Komplek permakaman Long Gaffar di Langgar Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan

1.0 PRAKATA.— Salasilah Long Gaffar dan zuriatnya dapat dikesan melalui dua peringkat, pertama  peringkat pra-kelahirannya, iaitu yang menyentuh asal-usulnya dan peringkat kedua menyentuh Long Gaffar sendiri sebagai pengasas Kelantan amnya dan pengasas wangsa raja-raja Kelantan dari zuriatnya, khasnya.

Pemandangan sebahagian kawasan bekas Kota Limbat

Lagi kawasan bekas Kota Limbat

1.1 SALASILAHNYA: Asal-Usul..—Menurut Engku Mat bin Engku Ismail (VLG), satu-satunya zuriat Long Gaffar yang pernah membaca naskhah atau manuskrip asal Sejarah Long Gaffar tulisan tangan yang telah hilang dan belum lagi ditemuinya sehingga ke hari ini, Long Gaffar atau Long Ja`afar dalam sejarah yang asal lebih dikenali sebagai “Baginda”. Gelaran “Baginda” ini dikatakan amat sinonim dengan Long Gaffar bukan sahaja selepas memerintah Kelantan di Limbat bahkan telahpun digunakan semasa Long Gaffar menjadi Raja Muda Reman. Menurutnya lagi dalam buku tersebut nama “Baginda” digunakan dengan meluas sebagai merujuk kepada Long Gaffar. Long Gaffar ialah putera `Sayyid Hitam` atau lebih dikenali dengan panggilan mesra rakyat sebagai `Tok Nik Reman` atau Tok Nik II`. Nama sebenar Long Gaffar ialah Sayyid Putera tetapi semasa kecilnya Long Gaffar lebih dikenali dengan gelaran Raden Panji.

Sebahagian banner Salasilah Long Gaffar

Peta Negeri Reman yang dipercayai sudah wujud seawal tahun 1600 Masehi

Jika`Tok Nik Reman` ialah juga Tuan Long Nik (Senik Getting), Datu Pujud, Reman seperti yang diutarakan oleh Christopher Buyers (CB)  dalam `Salasilah Raja-raja Kelan tan (Genealogy Raja-Raja Kelantan dalam www.Royalark..com (cj. Buyers @ vigin.net) ), maka jelaslah bahawa Tuan Long Ja`afar (Ga`apar), adalah salah seorang [1] dari putera Long Nik Getting yang berasal dari zuriat tiga orang putera Maharaja Srimat Trailokyaraja iaitu Maharaja Suran (Raja Surendra),  Ken Arok, raja Singasari dan Sri Trimurti Sang Sapurba, raja Palembang serta puteranya Sri Tribhuvana Sang Nila Uttama, Raja Jambi sebagaimana yang tercatat dalam Sejarah Melayu. Dikatakan dari zuriat merekalah yang tersebar dan merajai hampir keseluruhan kerajaan-kerajaan di Nusantara sehingga ke negara Gajah Puteh dan ke Champa.

Menurut Christopher Buyers berkait dengan Salasilah Raja-raja Kelantan (Genealogy Raja Raja Kelantan), khasnya Long Gaffar (Long Ja`afar bin Datu` Pujud Long Nik) ber mula dengan Maharaja Srimat Trailokyaraja Mauli Bhushana Varma Deva (Brahma), Maharaja Imbang Jaya atau Sambugita yang meninggal tahun 1233 Masihi, iaitu mempu nyai 3 orang putera yang bernama Maharaja Surendra, Raja Suran, Raja Jawaka (1233–1253M), Sri Trimurti Sang Sapurba, Raja Palembang, Sumatera, Indonesia, dan Ken Arok, Raja Singasari, Jawa.

Maharaja Surendra atau Maharaja Suran pula yang menjadi Raja Jawaka setelah kema tian bapanya pada tahun 1233 M sehingga baginda juga meninggal tahun 1353 M, mem- punyai seorang putera bernama Raja Tilam, Maharaja Malayur, yang meneruskan peme- rintahan ayahandanya sehingga baginda juga meninggal tahun 1335 M. Raja Tilam pula mempunyai seorang putera bernama Raja Sakranta, di mana bagindalah yang mewarisi takhta datuknya, Raja Suran yang meninggal tahun 1253 sebagai Raja Jawaka sehingga baginda meninggal tahun 1267 M. Raja Sakranta mempunyai 6 orang anak, 2 putera dan 4 puteri:  1) Raja Bharubhasa yang menjadi raja dengan gelaran Sultan Mahmud Jiddah Ri`ayath Sa`adatu`s-Salam, iaitu Raja Langkasuka dan Kelantan. 2) Raja Singadhiraja yang menjadi raja Lankasuka  menggantikan saudara tuanya Raja Bharubhasa yang me- ninggal tahun 1345M, iaitu dengan gelaran Sultan Sulaiman Shah.

Sementara 4 puteri Raja Sakranta ialah:  3) Putri Chandana berkahwin dengan Maliku ‘z-Zahir, Raja Samudra, 4) Putri Tapasi, Raden Galuh Ajang berkawin dengan Raja Jaya singha Varman, Raja Champa, 5) Che Siti Wan Kembang (Raden Galuh Gemeranchang), Raja Kelantan Selatan 1318 – 1348M, dan 6) Putri Linang Kahaya, berkahwin dengan Sayyid Husayn Jamadi’l-Kubra (?).

