Aiskrim coklatku...ala-ala Wall's gitu !

Jika ditanya siapa yang  suka makan aiskrim, sudah pasti semua orang mengangkat tangan…tanda suka, apatah lagi kanak-kanak, akan bersorak riang gembira.

Tapi bagi yang ada masalah gigi atau mengidap penyakit seperti kencing manis pasti akan menunjukkan  muka masam mencuka sambil mengeleng-ngelengkan kepala.

Jika pada masa kecil dahulu, seringkali juga aku membeli aiskrim di kedai-kedai runcit berhampiran rumah ataupun sekolah. Harganya hanya 10 sen…iaitu aiskrim “masing-masing” (asam boi), jeruk, milo, bubur kacang dan lain-lain yang dibungkus dalam plastik panjang…memang sedap!

Selain itu ada juga aiskrim yang dijual oleh jurujual berbasikal. Aiskrimnya boleh diisi sama ada di dalam kon ataupun dijadikan macam burger…dimakan bersama roti…memang sedap. Tetapi harganya sedikit mahallah…sekitar 20-50 sen.

Aiskrim batang atau aiskrim Malaysia

Memang mahallah zaman itu…kerana rata-rata budak sekolah macam aku hanya bawa seringgit sahaja. Ramai juga yang hanya bawa 50 sen !

Zaman berubah…kini jarang lagi rasanya dijual aiskrim sebegitu. Jikalau adapun rasanya tidak mahu budak-budak zaman sekarang membelinya…walaupun murah!

Sekarang ini semua orang makan aiskrim yang berjenama…wall’s, conetto dan sebagainya.

Ada yang dijual dalam bentuk batang dengan batang kayu ditengahnya, ada yang dibubuh dalam kon rangup dan ada yang diisikan di dalam bekas mangkuk kertas mahupun plastik.

Harganya pula berbeza-beza bergantung jenis dan jenama iaitu  sekitar RM1 sehingga RM3…malah ada yang lebih mahal…!

Rasanya juga sudah pasti sangat  lembut, lazat dan ber”khasiat”…berbanding dengan aiskrim zaman dulu-dulu kala yang keras “khejong” terutamanya yang dibungkus dalam plastik panjang.

Baru-baru ini seorang rakan yang pakar dalam masakan mengajarku cara-cara membuat aiskrim sendiri…yang rasanya lazat, lembut dan penuh berkrim…macam yang dijual di kedai-kedai.

Rupa-rupanya mudah sahaja nak membuatnya. Malah bahan-bahannya juga amat ringkas dan murah. Masa untuk membuatnya juga singkat…hanya sekitar setengah jam sahaja.

Aiskrimku...Maaflah jika hiasannya kurang sesuai.

Tapi…walaupun masa untuk membuatnya singkat…kenalah juga tunggu…jangan dimakan “selalu”. Simpan dahulu dalam peti sejuk, biar beku dahulu, kemudian makanlah dengan lahapnya sampai sengal gigi.

Baiklah…panjang juga celotehnya. Berikutnya ialah resepi bagi membuat aiskrim “homemade”.

Bahan-bahannya...sangat ringkas

  1. Sebiji telor
  2. Setin susu pekat manis
  3. Sekotak susu segar
  4. Ovalett
  5. Perisa vanila
  6. 2 gelas air suam
  7. Bahan-bahan lain seperti kacang walnut (dipanggang), ceri, coklat, serbuk koko, bergantung kepada cita rasa
  8. Seterusnya campurkan kesemua bahan-bahan tadi seperti air suam, telor, susu pekat manis ( boleh dibubuh keseluruhan ataupun sebahagian bagi mengelakkan terlampau manis), susu segar (setengah kotak) atau susu krimer ( bagi menambahkan khasiat dan boleh juga digunakan susu yang berperisa strawberi ataupun coklat), ovalett dan perisa vanila  ke dalam bekas.

    Pastikan bekas yang digunakan bersesuaian kerana bahan-bahan tadi selepas diadun dan dikacau akan mengembang.

Kacau sehingga kembang

Sudah siap..tapi jangan makan lagi.

Aiskrim coklatku...ala-ala Wall's gitu !

Kemudian masukkan air suam dan “pukul” dengan “mixer” selama lebih kurang 30 minit sehingga campuran bahan tadi mengembang sepenuhnya.

Sesudah itu, masukkan bahan campuran dan jangan lupa taburkan bahan hiasan di atas aiskrim yang sudah siap tadi. Akhirnya sekali, masukkanlah ke dalam peti sejuk…bekukannya.

Selepas ianya beku, bolehlah dimakan seisi keluarga…malah dengan bahan-bahan di atas rasanya habis sekampung boleh dijemput bagi menikmati aiskrim anda…CUBALAH !