Kiamat tak jadi pada 2012 ?

HEBAT juga penangan dakwaan Bumi akan kiamat pada 2012 akibat dilanggar oleh Planet X atau Planet Nibiru hinggakan isu ini terpaksa dijawab di PARLIMEN…memang hebat !
Isu ini telah dibangkitkan beberapa hari yang lalu (14 Disember 2010) oleh Senator Datuk Shamsudin Mehat yang menyoal pendirian kerajaan berhubung dakwaan berkenaan.
Ia kemudiannya dijawab oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, bahawa Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.

Planet X atau Nibiru dianggap sebagai Planet Ke-12 di dalam sistem suria kita oleh para fanatiknya. Sebenarnya planet ini bukanlah berasal dari sistem suria kita namun mengorbit Matahari kita setelah "Matahari"nya musnah. Jarak orbitnyanya mengelilingi Matahari ialah 3,600 tahun. Kemunculan planet gergasi ini dikatakan akan mengganggu sistem Bumi yang akan mengakibatkan peningkatan kejadian gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami, banjir besar, kemarau, penularan wabak penyakit, perubahan mendadak iklim dunia dan sebagainya.
“Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.
“Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan,” katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen, di sini.
Berdasarkan kepada jawaban di atas jelaslah secara RASMI kerajaan telah menolak dan menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada 2012.
Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995 namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutama di internet sejak tahun lalu.
Ramalan ahli falsafah Perancis, Nostradamus pada abad ke-16 mendakwa, kiamat akan berlaku apabila Planet Nibiru melanggar bumi menjadi perbincangan hangat orang ramai melalui internet sejak tahun lalu.
Apabila perlanggaran berkenaan tidak berlaku pada 2003 seperti yang diramalkan Nostradamus, ia kemudian ditukarkan kepada 2012 berpandukan kalendar kaum Mayan di Amerika Tengah sebelum Masihi yang mana tarikh kalendar kaum terbabit berakhir pada 21 Disember 2012.
Sedutan Video Berkaitan Planet Nibiru
Hari ini isu berkenaan diperjelaskan lagi oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid yang mengingatkan umat Islam agar tidak mempercayai kewujudan Planet Nibiru dan ramalan kiamat akan berlaku apabila planet itu melanggar bumi pada 2012.
Katanya, umat Islam wajib mempercayai kedatangan hari kiamat adalah ketentuan Allah SWT dan bukannya ramalan tukang tilik.
“Hari kiamat dan bumi musnah pasti akan berlaku seperti dijelaskan al-Quran dan Rasulullah SAW, jadi usah fikirkan bila ia akan berlaku.
“Soal masa hari itu tiba, hanya Allah SWT mengetahui dan sebagai orang beriman, kita harus mempersiapkan diri dengan amalan untuk bekalan di akhirat”.
Tidak dapat dibayangkan seandainya dakwaan berkenaan benar-benar terjadi…lebih kurang setahun dari sekarang. Tentu kalut seluruh dunia kerana masing-masing memikirkan kematian, kehancuran dan sebagainya. Barangkali seluruh aktiviti manusia akan terhenti. Manusia mula mendekati Tuhan dan bertaubat.
Mungkin tidak kurang juga kalutnya bagi segelintir manusia-manusia yang sangat sayangkan DUNIA mereka…yang sudah tentu para “billionaire”… mempersiapkan kapal angkasa untuk membawa mereka lari dari Bumi yang bakal musnah…macam filem “2012″.
Mujurlah kiamat tak jadi pada 2012. Kehidupan akan terus berlangsung di Bumi ini…yang kaya dan para kapitalis akan bertambah rakus mengumpul kekayaaan…sambil menindas golongan marhain. Jurang di antara golongan yang kaya dengan yang miskin pastinya akan melebar.
Namun apa yang pasti ialah kiamat akan tetap juga berlaku…bila ? Wallahuaklam !
Setiap yang berlaku…kematian…kiamat akan ada tanda-tandanya. Ia tidak akan datang secara tiba-tiba. Berdasarkan apa yang dialami oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa Israk Mikraj jelas bahawa usia Bumi ini sudah sangat-sangat UZUR.
Begitu juga dengan tanda-tanda kecil kiamat…jika direnungi…kita akan dapati keseluruhannya sudah ada di sekeliling kita. Cuma yang besarnya saja belum.
