1. Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk

Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan buat pertama kalinya telah dilontarkan oleh mantan  Perdana Menteri Datuk Seri (Tun) Dr. Mahathir Mohammad ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta.

Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.

Secara tersuratnya rasional di sebalik dasar ini adalah disebabkan oleh jumlah penduduk Malaysia pada sekitar awal tahun 1980-an adalah masih kecil iaitu kira-kira 14 juta orang dan ada faedah-faedah besar jika kependudukan Malaysia dibesarkan dalam jangka perancangan di atas. Selain itu, jika dibandingkan dengan negara-negara jiran, Malaysia dengan kawasan yang seluas 334,000 km persegi secara relatifnya masih mempunyai bilangan penduduk yang sedikit berbanding dengan Thailand yang pada masa itu mempunyai penduduk sebanyak 45 juta, dengan kawasan seluas 514,000 km persegi, manakala Republik Indonesia pula dengan kawasan tanah 2,027,087 km persegi mempunyai sebanyak 150 juta.

Selain itu, rasional untuk mencapai matlamat kependudukan 70 juta adalah untuk menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri industri tempatan. Ini akan mengujudkan keadaan persaingan dalam pasaran dan selanjutnya akan meninggikan daya dan mutu pengeluaran untuk eksport. Pertumbuhan penduduk adalah dianggap sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah negara, disamping itu ianya juga dapat meningkatkan daya pengeluaran ekonomi.

Pada masa tersebut, Malaysia mengalami kadar pertumbuhan kependudukan sebanyak 2.5% bagi jangkamasa 1981-1985. Mengikut kadar ini, jumlah penduduk dianggarkan menjadi 15.279 juta dalam tahun 1984, iaitu pertambahan sebanyak 11.2% daripada jumlah 13.745 juta pada tahun 1980.

Kadar  pertumbuhan penduduk sebagaimana yang disasarkan oleh Dasar Kependudukan Malaysia  Ke Arah 70 Juta Penduduk  bagi jangkamasa-jangkamasa tertentu adalah seperti yang berikut:-

Tahun Kadar Kesuburan Pertumbuhan Penduduk

1990
2000
2010
2020
2030
2040
2050
2060
2070
2080
2090
2100

3.6
3.5
3.3
3.1
2.9
2.7
2.5
2.3
2.05
2.05
2.05
2.05

17.6
22.3
27.7
33.6
39.8
46.0
51.9
57.5
62.1
65.8
68.7
70.

2. Corak Terkini Pertumbuhan Penduduk di Malaysia

Bagaimanakah pencapaian Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk ini, setelah hampir 3 dekad  dilancarkan, adakah ianya menunjukkan petanda positif atau sebaliknya? Berdasarkan kepada maklumat yang terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, pertumbuhan penduduk di Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda perkembangan yang positif, bahkan bahkan melebihi  daripada apa yang telah disasarkan.

Menurut Pensyarah Pusat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Marshitah Mohd Radzi, Malaysia mempunyai kadar kelahiran yang sihat sejak 10 tahun kebelakangan ini. Ia merupakan satu pertumbuhan yang sihat jika dilihat dari segi kemampuan rakyat Malaysia yang boleh menampung kelahiran tersebut.

Bagi mencapai Dasar Kependudukan 1985, Marshitah berkata kadar kelahiran haruslah bersifat positif dan mempunyai kadar kelahiran yang bersifat serata di kawasan bandar mahupun di luar bandar.

Walau bagaimanapun, menurutnya lagi berdasarkan kepada perkembangan semasa, saiz keluarga yang makin bertambah akan mengakibatkan perbelanjaan sesuatu keluarga turut bertambah. Maka kependudukan yang positif perlu dicapai ketika elemen saiz keluarga dan pendapatan dicapai sama-sama. Beliau turut berkata, menurut analisis demografi, saiz kelurga yang paling kecil di Malaysia ada daripada etnik Cina, diikuti oleh kaum India. Kaum Melayu menurutnya masih mempunyai saiz keluarga yang ramai.

Jumlah Penduduk Malaysia 2007 – 2009

Bil.

