Pantang larang memakan ikan kekacang

Terlanjur menyebut tentang pantang larang memakan IKAN KEKACANG di dalam kisah sebelum ini, maka eloklah saya jelaskannya dengan lebih terperinci. Mungkin bagi sesetengah orang cerita ini adalah PELIK dan tidak masuk akal atau lebih teruk MENGARUT. Tapi itulah yang disampaikan turun temurun oleh orang-orang tua dari keturunan-keturunan Di Raja di Kelantan. Berikut saya petik asal-usul pantang larang ini :
MisteriPengembaraan 3 Putera Raja
Kisah asal-usul keturunan Long Gaffar dikatakan bermula dengan pengembaraan tiga orang putera raja dari Pagar Ruyung yang tidak dapat dikenalpasti siapakah mereka itu sebenarnya, kerana riwayat lisannya (VLG) hanya menyatakan mereka adalah putera-putera raja dari Pagar Ruyung, Palembang, di mana menurut tradisinya di kalangan raja-raja yang mengamalkan Adat Perpateh yang diwarisi dari tanah adat di Pagar Ruyung, apabila seseorang dalam suatu keluarga khasnya keluarga diraja dilantik menjadi raja, maka saudara-saudaranya yang lain dari keluarga diraja berkenaan yang tidak terpilih menaiki takhta kerajaan itu semestinya mengembara keluar negeri membawa haluan masing-masing untuk mencari pengalaman hidup, menuntut ilmu dan menanamkan semangat keperwiraan yang tinggi dalam dirinya. Dalam hubungan ini, didapati tiga orang putera diraja yang bersaudara dari Pagar Ruyung dikatakan telah keluar meninggalkan tanah air mereka, ibarat jika, “untung sabut timbul dan jika untung batu tenggelam”. Mereka terpaksa meredah hutan belantara dan melayari lautan dengan menggunakan jong (bahtera) yang lengkap dengan segala peralatannya. Namun nasib tidaklah menyebelahi mereka, ke rana sebaik-baik sahaja mereka berada di tengah laut tiba-tiba di takdirkan Allah ribut kencang telah melanda bahtera mereka dan sekaligus karam di laut yang menyebabkan mereka tiga bersaudara itu terpisah tanpa arah dan tujuan. Tetapi, dengan berkat doa dan tawakal sejatinya kepada Allah Ta`ala, mereka terselamat sampai ke daratan.. Putera Tengah yang dikatakan datuk Long Gaffar telah dapat menyelamatkan dirinya dengan berpaut kepada apa sahaja yang terapung di laut dan tiada siapa pun yang menyangka dan mengetahuinya, tiba-tiba seekor `ikan ke kacang’ yang besar telah membawanya ke persisiran pantai di utara Tanah Melayu. Ia merupakan suatu keajaiban dan luar biasa sekali yang menyebabkan putera itu terfikir sejenak di mana hati kecil (dhamir)nya berbicara seketika, di mana baginya tidak mungkin sama sekali bagi seekor ikan yang kebiasaannya makanan manusia itu dapat menolongnya melainkan dengan kudrat dan iradat Allah Ta`ala. Sejak itu, lantaran terhutang budi dan nyawanya kepada makhluk penyelamat itu, dan peristiwa ini seolah-olah menjadi suatu sumpahan kepadanya dan zuriatnya sehingga melarang dirinya dan zuriatnya memakan ikan kekacang, di mana barangsiapa dari kalangan mereka memakannya maka buruklah padahnya.
Apa akan terjadi jika makan sama ada secara sengaja ataupun tidak ikan kekacang ini? Orang tua-tua khususnya dari keturunan Long Gaffar selalu berpesan kepada anak-cucu mereka secara turun-temurun supaya jangan sesekali memakan ikan kekacang ini kerana takut melanggar sumpahan atau janji Putera Tengah iaitu DATUK kepada Long Gaffar. Menurut mereka jika termakan ikan ini, mereka akan ditimpa MUSIBAH berbentuk PENYAKIT kulit seperti gatal dan sebagainya.
Sejauhmana kebenarannya saya sendiri tak tahu tapi saya sendiri beringat, memang tak pernah beli ikan ini apa lagi memakannya. Ada juga di kalangan sahabat saya bercerita bahawa orang tua mereka ada juga berpesan hal ini dan mereka pernah memakannya dan kemudiannya terkenalah penyakit tapi ada juga yang kata mereka tak kena apapun ! Itulah, sama ada kita nak percaya atau tidak, terpulang kepada akal masing-masing. Tapi orang tua-tua berpesan juga kalau nak makan tak apa, tapi kalau kena apa-apa musibah, tanggunglah sendiri.