Syukurlah…kiamat tak jadi pada 2012 ! Namun begitu…mungkinkah 2012 akan menjadi permulaan kepada zahirnya tanda-tanda besar kiamat…permulaan kepada pengakhiran…permulaan kepada BAB terakhir AKHIR ZAMAN ?



about 2 years ago
Salam sejahtera.
Berikut adalah penjelasan NASA mengenai perkara ini.
http://veil-open.blogspot.com/2010_02_01_archive.html#509962663337123434
Wassalam
about 2 years ago
Terima kasih kekanda Nik. Saya dah masukkan link berkenaan ke artikel.
about 2 years ago
Bc lah Al-Quran dan kitab2 agama..
Tidak akan terjadi kiamat selagi masih ada manusia yg menyebut nama Allah..mungkin juga ada peristiwa besar,ttp ianya bukan lah kiamat..
Kiamat itu terjadi dgn tiba2..
Klu dh boleh agak,bukan la tiba2 namanya..hehehe..
about 2 years ago
Saya sangat bersetuju…namun setiap sesuatu yang akan berlaku…misalnya kematian…akan ada tanda-tandanya…apatah lagi peristiwa besar seperti KIAMAT. Kita memang tidak diberikan TARIKH khusus bilakah kiamat. Kalau dah tahu tarikh susahlah…kelam kabut…orang Kelantan kata “tok jadi kerjo buat”. Walaupun begitu kita telah diberikan AMARAN lebih awal…sejak lebih 1400 tahun dahulu oleh Nabi Muhammad SAW.
Jadi, perhatikanlah tanda-tandanya satu persatu…sekiranya ianya bermula ia umpama RANTAI…akan berlaku satu lepas satu. Mula-mula tanda-tanda kecil akan berlaku sehinggalah habis kesemuanya…kemudiannya diikuti pula dengan tanda-tanda besar kiamat. Apa yang pasti akan ada satu tempoh atau sempadan di antara berakhirnya tanda-tanda kecil dengan bermulanya tanda-tanda besar…perhatikan. Ia tidak akan datang sekaligus.
Kehidupan kita di Bumi ini banyak dipengaruhi oleh fenomena-fenomena alam semulajadi…termasuk alam semesta. Contoh mudahnya ialah BULAN…bagaimana bulan banyak mempengaruhi kehidupan kita dan makhluk-makhluk lain di Bumi ini…lihat sahaja kesan graviti Bulan ke atas pasang-surut air di lautan…cukup !
Jadi adalah TIDAK MUSTAHIL…tahun 2012 atau mungkin lebih awal…mungkin juga selepas 2012…akan berlaku perubahan besar ke atas sistem pergerakan planet-planet dan bintang-bintang dalam alam semesta kita ini…iaitu apa yang disebut sebagai PENJAJARAN semula atau “allignment”. Ini tidak mustahil kerana setiap benda yang berputar sekali sekala memang kena melalui proses tersebut…lihat sahaja TAYAR kenderaan anda.
Jadi, apabila proses ini berlaku maka sudah pasti akan ada kesannya ke atas alam ini…termasuk Bumi. Akan ada perubahan-perubahan yang bakal berlaku. Sebenarnya kesan inilah yang amat ditakuti…dibimbangi kita tidak akan mampu menghadapi gelombang perubahannya.
Terpulanglah…sama ada ingin percaya ataupun tidak…CUKUP jika kita rajin memerhatikan apa yang telah berlaku sekarang. Apa yang berlaku sekarang sudah pastinya tidak sama…dan mungkin tidak pernah pun dialami oleh datuk nenek kita dahulu. Seolah-olah alam ini sudah NYANYUK atau mungkin sudah “gila” Bumi ini…bukankah sebelum seseorang itu mati, kita akan menjadi tua dan NYANYUK….jadi begitulah Bumi yang kita diami ini.
about 2 years ago
Benar apa yg Tongkat Ali katakan itu..
Nabi telah jelaskan akan petanda Sughra dan petanda Kubra akan kiamat itu..
Paras air tasik Galallie pun sudah mulai surut sejak tahun 2000 lg..ianya adalah petunjuk kpd hampirnya kita kpd kedatangan Nabi Isa..Maka Imam Al-Mahadi dan seterusnya Dajjal sedang on the way sblm kedatangan Nabi Isa..
