Lukisan Cik Siti  Wan Kembang seperti yang terdapat di Muzium Kelantan

Sebut sahaja nama “Cik Siti Wan Kembang”, sudah pasti ramai di kalangan kita akan terus mengaitkannya dengan Kelantan, sehinggakan nama negeripun seringkali disebut sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang. Begitulah betapa tersohornya nama tokoh sejarah Kelantan ini yang dianggap sebagai lagenda wanita Kelantan yang juga seringkali dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa pelik sejak dari dahulu sehingga kini, sehinggakan nama dan watak tokoh wanita Melayu agung ini akhirnya menjadi suatu mitos. Namun demikian nama Cik Siti Wan Kembang terus menjadi sebutan ramai dan terus menarik minat para pengkaji  untuk mengkaji sejarah kewujudannya.

Berikut adalah beberapa “fakta” yang seringkali dikaitkan dengan Cik Siti Wan Kembang :

  1. Nama asal Cik Wan Kembang
  2. Kematian ayah sejak usia empat tahun
  3. Raja Kelantan ke enam dari keturunan Sultan Iskandar Shah
  4. Menjadi raja dalam usia 30 tahun pada 1610
  5. Pusat pemerintahan, Gunung Chinta Wangsa dan Kota Tegayong
  6. Tidak berkahwin dan menjadikan Puteri Saadong sebagai anak angkatnya
  7. Binatang kesayangan adalah kijang dan menjadikan binatang itu sebagai lambang negeri
  8. Memerintah Kelantan selama 67 tahun
  9. Wanita pertama perintah sebuah negeri selama 67 tahun bermula 1610 tidak pernah berkahwin
  10. Dikatakan “ghaib” selepas kembali semula ke Gunong Chintawangsa, kota pemerintahan awalnya dan selepas itu kisahnya tidak diketahui lagi.

Lukisan Cik Siti Wan Kembang seperti yang terdapat di Muzium Kelantan

Sebelum saya teruskan pandangan saya berkenaan dengan Cik Siti Wan Kembang, eloklah  saya petik  apa yang dikatakan sebagai sejarah Cik Siti Wan Kembang sebagaimana yang dicatatkan di dalam buku-buku sejarah.

Menurut catatan sejarah, nama sebenar raja keenam memerintah Kelantan dari keturunan Iskandar Shah itu ialah Cik Wan Kembang. Nama itu diberikan oleh ayahandanya  iatu Sultan Ahmad.

Berdasarkan buku Ringkasan Ceritara Kelantan, karangan Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, gelaran “Siti” dikatakan diberikan oleh seorang pedagang Arab yang membahasakan Cik Wan Kembang dengan “Siti”. Dikatakan, ketika mengadap dan berbual dengan Cik Wan Kembang, orang Arab itu membahasakan beliau dengan “Siti” dan panggilan “Siti” itu didengar beberapa orang yang berada di balai mengadap. Lalu seorang daripada kumpulan itu bertanya apakah erti “Siti” sebelum dijawab pedagang Arab, yang Siti adalah gelaran bagi seorang perempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai. Selain itu terdapat juga sumber sejarah menyatakan beliau turut digelar panggilan Paduka Cik Siti.

Cik Siti Wan Kembang

Buku sejarah Kelantan karangan Arifin Abdul Rashid, terbitan Pustaka Al-Ahliah (1962), pula menyatakan bahawa “Siti” bererti tuan (perempuan) yang layak digelarkan kepada perempuan yang mula-mula menjadi pemerintah sesebuah negeri. Jadi,  ekoran daripada peristiwa inilah nama Cik Wan Kembang mula terkenal dengan gelaran Cik Siti Wan Kembang.

Peta Hulu Kelantan

Kisah Cik Siti Wan Kembang bermula dengan peristiwa kemangkatan Sultan Mansur Shah pada tahun 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran “Sultan Gombak”. Setelah baginda Raja Gombak mangkat,  maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H), dengan gelaran Sultan Ahmad. Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara D’Raja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri yang dinamakan Cik Wan Kembang.