Bagi saya, saya melihatnya daripada perspektif yang berbeza. Saya melihat pantang-larang ini lebih kepada unsur KEKELUARGAAN iaitu bagi memastikan supaya anak-cucu mereka mengenal “WARIS”. Hal ini biasa terjadi dalam masyarakat Melayu tradisi yang banyak menyelitkan pantang larang, tujuannya untuk kebaikan. Contohnya, orang-orang tua selalu berpesan supaya anak dara tidak menyanyi sewaktu memasak, tujuannya supaya nasi atau lauk tidak hangus ataupun takut tak sedap. Begitu juga tentang larangan supaya anak-anak tidak bermain waktu maghrib, tujuannya supaya mereka cepat bersiap untuk solat maghrib. Jadi pantang-larang supaya tidak memakan IKAN KEKACANG ini bertujuan supaya kita saling kenal-mengenal, hormat-menghormati kerana kita adalah dari keturunan yang sama, dengan kata lain kita adalah dari satu keluarga, berasal dari nenek moyang yang sama.
Pantang larang supaya tidak memakan ikan kekacang ini sebenarnya tidak hanya terhad kepada kerabat Long Gaffar sahaja. Kerabat Long Yunus dan Jembal juga dikatakan berkongsi pantang-larang yang sama. Jadi jika berdasarkan kepada tafsiran saya di atas tadi, maka ini bermakna kesemua keturunan Di Raja di Kelantan tak kiralah sama ada dari Kerabat Long Yunus atau Jembal…KITA ADALAH SATU KELUARGA. Kita berasal daripada INDUK yang sama tapi disebabkan oleh peredaran masa kita terpisah-pisah, bertelagah sesama kita, masing-masing berebut tahta dan berperang sesama sendiri. Kita sebenarnya bukan orang lain…kata orang kita…”gi mari gi mari, puok kito jugok”. Jadi kesimpulannya, marilah kita bersatu dan berpadu tenaga. Kerana kita bertelagah kita lemah dan dijajah. Marilah kita lupakan persengketaan lama. Kita bina balik KELANTAN yang lebih maju dan berkuasa.




about 3 years ago
First time dengar citer ni dari org lain coz sblm ni saya cuma tahu keturunan saya yg tak boleh makan ikan ni. Pernah abang saya makan ikan ni secara tak sengaja n terus muntah darah.. rupanya panjang jugak salasilah pantang ni yer
about 3 years ago
Boleh saya tau, Imiey ni keturunan mana? Cerita la sikit
about 3 years ago
Salam… saya biasa makan ikan kekacang.
Tapi jarang makan. Dalam 10 tahun biasanya sekali ter’makan’…
Pernah makan tahun 1994, habis gatal2, kelopak garam naik satu badan…. jari2 bengkak, lengan habis bintat2… sapu dgn air garam tak jadi apa… 3 harilah menderita…
Ada termakan sekitar 1985 pun macam tuh…
yang peliknya makan ikan kacxang saiz kecik tak jadi apa… makan yang saiz besar habissslah saya.
about 3 years ago
selain pantang x leh make ike kkace, dgr2nya rebung buluh betung pun x leh juga..
benarkah ?
about 3 years ago
kalau ikut saintifik
ini berkaitan dengan darah
darah yang alergik pada ikan kekacang
memang akan tunjukkan inflammation
samala kalau org alergik pada kacang parang
kalau dia makan,daranhnya akan “aglutinate” atau bergumpal kerana kacang itu dikenali antigen atau benda asing oleh badan..
samala dengan ikan kekacang ni…sbb tu la ada alergic reaction bila makan dan darah mmg diwarisi dari satu keturunan ke satu keturunan dan kalau kita dominance DNAnya makan kuatlah kita mewarisinya…sbb tu la cara nak merawatnya adalah dengan air kelapa dan selawat…sbb air kelapa akan neutralkan balik darah dan buang toxic yang mungkin datang dari ikan kekacang..untk tau kandungan apa yg ada pada ikan kekacang,kenala buat research dan bacaan sedikit..
