Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah,  Nabi Muhammad SAW telah membahagikan zaman-zaman di AKHIR ZAMAN ini  kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa;

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

Huraian : Fasa pertama bagi umat akhir zaman iaitu Nabi SAW masih hidup, bermula dari turunnya wahyu pertama sehinggalah kewafatan Baginda SAW. Zaman ini telah lama berlalu.

Mungkin beginilah rupa panji kebesaran Suleiman the Magnificent...panji ini juga pernah berkibar megah di Kelantan...justeru apa pula perkaitannya ?

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

Huraian : Kemudian selepas sahaja kewafatan Nabi Muhammad SAW datang pula zaman pemerintahan KHULAFA yang memerintah  mengikut cara Nabi SAW. Pada zaman ini umat Islam diperintah oleh 4 Khulafa ar-Rasyidin. Zaman ini juga sudah berlalu.

“Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

Huraian : Selepas berakhirnya zaman Khulafa ar-Rasyidin datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang “mengigit”.  “Mengigit” di dalam hadis tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat dalam fasa ini, bermula dengan Dinasti Umayyah, Abassiyah dan berakhir dengan tumbangnya Empayar Turki Othmaniah dalam tahun 1924 .  Zaman ini sebenarnya baharu sahaja meninggalkan kita.

Perginya Sultan Abdul Hamid II menandakan berakhirnya sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Othmaniah.

“Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

Huraian : Setelah tumbangnya Khalifah Islam yang terakhir di Turki, datang pula satu zaman di mana seluruh umat Islam diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela atau dengan kata lainnya zaman DIKTATOR iaitu zaman di mana kita sedang hadapi  sekarang…sepertimana zaman-zaman sebelumnya, ia juga akan berakhir dan proses tersebut sebenarnya sudahpun berjalan.

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah).”

Huraian : Setelah berlakunya kehendak Allah, setelah tumbangnya zaman kediktatoran, menjelmalah  fasa ke-5…iaitu fasa terakhir. Di zaman ini  dunia akan kembali diperintah berasaskan syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

“Kemudian beliau (Nabi) diam.”

Huraian : Kenapa  tiba-tiba Rasulullah SAW terdiam ? Diam Baginda sebenarnya membawa maksud “sejarah manusia sudah tamat”.