Air Terjun Jelawang setinggi 305 meter yang tertinggi di Asia, terletak di Gunung Stong (1433 meter)

Gunung Ayam (1504 meter) yang terletak bersebelahan Gunung Stong di Hutan Simpan Dabong

Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang telah ditabal menjadi Raja Kelantan sewaktu baginda berusia 30 tahun. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa , di  Nenggiri, Hulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai.

Pemerintahan Cik Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang kemudiannya mengelarkan Cik Wan Kembang dengan panggilan “Paduka Cik Siti”.

Walaupun seorang wanita, sebagai pemerintah, Cik Siti Wan Kembang bijak mengatur langkah memastikan negeri di bawah penguasaannya sentiasa berada dalam keadaan selamat. Kerana bimbangkan pemerintahan di Gunung Chintawangsa akan diserang, beliau merancang pembinaan sebuah kota pentadbiran baru supaya tidak hanya bergantung kepada satu pusat pemerintahan saja. Baginda membuat keputusan meninggalkan Gunung Chintawangsa. Dalam pencarian kawasan baru itu, beliau sampai ke hutan yang dipenuhi pokok tegayong. Di situ, beliau membuka Kota Tegayong.

Di kota pentadbiran baru itu, baginda membina sebuah taman bunga sebagai tempat bermain dan bersuka ria yang dinamakan dengan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong, yang kini terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh. Apabila nama Cik Siti Wan Kembang mula terkenal, rakyatnya yang mendiami Gunung Chintawangsa membawa pelbagai persembahan untuk baginda. Antara persembahan itu ialah seekor anak kijang cantik yang amat dikasihinya. Kerana terlalu sayangkan kijang itu, Cik Siti Wan Kembang menerapkan lambang kijang pada wang emas negeri selain diabadikan pada sebahagian lambang kebesaran Kelantan yang kekal hingga kini.

Rombongan Cik Siti Wan Kembang diiringi oleh Kijang

Dalam masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di Gunung Chinta Wangsa itu, maka disebelah timur laut negeri Kelantan telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, dibawah pemerintahan Raja Sakti pada tahun 1638M (1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera baginda, Raja Loyor, telah ditabal menjadi Raja pada  tahun 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera yang diberi nama Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.

Di sebalik kejelitaannya, Cik Siti Wan Kembang tidak bersuami walaupun ramai raja dan anak raja datang meminangnya. Pinangan tersebut ditolak Cik Siti Wan Kembang dengan alasan tidak terlintas dihatinya untuk bersuami. Lama kelamaan, keadaan itu membuatkan Cik Siti Wan Kembang berasa kesunyian hidup sendirian. Apabila melihat Puteri Saadong, (Puteri Raja Loyor) ketika mengadap Raja Loyor di Jembal, timbul hasrat mengambil puteri itu sebagai anak angkatnya. Melalui hubungan baik yang telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa, dengan Kerajaan Loyor di Jembal, rundingan diadakan  di antara Cik Siti Wan Kembang dengan Raja Loyor dan permaisurinya.  Akhirnya dengan rela hati mereka menyerahkan Puteri Saadong untuk dijaga Cik Siti Wan Kembang.

Gunung Reng yang terletak di Batu Melintang, Jeli, Kelantan dikatakan berkait rapat dengan sejarah Puteri Saadong

Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat bagi mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti, memandangkan baginda  tidak mempunyai puteri ataupun putera kerana baginda tidak pernah berkahwin.

Mungkinkah ini adalah Cik Siti Wan Kembang ? Model dengan pakaian Cik Siti Wan Kembang

Puteri Saadong merupakan seorang gadis yang sangat cantik dan jelita, dan digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Menyedari Raja Siam akan menimbulkan masalah berikutan penolakan lamaran itu, Cik Siti Wan Kembang mengahwinkan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya  dari Jembal sebelum dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Pintu masuk ke Tanah Serendah, yang pernah menjadi kota pentadbiran Cik Siti Wan Kembang

Sebahagian daripada Tanah Serendah Sekebun Bunga

Sejarah Cik Siti Wan Kembang berakhir apabila beliau melantik Raja Abdullah dan Puteri Saadong sebagai pemerintah Kelantan. Selepas pelantikan itu, Cik Siti Wan Kembang kembali semula ke Gunong Chintawangsa, kota pemerintahan awalnya dan selepas itu kisahnya tidak lagi diketahui. Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan selama 67 tahun, antara 1610 dan 1677 dengan dua pusat pemerintahan iaitu Kota Tegayong dan Gunung Chintawangsa.

