Sah keturunan Puteri Saadong

KUALA LUMPUR 24 Julai – Jabatan Warisan Negara mengesahkan dakwaan seorang gadis dari Kelantan, Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, bahawa beliau adalah waris ketujuh Puteri Saadong, kerabat Raja Jembal, yang memerintah Kelantan suatu waktu dahulu.
Pengesahan ini adalah hasil kaji selidik yang dijalankan oleh jabatan tersebut selama beberapa bulan yang mendapati segala bukti yang dikemukakan oleh gadis tersebut adalah benar dan berasas.
Bagaimanapun, jabatan tersebut setakat ini belum membuat pengesahan rasmi berhubung perkara itu.
Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara jabatan itu, Siri Neng Buah pada program Bicara Warisan Legenda Puteri Saadong, di sini, baru-baru ini.
Jun tahun lalu, Tengku Putri Anis, 25, menggemparkan negara apabila muncul mendakwa beliau adalah waris keturunan ketujuh Puteri Saadong, kerabat Raja Jembal yang menjadi legenda Kelantan.
Gadis tersebut mendakwa, kehadirannya ke negeri itu dan pengakuan kepada umum adalah sempena mengakhiri apa yang disebut sebagai sumpahan tujuh keturunan Puteri Saadong.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut menimbulkan banyak persoalan dan spekulasi mengenai kesahihannya sehingga Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) tidak mengiktirafnya.
Menyedari pertikaian tersebut dan bagi mencari kesahihannya, Jabatan Warisan Negara segera menjalankan kaji selidik mengenainya dan mendapati dakwaan itu berasas.
Menurut Siri Neng lagi, bukti-bukti yang dikemukakan oleh gadis tersebut amat jelas menunjukkan dakwaannya adalah benar berdasarkan salasilah keluarganya,.
”Setelah mengkaji carta salasilah keluarganya dan bukti yang dipamer berupa pakaian diraja serta perhiasan lain, semuanya adalah benar.
”Walaupun perkara ini belum dimuktamadkan, secara peribadinya saya beranggapan dakwaan Putri Anis adalah benar,” katanya seperti yang dipetik daripada akhbar jawi Utusan Melayu Mingguan keluaran Isnin.
Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa dakwaan gadis tersebut tidak wajar dijadikan isu kerana ia sudah tidak mempunyai sebarang kepentingan lagi.
Sebaliknya, dakwaan itu adalah sekadar membuktikan dirinya pewaris kerabat Raja Jembal dan sebagai simbolik berakhirnya sumpahan membabitkan tujuh keturunan Puteri Saadong di bumi Kelantan.
Utusan Malaysia 25 Julai 2011



about 1 year ago
Salam,sy adalah seorang pengkaji sejarah………….sy harap keturunan raja sebenar adalah keturunan raja kelantan yang benar tetapi mengikut pengamatan sy keturunan raja sebenar adalah orang yang kenal diri.di harap sesiapa yang terbaca teks tersebut memahami maksud sy.amin…………..
about 1 year ago
as salam..Di Akhir Zaman nanti.yg hak akan dikembalikan kpd yg tuannye..
about 5 months ago
Salam.saya kalau bole nak tahu perkembangan tentang puteri saadong ke 7 ni.adakah dia disahkan benar2 keturunan jembal / puteri saadong? DNA test ada dibuat tak dengan keturunan2 jembal yg lain? Kenapa hanya raja2 dari indon saja yang pergi ke majlis pemasyuran dia. Kenapa kerabat2 negeri dalam malaysia tidak pergi? Kalau tak silap saya sultan kelantan pun tidak pergi kan. Diharap soalan daya ni dapat dijelaskan oleh saudara. / sekadar meminta penjelasan yg logik dek akal-