Sy mempunyai sedikit perkongsian tentang kiamat ini..
Alam ini masih berkhidmat kpd manusia dgn menurut perintah Allah..Selagi manusia itu bertasbih kpd Allah,maka alam ini terus berjalan spt mana diperintahkan oleh yang maha pencipta..
Maka bagimana berlakunya kiamat itu pada penghujung perjalanan manusia diatas bumi akan berlaku beberapa kronologi..
Maka dgn terjadinya secara tiba2 itu juga mempinyai penjelasannya..
Atas Hadith Nabi yg mengatakan akan berlaku satu tiupan angin lembut dari arah Syam yg akan mencabut nyawa semua manusia Mukmin yg mana Mukmin yg sebesar Zarah sekalipun keimanannya akan dijemput oleh Allah..
Maka tinggallah dunia ini dgn manusia yg tiada Tauhidnya kpd Allah dan tidak pernah kenal dan tiada pernah tahu akan mereka itu menyebut nama Allah..
Lalu hiduplah mereka dgn Nafsu dan berbantah2 atas urusan2 keduaniaan..
Dikala itu akan sampai waktu dimana Allah memerintahkan Matahari itu terbit dari barat..
Lau tersedarlah mereka itu akan janji2 Allah yg pernah mereka dgr dari lisan nenek moyang org2 Islam yg sudah tiada didunia ketika itu..
Ttp sudah terlambat keimanan mereka itu krn sudah tiada lg tinggalan2 catatan atau Kitab2 org mukmin utk menjadi pedoman krn semua itu tlh diangkat oleh Allah..Lalu hiduplah mereka melalui beberapa generasi dgn kekafiran mereka..
Maka dlm mereka masih berbantah2 akan hal2 kedendaan dan keduniaan itu maka Allah perintahkan para maliakat berhenti mencatat dan seluruh isi alam berhenti bertasbih krn tasbih mereka itu sudah begitu lama tidak disambut oleh penduduk bumi..
Maka Allah perintahkan Malaikat Israfil meniup sangkakala dan terjadilah Kiamat itu dgn tiba2 keatas isi bumi yg tinggal kufur itu krn tiada seorang pun dari mereka itu yg mengetahui akan petanda2 kiamat spt mana org2 mukmin yg telah mengimani akan peringatan2 Allah beberapa generasi sebelum menghilangnya mereka dari dunia..Berlakunya Kiamat itu pd Hari Jumaat ttp bilakah masanya adalah menjadi rahsia Allah sehingga manusia itu menepati ciri2 yg Allah telah janjikan itu..sebenarnya byk perisriwa2 yg tidak dpt sy catatkan diruang yg terhad ini..maka mamadai dgn apa yg sy catatkan disini..
Semoga kita mendapat manfaat dan sy memohon maaf atas kekurangan peribadi mahupun isi2 penjelasan sy kpd Tongkat Ali..
Andai diizinkan Allah kita terlepas dari siksaan neraka Allah,moga2 kita dpt saling berziarah diSyurga Allah nanti,mudah2an..Wallahualam..
about 2 years ago
realignment?
hrmm.. barangkali, apa yg dibimbangi sbg global warming itu yg akn tercetus? paras air laut terpengaruh dgn hebat sekali oleh realignment ini?
lalu melimpah ke daratan trtntu dan surut dibahagian yg lain?
mengikut imaginasi movie 2012, america yg akan dibanjiri paras laut yg meningkat tsbt menenggelamkan tamadun mereka.
lalu superpower dunia akan kembali ke europe@israel slps itu..?
………….
about 2 years ago
tu lah percaya sangat dengan saintis tu.dah lah saintis tu bodoh.main cakap je dunia akan kiamat.macamlah dia tu tuhan.kan allah boleh buat apa saja tapi kita boleh tahu ke.saintis tu cakap dunia nak kiamat cuba tanya dia dah lakukan banyak amalan kebaikan ke.ha…..ha……ha…….
about 2 years ago
tulah kalau cakap jangan main lepas apa punya saintis.he.he..he..jangan marah ye
about 2 years ago
oklah so you al kat luar sana jangan percaya sangat ye.degan saintis ni.tapi kalau betul apa n ak buat terima dan reda jelah.harap kiamat tak terjadi.amin………………