Wakaf yang dibina untuk kemudahan pengunjung di Tanah Serendah Sekebun Bunga

Bahtera Cik Siti Wan Kembang. Bahtera ini pernah diarak ke Kota Bharu dalam satu perayaan sehingga menimbulkan KERIBUTAN yang bukan sedikit tidak lama dahulu.

Cik Siti Wan Kembang Bukan Wan Kembang

Timbul persoalan sekarang, benarkah Cik Wan Kembang itu adalah Cik Siti Wan Kembang ? Adakah mereka berdua adalah orang yang sama ? Baiklah, kita perhatikan semula catatan sejarah terutamanya salasilah Raja-Raja Kelantan tulisan Christopher Buyers seperti di bawah. Salasilah pertama di bawah ialah salasilah Cik Siti Wan Kembang.

GENEALOGY RAJA-RAJA KELANTAN

Ca. 1233 Maharaja Srimat Trailokyaraja Mauli Bhushana Varma Deva (Brahma), Maharaja of Imbang Jaya or Sambugita. He d. ca. 1233, having had issue, three sons:

  • 1) Raja Surendra, who succeeded as Maharaja Suran, Maharaja of Jawaka – see below.
  • 2) Sri Trimurti Sang Sapurba, Raja of Palembang. He had issue:
    • a) Sri Tribhuvana Sang Nila Uttama, Raja of Jambi. Ancestor of the Royal houses of Jambi, Singapore-Tamassak and Malacca-Johor.
  • 3) Ken Arok, Raja of Singasari. Ancestor of the Royal Houses of Singasari and Pulau Jawa.

Copyright© Christopher Buyers

1233 – 1253 Maharaja Suran, Maharaja of Jawaka. Succeeded on the death of his father, ca. 1233. He d. ca. 1253, having had issue, a son:

  • 1) Raja Tilam, Maharaja of Malayur from 1253. He d. ca. 1335, having had issue, a son:
    • a) Raja Sakranta, Maharaja of Jawaka – see below.

Copyright© Christopher Buyers

1253 – 1267 Raja Sakranta, Maharaja of Jawaka. Succeeded on the death of his grandfather as Maharaja of Jawaka, 1253. He d. ca. 1267, having had issue, two sons and four daughters:

  • 1) Raja Bharubhasa, who became Sultan Mahmud Jiddah Riayath Sa’adat us-Salam, Raja of Lankasuka and Kelantan – see below.
  • 2) Raja Singadhiraja, who became Sultan Sulaiman Shah, Raja of Lankasuka in succession to his elder brother, ca. 1345.
  • 1) Putri Chandana. m. Malik uz-Zahir, Raja of Samudra.
  • 2) Putri Tapasi, Raden Galuh Ajang. m. Raja Jayasingha Varman, Raja of Champa.
  • 3) Che’ Siti Wan Kembang, Raden Galuh Gemerenchang, Raja of Kelantan Selatan 1318 – 1348.
  • 4) Putri Linang Cahaya. m. Sayyid Hussain Jamad ul-Kubra.

1335 – 1362 Paduka Sri Sultan Mahmud Jiddah Riayath Sa’adat us-Salam, Raja of Langkasuka and Kelantan. Appointed as Raja of Chermin. Became Raja of Langkasuka on the death of his grandfather, 1335. Converted to Islam and assumed the title of Sultan Mahmud Jiddah Riayath Sa’adat us-Salam. Succeeded as Raja of Kelantan, 1345. He d. ca. 1362, having had issue, three sons and a daughter:

  • 1) Maharaja Kumara Radin Mas Ariya di-Gunung [Radin Mas Pamari], who became Paduka Sri Sultan Baki Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud, Raja of Chermin – see below.
  • 2) Paduka Sri Sultan Muhammad Tahir ibni al-Marhum Sultan Mahmud, Raja of Ligor. Alleged ancestor of the elder line rulers of Patani, who died out in 1651.
  • 3) Paduka Sri Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Mahmud. Allegedly, Sultan of Kedah.
  • 1) Putri Sa’adung II Siti Zubaida, previously Devi Nareswari. m. Paduka Sri Sultan Zainal Abidin Shah, Raja of Champa.