Tahun
Jumlah (Juta)
1 2007 27.17
2 2008 27.73
3 2009 28.31
4 2010 28.91

Nota: Jumlah mungkin berbeza kerana pembulatan

3. Kepentingan Dasar Kependudukan 1985 Kepada Orang-Orang Melayu

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Marshitah di atas, berbanding dengan kaum-kaum lain di Malaysia, kaum Melayu masih mengekalkan saiz keluarga yang besar. Saiz keluarga yang besar ini dipengaruhi oleh kadar  kesuburan yang tinggi di kalangan orang-orang Melayu. Kadar kesuburan yang tinggi kemudiannya akan memastikan kadar pertumbuhan penduduk di kalangan orang-orang Melayu kekal tinggi.

Jumlah kadar kesuburan Melayu dalam tahun 1990 adalah melebihi matlamat, iaitu 4.3, melebihi hampir 1.0 berbanding dengan kadar kesuburan di peringkat nasional, berbanding dengan jumlah kadar kesuburan Cina dan India yang kini menghampiri paras penggantian. Corak ini sebenarnya masih tidak berubah semenjak dasar ini mula diperkenalkan. Dijangkakan corak kesuburan orang-orang Melayu ini akan terus berkekalan dan jika adapun penurunan ianya hanya pada kadar yang kecil.

Jumlah penduduk Malaysia berdasarkan kaum tahun 2010
Bil. Kaum Jumlah JUMLAH
1

MELAYU

14,749,378

BUMIPUTRA

17,947,371

2 BUMIPUTRA LAIN

3,197,993

3 CINA 6,520,559 BUKAN BUMIPUTRA

8,837,594

4 INDIA

1,969,343

5 LAIN-LAIN

347,692

JUMLAH WARGANEGARA

26,784,965

26,784,965

BUKAN WARGANEGARA 2,123,830 2,123,830

JUMLAH KESELURUHAN  PENDUDUK

28,908,795

28,908,795

Nota:

  1. Jumlah penduduk Malaysia tahun 2009 ialah 28,306,700
  2. Purata kadar pertumbuhan penduduk ialah 2.1%
  3. Unjuran penduduk berasaskan kepada Banci Penduduk
  4. Jumlah campuran mungkin berbeza kerana pembulatan.

(Sumber: Diubahsuai daripada INDIKATOR DEMOGRAFI MALAYSIA 2009, Jabatan Perangkaan Malaysia, Oktober 2009)

Perkembangan ini sebenarnya memberikan implikasi yang besar bukan sahaja kepada demografi nasional bahkan akan turut memberi kesan kepada hagemoni politik polarisasi kaum di negara berbilang kaum seperti di Malaysia. Dari segi jangka panjang, perkembangan ini sudah pasti menguntungkan orang-orang Melayu kerana peratusan orang-orang Melayu akan meningkat dan seterusnya akan memberikan momentum kepada kekuasaan politik mereka. Seterusnya ia sudah pasti akan dapat memastikan kek ekonomi yang lebih besar akan dapat dibolot oleh orang-orang Melayu.

Sejak akhir-akhir ini para pemikir khususnya dari kalangan kaum Cina dan India sudah mula menunjukkan reaksi. Mereka mula menunjukkan kebimbangan dengan perkembangan yang sedang berlaku. Para pemikir kaum India baru-baru ini misalnya menyatakan kaum India di negara ini akan pupus jika kadar  kesuburan di kalangan kaum India terus merosot. Begitu juga halnya dengan pemikir dari kalangan kaum Cina.

Jumlah penduduk beragama Islam di Malaysia 2010

Bil.

Agama

JUMLAH %
1

ISLAM

14,749,378 55.0
2 BUKAN ISLAM 12,035,587 45.0
JUMLAH 26,784,965 100.0

Nota: Statistik di atas dibuat berdasarkan kepada  andaian bahawa:

  1. Keseluruhan penduduk berbangsa Melayu adalah beragama Islam
  2. Penduduk Bumiputra lain dan bukan Bumiputra adalah bukan Islam
  3. Penduduk bukan warganegara tidak dimasukkan dalam pengiraan

Bil.