begitulah berdasarkan ilmu sy yg dangkal
mungkin benar perjanjian tengku tengah itu,maka darahnya dan anak cucunya telah kenalpasti ikan kekacang sbgai bendasing
apapun terjadi dengan izin Allah swt jua…bukan untuk ketaksuban maupun bermegah2
about 2 years ago
saya pon ada pantang larang ni.x leh makan ikan kekacang sebab sumpahan keturunan.cerita dari nenek saya adalah sama seperti yg awak ceritakan.sampai lani famili kami x makan ikan ni,malahan sentuh pon tidak
about 2 years ago
Ya ke…mungkin Nani boleh kongsikan cerita Nenek Nani di sini…semakin menarik.
about 2 years ago
sy rase ada benarnya crita nih, keluarga sy pon kongsi crita yg sama, susur galur keturunan raja jembal. pernah masa saya kecik2 dlu ada sedara terdekat yg nk cuba mkn ikan nih. hasilnya, dier dpt musibah, kudis sebesar ibu jari penuh satu badan.. jenuh berubat pon x baik2.. last2 dier balik ke kelantan utk berubat, then baru baik.. lepas dari tuh, kitorg mmg cukup berhati2 nk mkn ikan kat mane2 kdai.. kene tanya dlu..
about 2 years ago
saya pun dilarang tuk makan ikan kekacang ni…mak sy cerita kami dr keturunan jembal tp yang pelik nape nama kami xde tengku ke ape ke.Cume moyang sy punya tanah yang luas dan bersanding dgn gajah putih.itu saja..susur galur xdapat diketahui.
about 2 years ago
Tiada sebarang gelaran tidak bermakna tiada darah keturunan. Pantang larang yang diwarisi itu sudah cukup untuk membuktikannya. Cubalah telusuri balik salasilah keluarga…jika ada gelaran, pakailah balik kerana gelaran yang ada itu sangat besar maknanya.
about 1 year ago
bce2 nie cam menarik plak…
sy pnh termakan ikan kacang nie…tak sengaja…sbb da dibuat keropok…sedap lak tue..mkn la sy dgn lahapnye…
pd mlmnye..tibe2 nek bintat2 mcm kne gigit nyamuk tp besar2 kt seluruh bdn..n sesak nfs..pd mule..kami sekeluarga buat bodoh je…akhirnya..esok sy ke klinik n dptkan 2 injection tuk allergy..alhamdulillah..ilang..doc pun bg amaran knape xdtg trus smlm…allergy nie mgkn leh buat sy tercekik…sbb radang salur pernafasan..sy cume sengih aje…
pas tue..sy blik ke kg..n bercerita kpd tok wan sy…mse nie la..tok wan sy bercerita y mmg keturunan kami xbole mkn ikan kacang..tp..nape akak sy mkn oke je…hurm..mgkn sy dominan kot..hehe..
about 1 year ago
Salam…
Arwah nenek pesan supaya pantang 3 perkara, jgn makan ikan kekacang, pisang raja udang n buluh betong (rebung, or main2 dibawah pokok buluh betong tuuu ) Abang sy termakan ikan kekacang.. gatal seluruh badan dan sy pulak bermain dibawah pokok buluh betong jadik gatal seluruh badan. Nak ilangkan gatal tuu arwah nenek letak garam kunyit . macam kiter letak garam kunyit ikan or ayam… dan dan tuuu jugak gatal ilang… 2 lg kejadian… dlm keluarga kami.. maser kakak ipar sy bersalin anak lelaki (yakni keturunan lelaki pertama dlm keluarga kami).. mulut kakak ipar herot sebelah…. x tau kenapa..tapi selepas mak buat kenduri menyambut cucu lelaki sulung dia ngan kain serba kuning.. dan berubat akak ipar ngan bidan ketujuh.. semua benda tuu ilang…. pelik tapi ajaib… macam citer dongeng!!!, kejadian yg ke dua maser sepupu bersunat.. darah x berhenti2 keluar samapi jumpa balik doc yg buat berkhatan tuuu. tapi darah tetap keluar . bawa balik umah mak n panggil ustaz… terus dicakap.. kalo dah keturunan kenapa x dibuat, ustaz ambik kunyit n beras , campur. dan tabur … dandan tuuu darah stop keluar, esok mak buat pulut kuning!!! tidak diketahui asal -silah keluarga kami.. hanya diberitahu.. keturunan sy ialah dari raja2 sy lari dari istana.setakat ini kami masih lg berpantang 3 perkara itu…
about 1 year ago
Assalamualaikum,
Arwah ayah sy pernah bercerita tentang kami berasal dari keturunan tok bugis. Beliau memaklumkan kepada anak2 bahawa kami tidak boleh makan ikan kekacang kerana ikan kacang telah berjasa. Menurut beliau sumpahan itu akan hilang pada generasi ke 7. sy merupakan generasi ke 6. Ada sesiapa tak yang boleh menerangkan cerita2 sebaliknya.