Berikut pula adalah salasilah Cik Wan Kembang yang dirujuk di dalam buku-buku sejarah sebagai Paduka Cik Siti atau Cik Siti Wan Kembang:

SALASILAH CIK WAN KEMBANG

Maharaja Kumara Raden Mas Aria Di Gunung (Sultan Baki Shah, Raja Tanjungpura dan Chermin)

  1. Sultan Sadik Muhammad Maulana Nenggiri (1418-1429)
  2. Raja Kemas Jiwa Sang Ajit Jayaningrat , Sultan Iskandar Shah Nenggiri (1429-1467)
  • Sultan Mansur Shah, Raja Kelantan (1467-1526)

1.   Raja Gombak, Sultan Gombak, Raja Kelantan (1526-1584)

2.  Onang Kening  kahwin Paduka Sri Sultan Mahmud Shah I ibni al-Marhum Sultan ‘Ala’uddin Shah, Sultan Melaka dan Johor

i.    Raja Mah

ii.   Muzaffar Shah, Sultan Perak 1 (1531)

iii.  Raja Dewi

>  Raja Ahmad, Sultan Ahmad (1584-1589)

-    Sultan Mansur (1547-1561)
–    Cik Wan Kembang (Paduka Cik Siti, 1610-1677)) kahwin Sultan Hussain ibni Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah, Pemangku Raja Kelantan

>  Sultan Mansor Shah, Marhum Janggut (1740-1800)

Di bawah pula ialah salasilah Cik Wan Kembang yang dipetik daripada Geneology Raja-Raja Kelantan yang ditulis oleh Christopher Buyers:

GENEALOGY RAJA-RAJA KELANTAN

1429 – 1467 Paduka Sri Sultan Iskander Shah Nenggiri ibni al-Marhum Sultan Baki Shah, Raja of Kelantan, younger son of Paduka Sri Sultan Baki Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud, Raja of Kelantan, educ. privately. Styled Sang Ajit Jayaningrat, and Raja Kemas Jiwa, before his accession. Succeeded on the death of his elder brother, 1429. He d. 1467, having had issue, one son and at least three daughters (carried away to Malacca by Sultan Mahmud Shah I of Malacca), including:

  • 1) Paduka Sri Sultan Mansur Shah ibni al-Marhum Sultan Iskander Shah, Raja of Kelantan – see below.
  • 1) Megindra Putri, one of the three princesses carried away to Malacca. m. Paduka Sri Sultan Muhammad Shah I ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah, Sultan of Pahang (b.  ca 1450; d. 17th September 1475), eldest son of Paduka Sri Sultan Mansur Shah I ibni al-Marhum Sultan Muzaffar Shah, Sultan of Malacca, by his wife, Putri Wanang Sri Lela Wangsa, daughter of Maharaja Dewa Surya, sometime ruler of Pahang and a relative of the King of Siam. She had issue, three sons – see Malaysia (Pahang).

Copyright© Christopher Buyers

1467 – 1521 Paduka Sri Sultan Mansur Shah ibni al-Marhum Sultan Iskander Shah, Raja of Kelantan, son of Paduka Sri Sultan Iskander Shah Nenggiri ibni al-Marhum Sultan Baki Shah, Raja of Kelantan, educ. privately. Succeeded on the death of his father, 1467. Kelantan was conquered by Malacca in 1499 and several members of the Royal family were carried off. m. (first) a daughter of the Raja of Champa. m. (second) a daughter of the Raja of Trengganu. He d. 1521, having had issue, two sons and four daughters:

