  Sultan Ahmad)
  2. Tengku Besar (putera Sultan Ahmad) berkahwin dengan

Tengku Kalsom (puteri Long Mansor)

  • Perkahwinan ini dipercayai bermotif politik dan ada kaitan dengan usaha-usaha bagi melemahkan gerakan bagi menaikkan semula keturunan Long Gaffar di Kelantan.

SULTAN MUHAMAD III (1889-1890)

  • Nama asal ialah Long Kundor iaitu putera  Sulong Sultan Ahmad.

SULTAN MANSOR ( 1890-1900)

  • Nama asal ialah Long Mansor dan merupakan adik Long Kundor (Sultan Muhamad).
  • Pada masa pemerintahannya , iaitu pada 1891, Datuk Bahaman melarikan diri ke Ulu Kelantan.