about 1 year ago
salam. terima kasih atas artikel ni. sedikit sebanyak saya tahu susur galur pantang larang keluarga saya. nenek pernah cerita yang dia ke pasar hendak membeli ikan. kemudian, dia denga tidak sengaja terlangkah ekor ikan kekacang. apabila tiba di rumah dia pelik kenapa badan nya naik lebam lebam. apabila dia check di klinik. doktor hanya mengesahkan sakit sakit biasa je. semakin hari semakin lama penyakitnya tidak kebah. malah makin berlarutan. kemudian, dia ikhtiar untuk guna cara tradisional. alhamdullilah, semuanya kembali seperti sedia-kala. bomoh memberitahu bahawa nenek telah melanggar salah satu pantang larang. baru la nenek teringat kejadian yang terlangkah ikan kekacang, sejak dari itu dia kerap memperingati kami agar tidak main-main dengan pantang larang keluarga. selama ni dia silap kerana tidak mengambil berat tentang pantang larang keluarga ayahnya dahulu. sekarang bila dah terjadi macam ni baru dia tahu betapa pentingnya pantang larang tersebut. biar pun pangkat tidak diguna pakai. tidak dibubuh. tapi wajib untuk kita tahu pantang larang tersebut.
masih ada kah pantang larang lain yang tak boleh dimakan? bagi keturunan diraja ini? sila update kepada saya ye. terima kasih
about 1 year ago
Saya baru melawat mak saudara saya di pasir Mas. Walaupun umurnya sudah 80 tahun tapi pendengarannya sangat bagus dan ingatannya kuat.
Kisah yang diceritakan:
Ada seorang anak cina dari kampung Penambang, Kelantan, telah dihantar oleh keluarganya untuk menuntut di negeri cina. Dalam pelayaran pergi kapalnya karam di laut. Dia diselamatkan oleh ikan kekacang dan akhirnya dia terdampar di pantai.
Di sinilah bermulanya kisah pantang makan ikan kekacang.
Satu keluarga angkat telah bersusah payah merawatnya sehingga sembuh. Pemuda ini akhirnya dididik sebagai seorang islam berstatus mu alaf bernama Che Awang.
Che Awang telah menemui kura-kura emas yang kemudian disimpannya. Beliau kemudiannya menjadi seorang yang amat kaya di Pasir Mas dan dia berkahwin dengan seorang puteri raja Patani.
Dia telah menaja seorang ulama dari Bachok bernama Mohammad Salleh (satu generasi lebih awal dari Tok Kenali) untuk membuka PONDOK pengajian di bandar pasir Mas. Mohammad Salleh berkahwin dengan anak perempuan Che Awang yang bernama Che Munah.
Menurut Sepupu saya pula:
Pondok Pengajian Tuan Guru Mohammad Salleh itu terletak di Bandar Pasir Mas. Nama asal bagi jalan Sekolah Cina di bandar Pasir Mas ialah Jalan Masjid Lama. Ini menunjuk kepada Masjid milik Pondok Pengajian Itu. (Kalau kita tengok google maps kita dapat lihat jalan masjid lama di bandar Pasir mas (depan stesen keretapi Pasir Mas)
Menurut sepupu saya lagi rumah kediamannya sekarang ini adalah asalnya rumah kediaman Moyangnya (Tuan Guru Mohammad Salleh).
Untuk pengetahuan semua terdapat banyak pondok2 pengajian di sekitar bandar Pasir Mas. Tapi pondok yang saya ceritakan ini terletak di kawasan tengah bandar. Tapi sekarang pondok pengajian Mohammad Salleh ini sudah tidak ada lagi.
about 1 year ago
bekas suami saya bg tau yg dia adik beradik x leh mkn ikan ni..abg dia pernah kena,lps mkn kulit pecah2 dan berdarah..
about 1 year ago
Memang benar sekali.Pesanan Al-Marhumah Bonda dan Ayahanda.Kami sekeluarga memang tidak boleh makan ikan kekacang dan sebarang jenis rebung.Kami adalah daripada keturunan Engku Syed Tok Patani.Pantang larang tersebut masih kukuh .Walau moden macammana sekali pun jangan sekali-kali langgar pantang larang,buruk akibat nya.
about 1 year ago
Assalamualaikum…
Terima kasih, saya sungguh tertarik dengan artikel ini. Keturunan saya juga dilarang untuk memakan ikan kekacang. Cerita yang saya dengar dar nenek moyang saya ada persamaan dengan artikel di atas dimana asal usul moyang saya berasal dari Pagar Ruyung dimana moyang saya telah melarikan diri dan terdampar di tanah melayu diatas bantuan ikan kekacang. Saya tidak pernah melihat bagaimana rupa ikan kekacang. Alhamdulillah..disini saya dpt melihat dan mengenal sedikit tentang rupa bentuk ikan tersebut. Terima Kasih.
about 1 year ago
Assalamualaikum.