  • 1) Raja Gombak ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah, Raja of Kelantan (s/o the Champa princess) – see below.
  • 2) Raja Muhammad ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah, Raja of Trengganu (s/o the Trengganu princess). m. a relative of Sultan Mansur Shah of Pahang. He had issue, a son:
    • a) Raja Ahmad ibni al-Marhum Raja Muhammad, Raja of Trengganu. m. (first) Raja Kamala Dewi binti al-Marhum Sultan Mahmud Shah, daughter of Paduka Sri Sultan Mahmud Shah I ibni al-Marhum Sultan ‘Ala’uddin Ri’ayat Shah Shah, Sultan of Malacca and of Johor. m. (second) Raja Puspa Dewi binti al-Marhum Sultan Mansur Shah, elder daughter of Paduka Sri Sultan Mansur Shah ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil Shah, Sultan of Pahang. He had issue, a son and a daughter:
      • i) Raja Umar bin Raja Ahmad, Raja of Kelantan in 1565, who later succeeded as Paduka Sri Sultan Ali Jalla ‘Abdu’l Jalil Shah II ibni al-Marhum Raja Ahmad, Sultan of Johor – see below and Malaysia (Malacca-Johor).
      • i) Putri Bakal binti al-Marhum Raja Ahmad. m. as his second wife, Paduka Sri Sultan Mansur Shah II ibni al-Marhum Sultan Zainal-Abidin Shah, Sultan of Pahang (k. 1560), elder son of Paduka Sri Sultan Zainal-Abidin Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah, Sultan of Pahang, by his wife, Raja Dewi binti al-Marhum Sultan Mahmud Shah, daughter of Paduka Sri Sultan Mahmud Shah I ibni al-Marhum Sultan ‘Ala’uddin Shah, Sultan of Malacca and Johor. She had issue, two sons and two daughters – see Malaysia (Pahang).
  • 1) Putri Unang Kemuning (d/o the Champa princess). m. Paduka Sri Sultan Mahmud Shah I ibni al-Marhum Sultan ‘Ala’uddin Shah, Sultan of Malacca and of Johor (d. at Kampar, 1530), son of Paduka Sri Sultan Mahmud Shah I ibni al-Marhum Sultan ‘Ala’uddin Shah, Sultan of Malacca and of Johor, by his wife, Tun Fatima, daughter of the Bendahara Sri Maharaja. She had issue two sons and one daughter – see Malaysia (Malacca-Johor).
  • 2) Putri Unang Jupa. m. a Malacca Prince.
  • 3) Putri Unang Jobak. m. as his second wife, Hang Nadim, Sang Naja.
  • 4) Putri Unang Keni (d/o the Trengganu princess). m. Indra Varman Shah, Raja Muda of Champa.

Copyright© Christopher Buyers

1521 – 1526 Raja Gombak ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah, Raja of Kelantan, son of Paduka Sri Sultan Mansur Shah ibni al-Marhum Sultan Iskander Shah, Raja of Kelantan, educ. privately. Succeeded on the death of his father 1521. He d. 1526, having had issue, a son:

  • 1) Raja Ahmad ibni al-Marhum Sultan Gombak, Raja of Kelantan – see below.

Copyright© Christopher Buyers

1526 – 1547 Raja Ahmad ibni al-Marhum Raja Gombak, Raja of Kelantan, son of Raja Gombak ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah, Raja of Kelantan, educ. privately. Succeeded on the death of his father, 1526. m. (first) Raja Sri Dewi binti al-Marhum Sultan Mahmud Shah, daughter of Paduka Sri Sultan Mahmud Shah I ibni al-Marhum Sultan ‘Ala’uddin Ri’ayat Shah Shah, Sultan of Malacca and of Johor, by his wife, Putri Unang Kening binti al-Marhum Sultan Mansur Shah, elder daughter of Paduka Sri Mansur Shah ibni al-Marhum Sultan Iskander Shah, Raja of Kelantan. m. (second) Che’ Banum, daughter of Sri Nara di-Raja, a cousin of Raja Husain of Pahang. He d. 1547, having had issue, a son and a daughter:

  • 1) Paduka Sri Sultan Mansur ibni al-Marhum Raja Ahmad, Raja of Kelantan – see below.
  • 1) Paduka Che’ Siti binti al-Marhum Raja Ahmad [Chik Wan Kembang] (d/o Che’ Banum). m. Paduka Sri Husain ibni Al-Marhum Sultan Ali Jalla ‘Abdu’l Jalil Shah, Pemangku Raja of Kelantan – see below.

