Debu berapi atau piroklastik yang dihambur keluar oleh Gunun Merapi.

Gunung Merapi meletus lagi  tengah malam semalam. Letusan tersebut  adalah yang paling dahsyat setakat ini dengan semburan debu panas setinggi 8,000 meter ke udara selain menghasilkan hujan abu volkanik, hujan pasir serta kerikil sehingga ke Yogyakarta yang terletak kira-kira 40 kilometer dari gunung berapi itu.

Lokasi Gunung Merapi

Sekurang-kurangnya 54 orang, kebanyakannya dari kawasan Cangkringan di daerah Sleman, mati akibat melecur di seluruh badan terkena abu volkanik, manakala 66 lagi cedera dengan lebih 40 peratus kesan lecuran.

Pasukan penyelamat membawa keluar mangsa yang terkorban.

Sebahagian daripada mayat mangsa yang ditempatkan di sebuah hospital di Yogyakarta

Jumlah keseluruhan korban setakat ini telah meningkat kepada 102 orang. Jumlah kematian dijangka akan terus meningkat. Punca utama kematian adalah disebabkan oleh kesan melecur akibat terkena debu panas atau piroklastik yang amat merbahaya.

PIROKLASTIK atau ASAP MAUT... Gunung Merapi meletus sekali lagi, menghemburkan kepulan asap panas setinggi 3,000 meter di wilayah Jawa Tengah pada Sabtu. Ribuan penduduk dari perkampungan berhampiran terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat akibat letusan terbabit. Setinggi 2,914, ia merupakan mercu tanda suci mengikut budaya Jawa yang diterjemahkan sebagai 'Gunung Api'. AFP

Berpuluh ribu penduduk dipindahkan selepas pihak berkuasa meningkatkan radius zon keselamatan kepada 20 kilometer di luar puncak Gunung Merapi, termasuk penduduk Sleman yang dipindahkan ke Stadium Maguharjo, Yogyakarta ekoran sering terdedah kepada ancaman awan panas Merapi.

Debu berapi atau piroklastik yang dihambur keluar oleh Gunun Merapi.

Sejak letusan pertama pada senja 26 Oktober yang lalu, Gunung Merapi telah mengalami beberapa letusan susulan. Gunung ini telah beberapa kali meletus semenjak seabad yang lalu. Dalam letusan pada tahun 1994, 60 orang telah terkorban manakala dalam letusan pada tahun 1930, 1300 orang telah terkorban dan memusnahkan sebanyak 24 buah kampung.

Penduduk yang melarikan diri dari bahaya letusan. AP

Menurut pakar letusan Gunung Merapi  akan memasuki fasa yang lebih teruk dan memberi amaran akan ada lagi beberapa letusan dalam masa terdekat.

Korban letusan Gunung Merapi diselaputi oleh abu gunung yang meletus dan usaha mencari mangsa terkorban sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa Argomulyo, Yogyakarta, Indonesia pada Jumaat. AP

Bagi menghadapi pelbagai kemungkinan, pihak berkuasa Indonesia telah meluaskan  zon merbahaya kepada 20 km persegi.

Binatang ternakan turut mati akibat terkena piroklastik. EPA/ADI WEDA

Jumlah mereka yang telah dipindahkan kini lebih 100,000 orang, dengan 30,000 ditempatkan di stadium sukan kira-kira 25 kilometer dari gunung itu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Adi Sutjipto di Yogyakarta ditutup berikutan diselubungi debu panas setinggi 2,914 meter yang berbahaya kepada pesawat.

Sementara itu, pihak berkuasa Indonesia yang sedang bersiap sedia menghadapi  kemungkinan letusan yang lebih buruk  di Gunung Merapi juga sedang bersiap-sedia menghadapi kemungkinan letusan gunung-gunung berapi yang lain .