Keluarga sebelah ibu saya juga ada pntang larang, ttp hanya x boleh mkn ikan kekacang n rebung buluh betung. Pernah sekali kakak saya pergi berkhemah kat satu tempat, tp x ingat kat mane. Dlm satu aktiviti, dia tak perasan yg dia telah berjalan bwh pokok buluh betung. Balik saja dari sana, terus gatal2 bdn dia. Nasib baik dpt sembuh..
Nenek, iaitu mak ibu saya beritahu yg kami dr keturunan raja Patani n Jembal, sbb tu xleh mkn rebung n xleh mkn ikan kekacang tu. yg kenape kami xleh mkn rebung buluh betung tu kami xtau. sy pun kdg2 pening, sbb byk sgt nama2 yg berkaitan dgn susur galur keluarga kami. Nenek saya xde gelaran istimewa tp ibu saya ada Wan…kata ibu, nenek kahwin dgn ‘pak sepupu’ yg masih ada gelaran Wan. Jd nenek dgn ibu sy tu dua pupu…kalau x silap sy lah.
Sy masih berpegang dgn pntang larang tu wpun keluarga sebelah suami saya sgt suka mkn rebung buluh, n sy xkan mkn dgn alasan pntang larang nenek moyang, bukan sbb x sedap…=)
about 1 year ago
saya pada asalnya tak tahu pasal pantang larang ni semua,nenek saya yang bagi tahu.dia cakap cuba tengok dekat anak2 pak long,apa yang saya perasan kulit diaorang bersisik.Tapi yang peliknya laki-laki je perempuan tak la pulak.Dan satu lagi family saya ni suka sangat bergaduh,sebab hal kecil je pun boleh bergaduh. Saya tak berani sangat nak try makan ikan kekacang tu,takut kena apa-apa,
about 11 months ago
SALAM….saya sgat brminat dengan article ni… saya telah bertunang dan dari penceritaan dia,rupa2nya dia adlah keturunan raja pattani tapi xpasti nma rja apa..yg pasti famili dia memg xleh mkan ikan kekacang and bluh rebung…1 ag klau mak dia beranak,anak msti kna blut dengan kain kuning.. saya cuba brtya salah silah keturunannya tapi dia xberapa pasti krna ayahnya hnya menceritakan dulu dia pernah brada di istana pattani tapi xpasti knapa ayahnya melarikan diri ke kelantan dan menetap disisni..ayahnya merupakan cucu raja pattani.. saya sangat teruja untuk mengetahui misahnya lebih lanjut…adakah saudara2 dan saudari yang di atas ada persamaan dalam cerita ni merupakan keturunan yang sama dengan tunang saya??? mungkin jugak kalian adalah saudara yang tak diketahui,,,tunang saya cakap dia pun xkenal saudara belah ayahnya kerana masing2 bawa haluan selepas berpisah memandangkan dulu rangkaian telefon masih daif….
about 9 months ago
hey ni cerita nenek moyang sy..