Berdasarkan kepada salasilah-salasilah di atas dapatlah dibuktikan bahawa Cik Siti Wan Kembang dan Cik Wan Kembang adalah dua tokoh yang sangat berbeza dan hidup  dalam dua zaman yang bebeza sama sekali yang mana selang masa di antara keduanya adalah kira-kira 300 tahun.

Cik Siti Wan Kembang

1253 – 1267 Raja Sakranta, Maharaja of Jawaka. Succeeded on the death of his grandfather as Maharaja of Jawaka, 1253. He d. ca. 1267, having had issue, two sons and four daughters:

  • 1) Raja Bharubhasa, who became Sultan Mahmud Jiddah Riayath Sa’adat us-Salam, Raja of Lankasuka and Kelantan – see below.
  • 2) Raja Singadhiraja, who became Sultan Sulaiman Shah, Raja of Lankasuka in succession to his elder brother, ca. 1345.
  • 1) Putri Chandana. m. Malik uz-Zahir, Raja of Samudra.
  • 2) Putri Tapasi, Raden Galuh Ajang. m. Raja Jayasingha Varman, Raja of Champa.
  • 3) Che’ Siti Wan Kembang, Raden Galuh Gemerenchang, Raja of Kelantan Selatan 1318 – 1348.
  • 4) Putri Linang Kahaya. m. Sayyid Hussain Jamad ul-Kubra.

Cik Wan Kembang

1526 – 1547 Raja Ahmad ibni al-Marhum Raja Gombak, Raja of Kelantan, son of Raja Gombak ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah, Raja of Kelantan, educ. privately. Succeeded on the death of his father, 1526. m. (first) Raja Sri Dewi binti al-Marhum Sultan Mahmud Shah, daughter of Paduka Sri Sultan Mahmud Shah I ibni al-Marhum Sultan ‘Ala’uddin Ri’ayat Shah Shah, Sultan of Malacca and of Johor, by his wife, Putri Unang Kening binti al-Marhum Sultan Mansur Shah, elder daughter of Paduka Sri Mansur Shah ibni al-Marhum Sultan Iskander Shah, Raja of Kelantan. m. (second) Che’ Banum, daughter of Sri Nara di-Raja, a cousin of Raja Husain of Pahang. He d. 1547, having had issue, a son and a daughter:

1)    Paduka Sri Sultan Mansur ibni al-Marhum Raja Ahmad, Raja of Kelantan .

2)    Paduka Che’ Siti [Chik Wan Kembang] binti al-Marhum Raja Ahmad (d/o Che’ Banum). m. Paduka Sri Husain ibni Al-Marhum Sultan Ali Jalla ‘Abdu’l Jalil Shah, Pemangku Raja of Kelantan

Jika dibandingkan kedua-dua salasilah di atas dengan kisah sejarah Cik Siti Wan Kembang maka, yang dimaksudkan dengan Cik Siti Wan Kembang adalah Cik Wan Kembang yang juga digelar “Paduka Cik Siti”.

Walau bagaimanapun, jika yang dimaksudkan adalah Cik Wan Kembang, sudah pasti kisah Cik Siti Wan Kembang seperti yang tercatat di dalam sejarah Kelantan menjadi SALAH dan mengelirukan kerana Cik Wan Kembang berkahwin dan mempunyai anak, manakala Cik Siti Wan Kembang  pula tidak berkahwin iaitu membujang sehingga ke akhir hayatnya (virgin queen) dan baginda hanya memiliki anak angkat iaitu Puteri Saadong.

Bagi saya, yang dimaksudkan dengan Cik Siti Wan Kembang yang menjadi lagenda rakyat Kelantan  ialah Che’ Siti Wan Kembang, Raden Galuh Gemerenchang, Raja Kelantan Selatan (1318 – 1348), iaitu anakanda Raja Sakranta, Maharaja Jawaka (1253 – 1267).