Negeri

Penduduk

(‘000)

Kadar Pertumbuhan Penduduk 2008-2009
1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

MALAYSIA

Johor

Kedah

Kelantan

Melaka

Negeri Sembilan

Pahang

Perak

Perlis

Pulau Pinang

Sabah

Sarawak

Selangor

Terengganu

W.P. Kuala Lumpur

W.P. Labuan

28,306.7

3,385.2

2,000.0

1,634.2

769.3

1,013.9

1,543.3

2,393.3

240.7

1,577.3

3,201.0

2,503.6

5,179.6

1,121.1

1,655.1

89.0

2.1

2.2

2.1

2.4

2.1

1.8

2.0

1.8

1.9

2.0

2.2

2.1

2.1

2.4

1.6

1.5

Bilangan penduduk negeri-negeri di Malaysia dan kadar pertumbuhan

penduduk 2008-2009. Sumber: Diubahasuai daripada Indikator

Demografi 2009, Jabatan Perangkaan Malaysia, Oktober 2009

Benarkah Dasar Kependudukan 1985 menguntungkan kaum Melayu? Bagi membuktikan kebenarannya, beberapa andaian perlulah dibuat, diantaranya ialah:

  1. Berdasarkan kepada Indikator Demografi 2009, Jabatan Perangkaan Malaysia (jadual di atas), didapati kadar kesuburan penduduk mempunyai hubungan yang hampir sekata dengan kadar pertumbuhan penduduk. Misalnya, kadar kesuburan nasional pada tahun 2009 adalah 2.2, manakala kadar pertumbuhan penduduk adalah 2.1%. Bagi negeri Johor pula, kadar kesuburan adalah 2.3 berbanding dengan kadar pertumbuhan penduduk pada kadar 2.2%. Oleh itu, kajian ini hanya akan menggunapakai kadar kesuburan penduduk sahaja di dalam pengiraannya.
  2. Dengan menggunakan data tahun 1990 didapati kadar kesuburan orang-orang Melayu adalah 1.0  lebih tinggi  berbanding dengan kadar kesuburan nasional dan kadar tersebut diandaikan statik, maka dapatlah dibuat unjuran kadar pertumbuhan penduduk di kalangan orang-orang Melayu adalah 1.0 % lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan penduduk nasional, iaitu 3.4 % setahun.
  3. Bagi melihat petumbuhan penduduk dari kaum Melayu, data pertumbuhan penduduk daripada negeri Kelantan dan Terengganu akan digunakan kerana 98% daripada penduduk negeri tersebut adalah kaum Melayu.
  4. Seterusnya bagi melihat pertumbuhan penduduk dari kaum bukan Bumiputera, kadar pertumbuhan penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di antara tahun 2008-2009 digunakan (lihat jadual di atas). Alasannya adalah Kuala Lumpur mempunyai komposisi penduduk yang bercampur yang terbaik dengan kaum bukan Melayu menjadi kumpulan majoriti di sana. Selain daripada itu peranan Kuala Lumpur sebagai ibukota dan pusat ekonomi utama menjadikan faktor kos sara hidup yang tinggi amat diutamakan. Ini sesuai dengan pandangan kaum bukan Melayu khususnya masyarakat Cina yang mengaitkan bilangan anak dengan kos. Bagi mereka anak yang ramai akan membebankan, berbeza dengan pandangan dan budaya masyarakat Melayu.   Berdasarkan maklumat tersebut dan pandangan bahawa kadar pertumbuhan penduduk bukan Melayu khususnya Cina yang menghampiri kadar penggantian, saya mengandaikan bahawa kadar pertumbuhan penduduk bukan Melayu hanyalah 1.5 % setahun.

Berdasarkan kepada maklumat-maklumat di atas dan dengan membandingkannya dengan statistik bilangan penduduk Malaysia tahun 2010, kita dapat melihat bagaimana bilangan orang-orang Melayu akan bertambah dengan begitu mendadak dan seterusnya menjadi utama dengan bilangan majoriti yang besar menjelang tahun 2100.

Bil.

Tahun
Jumlah Penduduk

Melayu

(x 3.4% setahun)

Jumlah Penduduk

Bukan Melayu

(x 1.5% setahun)

1 2010 14,749,378 8,837,594
2 2020 20,605,301 11,620,538
3 2030 27,611,103 13,363,618
4 2040 36,998,878 15,368,160
5 2050 49,578,496 17,673,384

Pertambahan penduduk di Malaysia di atas adalah andaian semata-mata dan

dibuat dengan tidak mengambilkira faktor-faktor lain.