about 7 months ago
moyang saya pun merupakan keturunan raja pattani dia pernah tinggal di istana sebelum melarikan diri ke baling family kami banyak ada di tanjung pari dan becah sawa baling,,kami mewarisi nama wan dan arwah tok wan saya selalu melawat sepupunya di siam,,,sebelum saya tahu mengenai keturunan saya saya sering bermimpi ke makam yang tak diketahui di mana,,, mak saya juga mengalami sakit kulit akibat makan ikan kacang dan tak sembuh dengan ubat,,adik saya sewaktu berkhatan lambat sembuh sebab tak guna kain kuning,,, saya berharap dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai keturunan saya dan berharap dapat berjumpa saudara seketurunan,,,
about 5 months ago
cerita yg sama juga adalah pesanan atok saya di kampung. Kami seluruh keturunan sentiasa diingatkan agar tidak sesekali memakan ikan kacang ini. Menurut kata atok…kami adalah dari keturunan Raja Jembal…. Sememangnya benar, 2 org adik-beradik kami semasa bersalin kena direntangkan dengan kain kuning…klu tidak mak memang tidak dapat melahirkan. Sehingga kini, masing2 adik-beradik ada kelebihan masing-masing dan dapat mengubati sanak- saudara yang mengalami gangguan ~ Insya Allah dengan izin-NYA… kami masih kuat berpegang kepada pantang larang tersebut dan sentiasa menghormati arwah nenek moyang dan jasa2 mereka…. sama2 kita sentiasa tanamkan diri kita setiap pantang-larang itu ada sebab dan musababnya. Jangan kerana tidak mengambil kisah, badan yang binasa… seperti saudara kami .. suatu ketika dahulu tidak mengendahkan pantang larang dan memakan ikan tersebut, kejadian yg sama berlaku. Badan pecah2…merekah… sehinggakan membawa maut.. minta dijauhkan.
about 3 weeks ago
Salam…
Pantang larang ni sampai sekarang saya pakai…saya baru keturunan ke 5. Kalau nak makan laksa pun kena tanya dulu kuah ni guna ikan apa..yg saya tahu..moyang asal kelantan and lari ke kedah sbb raja nak buat gundik..yg tahu bapak moyang nama haji hasan muru..x dak la dengar dia ni keturunan raja..tapi ulamak la dari kwantong ..and alhamdulillah cucu dia pun menjadi seorang ulama’ yg terkenal di kedah..dan dipercayai murid terakhir Tok kenali yg meninggal dunia..pasal sumpahan..mmg saya pernah kena..rasa gatal yg mencucuk macam jarum..sakit..tapi sebab x tahu tapi kalau tau mungkin teruk kot kena mcm cousin saya..sampai sekarang x lega sbb sengaja..wallahualam
about 2 weeks ago
Saya ni musykil. Ibu saya org Pasir Puteh Dan seluruh keluarga ibu ada pantang larang. Ibu Dan adik beradik ibu memang pesan pada kami adik beradikibu tentang 3 perkara: jangan rebung buloh betung, ikan ke kacang Dan pisang Kelat raja. Saya Dan adik saya sewaktu lahir keluarga ibu gantung langit kuning (Sambut kelahiran serba kuning kot.) saya pun tdk faham apa itu gantung langit kuning. Adik saya tulah waktu lahir, kaki bersisik mcm sisik ular, rambut ms bb mcm bulu jagung muda Dan lambat berjalan maka selepas tukar nama kpd Sharifah br ok. Saya adalah anak sulong dlm keluarga. Sekarang ni saya hamil anak pertama Dan bb ni bb boy pula. Saya mmg selalu sakit sepanjang hamil selain Ada mslh pregnancy. Suami adalah keturunan Nik Dan mempunyai pantang larang sama dengan keluarga ibu saya. Ayah saya drpd keturunan raja bugis Dan saya adalah keturunan ke tujuh sebelah ayah. Saya akan BERSALIN bln ramadhan nanti. Disebabkan saya tidak suka akan praktik keturunan keluarga saya y saya rasa khurafat sbb ini berkaitan dgn tauhid, mk saya tidak rapat dgn ibu bapa lg pun mereka bercerai sejak sy kecil dan mereka bermusuhan sesama sendiri dan sy lebih selesa berada di luar negara. Kini bila saya baca article di atas, adakah perlu saya lakukan pantang larang tersebut? Perlukah saya sambut kelahiran bb boy saya dgn serba kuning? Thn lepas saya dh melawat makan diraja di Bukit Jugra buat Kali kedua sbg penghormatan utk keturunan keluarga ayah. Hrp dpt bg pendapat utk sy. Tq.
about 1 week ago
Terima kasih Puan Rasyieda. Berhubung dengan masalah puan itu saya berpendapat, puan buatlah persiapan sebagaimana yang sepatutnya. Maknanya…jika kena pakai kain kuning maka pakai sajalah. Mungkin tidak semestinya dipasang lelangit kuning hingga ke keseluruhan bilik. Cukuplan sekadar membuat alas katil dengan kain kuning. Jadikannya HANYA sekadar IKHTIAR…semacam kita makan UBAT…sudah pastilah ketentuan yang sebenarnya adalah dari Allah SWT. Apapun ini hanyalah sekadar pandangan saya. Untuk selanjutnya bertanyalah kepada yang lebih arif.