1253 – 1267 Raja Sakranta, Maharaja of Jawaka. Succeeded on the death of his grandfather as Maharaja of Jawaka, 1253. He d. ca. 1267, having had issue, two sons and four daughters:

  • 1) Raja Bharubhasa, who became Sultan Mahmud Jiddah Riayath Sa’adat us-Salam, Raja of Lankasuka and Kelantan – see below.
  • 2) Raja Singadhiraja, who became Sultan Sulaiman Shah, Raja of Lankasuka in succession to his elder brother, ca. 1345.
  • 1) Putri Chandana. m. Malik uz-Zahir, Raja of Samudra.
  • 2) Putri Tapasi, Raden Galuh Ajang. m. Raja Jayasingha Varman, Raja of Champa.
  • 3) Che’ Siti Wan Kembang, Raden Galuh Gemerenchang, Raja of Kelantan Selatan 1318 – 1348.
  • 4) Putri Linang Cahaya. m. Sayyid Hussain Jamad ul-Kubra.

Seterusnya Puteri Saadong yang dijadikan anak angkat Cik Siti Wan Kembang pula ialah Putri Sa’adung II (Siti Zubaidah), atau nama asalnya  Devi Nareswari yang berkahwin dengan  Paduka Sri Sultan Zainal Abidin Shah, Raja Champa yang sangat terkenal dengan kisah SYAIR SITI ZUBAIDAH”. Puteri Sa’adung II (Siti Zubaidah) ini merupakan anak saudaranya iaitu anakanda Raja Bharubhasa, iaitu Sultan Mahmud Jiddah Riayath Sa’adat us-Salam, yang menjadi  Raja Chermin. Baginda menjadi Raja Langkasuka selepas kemangkatan nenda baginda pada tahun 1335. Pada tahun 1345 baginda dilantik menjadi Raja  Kelantan.

CIK SITI WAN KEMBANG

Berdasarkan kepada apa yang saya papar dan bincangkan di atas maka kesimpulan yang boleh dibuat adalah:

  1. Cik Siti Wan Kembang memang benar-benar wujud dalam sejarah khususnya sejarah Kelantan.
  2. Walau bagaimanapun, baginda bukanlah Cik Wan Kembang sebagaimana yang tercatat dalam sejarah Kelantan, baginda adalah Cik Siti Wan Kembang yang juga dikenali sebagai Raden Galuh Gemerenchang.
  3. Cik Siti Wan Kembang dan Cik Wan Kembang (Paduka Cik Siti) adalah dua orang tokoh yang sangat-sangat berbeza dan masing-masing mempunyai sumbangan yang tersendiri kepada sejarah Kelantan.
  4. Kedua-duanya hidup dalam jangka masa yang berbeza, yang mana bezanya adalah sangat jauh iaitu kira-kira 300 tahun. Cik Siti Wan Kembang yang sebenar ialah Che’ Siti Wan Kembang, Raden Galuh Gemerenchang, Raja Kelantan Selatan (1318 – 1348).
  5. Puteri Saadong yang dijadikan anak angkat Cik Siti Wan Kembang adalah Puteri Saadong II yang juga dikenali sebagai Siti Zubaidah, iaitu anakanda saudara baginda sendiri dan bukannya Puteri Saadong Puteri Raja Loyor.
  6. Sejarah Cik Siti Wan Kembang adalah berkait rapat dengan sejarah Islam dan perkembangannya di NUSANTARA kerana pada zaman bagindalah, Nusantara menerima kedatangan tokoh agung Islam Nusantara iaitu Sayyid Hussein Jamadil Qubro yang kemudiannya berkahwin dengan adinda dan cucunda saudara baginda. Daripada zuriat merekalah lahir tokoh-tokoh agung Islam di Nusantara seperti Wali Songo dan Raja-Raja Melayu.

Jadi terpulanglah kepada akal budi masing-masing untuk menerima atau menolak pandangan saya di atas. Apa yang pasti nama Cik Siti Wan Kembang akan terus harum dan HIDUP (sebagaimana yang dipercayai oleh sesetengah masyarakat di Kelantan bahawa baginda masih lagi hidup sehingga kini dan boleh ditemui pada bila-bila masa). Baginda akan terus menjadi kebanggaan (khususnya kepada kaum wanita) dan lagenda bukan sahaja kepada masyarakat Kelantan, bahkan kepada keseluruhan umat Melayu di Nusantara. Namanya akan terus sebati dengan nama negeri Kelantan yang akan terus mendapat jolokan TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA,  NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG” atau lebih tepat lagi Tanah Seri Indah Sekebun Bunga, Kisaran Payung, Wilayah Cik Siti Wan Kembang”.