Mengejutkan bukan ? Walau bagaimanapun, angka yang dipaparkan di atas tidaklah boleh dianggap tepat 100%, tetapi tidaklah pula sehingga salah kesemuanya, Seperti yang telah saya perjelaskan di atas, saya tidak mengambilkira faktor-faktor seperti mortaliti, kemerosotan kesuburan akibat  peningkatan kemajuan ekonomi yang seringkali mengakibatkan kenaikan kos sara hidup yang mana akibatnya akan mempengaruhi kemampuan pasangan untuk menyara lebih ramai anak, perubahan budaya yang juga seringkali dikaitkan dengan kemajuan ekonomi, khususnya perubahan budaya dan sikap di kalangan orang-orang Melayu yang selama ini suka mempunyai keluarga yang besar ataupun faktor-faktor lain.

Perlu juga ditegaskan di sini, dasar kependudukan sahaja bukanlah faktor utama yang mendorong kepada pertambahan “majoriti” orang-orang Melayu di Malaysia. Banyak faktor-faktor lain yang perlu diambil kira, antaranya seperti yang dijelaskan di atas iaitu berkait rapat dengan budaya dan agama Islam yang dianuti oleh orang-orang Melayu. Hal-hal seperti ini sebenarnya banyak menyumbang kepada minat untuk memliki keluarga yang besar di kalangan orang-orang Melayu. Sikap ini juga menyebabkan orang-orang Melayu tidak begitu mengaitkan bilangan anak dengan KOS, sebagaimana orang-orang Cina. Faktor persekitaran tempat tinggal juga banyak mempengaruhi sikap orang-orang Melayu terhadap bilangan anak.

Saya percaya ramai dari kalangan kita khususnya orang-orang Melayu mengambil sikap acuh tidak acuh akan hal ini. Kebanyakan daripada tidak kisah pun dengan bilangan penduduk di negara ini, apatah lagi bilangan orang-orang Melayu sendiri. Berbeza dengan masyarakat bukan Melayu, mereka amat perihatin dan bimbang akan hal ini. Fenomena seperti ini sebenarnya bukan hanya berlaku di Malaysia. Di Singapura misalnya, pemerintah negara kota yang mana sebahagian besar penduduknya adalah terdiri daripada orang-orang Cina pernah menyuarakan kebimbangan mereka. Mereka amat bimbang kerana ramai dari kalangan rakyatnya tidak lagi berminat untuk berkahwin apatah lagi untuk memiliki anak khususnya di kalangan masyarakat berketurunan Cina. Jika 30 tahun dahulu mereka melancarkan dasar “anak dua” kerana bimbang tiada TANAH, sekarang mereka amat bimbang kerana peratusan kelahiran menghampiri angka sifar, manakala akibat kepesatan ekonomi, jumlah golongan “warga emas” semakin meningkat, sehinggakan mereka mula terpaksa “mengimport” orang-orang Cina dan ekspatriat asing untuk menjadikan Singapura sebagai “rumah” mereka. Bukan itu sahaja, pemerintah pulau itu juga terpaksa memberikan SUBSIDI kepada mereka yang memiliki anak sebagai galakan supaya rakyatnya menambahkan bilangan anak.

Akhir kata, walaupun bilangan Melayu dijangka meningkat di tahun-tahun akan datang, tiada gunanya jika hanya kuantiti sahaja yang dibanggakan, sedangkan kualiti dan modal insannya tidak berguna. Di samping kerajaan, orang ramai juga seharusnya mengambil langkah-langkah bagi meningkatkan  kualiti MODAL INSAN orang-orang Melayu. Langkah ini amat penting bagi memastikan orang-orang Melayu bukan sahaja dapat meneruskan kesinambungan penguasaan mereka di dalam politik, bahkan juga berjaya menguasai ekonomi, sains dan teknologi. Paradigma pemikiran orang-orang Melayu perlu diubah    dan disesuaikan dengan perubahan dan kemajuan ekonomi serta teknologi. Memiliki bilangan yang ramai sahaja tidak mencukupi di dalam dunia yang serba canggih ini. Sejarah telah membuktikan, banyak bangsa di dunia ini yang ramai akhirnya terpaksa tunduk dan patuh kepada mereka yang sedikit tetapi mempunyai pemikiran yang  berkualiti. Jadi tidak mustahil jika kita tidak bersedia, kita dengan senang sahaja menjadi hidangan orang lain, diratah dengan begitu lahap sekali.