Manakala Raja Bharubhasa, Raja Lankasuka dan Kelantan yang dilantik sebagai Raja Chermin, telah  dilantik menjadi Raja Lankasuka sewaktu kematian datuknya Raja Sak- ranta yang meninggal  tahun 1335M dan setelah menganut lslam baginda dikenali dengan Paduka Sri Sultan Mahmud Jiddah Ri’ayath Sa’adatu’s-Salam yang sekaligus pula menja di Raja Kelantan pada tahun 1345M, iaitu sehinggalah baginda meninggal tahun 1362M. Baginda mempunyai 4 orang anak, 3 putera dan seorang puteri, iaitu 1) Maharaja Kumara Radin Mas Ariya di Gunung [Radin Mas Pamari] yang menjadi Paduka Sri Sultan Baki Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud, Raja Chermin,  2) Paduka Sri Sultan Muhammad Tahir ibn al-Marhum Sultan Mahmud, Raja  Ligor, iaitu yang meninggal tahun 1651M, adalah induk kepada keluarga diraja Patani, 3) Paduka Sri Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Mahmud, iaitu Sultan Kedah, dan 4) Putri Sa’adung II, Siri Zubaidah (Devi Na reswari) yang berkahwin dengan Paduka Sri Sultan Zainal ‘Abidin Shah, Raja Champa.

Paduka Sri Sultan Baki Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Jiddah, Raja Kelantan, putera sulong Paduka Sri Sultan Mahmud Jiddah Ria’ayath Sa’datu’s-Salam, Raja Lanka suka dan Kelantan, telah dilantik sebagai Raja Tanjungpura dan Chermin semasa hayat ayahandanya yang sekaligus pula merajai Kelantan menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1362M sehinggalah baginda sendiri mangkat tahun 1418M. Baginda memperolihi 3 orang anak, 2 putera dan seorang puteri: 1) Paduka Sri Sultan Sadik Mu- hammad Maulana Nenggiri ibni al-Marhum Sultan Baki Shah, Raja Kelantan dan 2) Raja Kemas Jiwa Sang Ajit Jaya Ningrat, raja Nenggiri iaitu yang dikenali sebagai Paduka Sri Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Baki Shah, Raja Kelantan, dan seorang lagi yang puteri ialah 3) Puteri Selindung Bulan, berkahwin dengan Sayyid Husayn Ja- madi’l-Kubra [Ratnavamsa {Pandita Parnen}], di mana daripada merekalah iaitu khas nya dari  zuriat Sayyid `Ali Nuru`l-`Alam ibn Sayyid Husayn Jamadi`l-Kubra bermu lanya raja-raja dan ulama-ulama di Nusantara dan sekitarnya yang berketurunan ‘sayyid’ dari keturunan Nabi Muhammad Salla’l-Lah ‘alayhi wa Alihi wa Sallam (s. `a.w.a.w) , khasnya dari zuriat Imam Ja`afar  a`s-Sodiq `alayhi`s-salam (`a.s), iaitu yang dikatakan induk atau moyang kepada Long Gaffar dan Syeikh Daud al-Fatani, yang pertama pengasas wangsa raja-raja Kelantan dari zuriatnya, dan yang akhir seorang ulama tersohor Patani khasnya dan di Nusantara amnya pada abad silam.

Puteri Selindung Bulan yang bersuamikan Sayyid Husayn Jamadi’l-Kubra itu memper olihi 2 orang putera [2]:1) Sayyid ‘Ali Nuru’l-‘Alam ibn  Sayyid Husayn Jamadi’l-Kub ra, baginda sebagai Perdana Menteri Kelantan atau Pateh Ariya Gajah Mada bagi pihak Empayar Majapahit tahun 1432-1467M. Seorang lagi putera mereka ialah 2) Sayyid Mu- hammad Kebungsuan ibn Sayyid Husayn Jamadi`l-Kubra, Prabhu Anum/Udayaning -Rat/Bhra Wijaya, iaitu moyang kepada raja-raja Demak, Pajang, Mataram, Jawa.

Manakala Sayyid ‘Ali Nuru’l-Alam, Pateh Ariya Gajah Mada mempunyai 3 orang pu tera [3] : 1) Wan Husayn bin ‘Ali Nuru’l-Alam, Sri Amara Wangsa [Tok Masjid], Pateh Majapahit, 2) Sultan Maulana Sharif Abu ‘Abdi’l-Lah Mahmud ‘Umdatu’d-Din [Syaikh Israel Yakub] {Wan Bo Tri Tri } atau Wan Abu  atau Wan Bo Teri Teri atau Maulana Is- ra’il ( Shaghir, H.W.M, ‘Abdullah, 1990: 10 -11), Raja Champa 1471 – 1478M. 3) Wan Demali `Alimu`d-Din ibn `Ali Nuru`l-`Alam, Pateh Karmawijaya Majapahit, Laksamana Benta.

Sultan Maulana Sharif Abu ‘Abdi’l-Lah Mahmud ‘Umdatu’d-Din berkahwin dengan Sharifa Mudain, Ratu Mas Rara Santang, puteri Radin Pamanasara Prabhu Silawangi, Pa jajaran, Banten di Jawa, dan dengan isterinya Nyai Sabanglarang, puteri Ki Gedeng Tapa, baginda memperolihi zuriat: 1} Ahmad Fatahi’l-Lah [ Syarif Hidayatu’l-Lah] bin Sultan Abu ‘Abdi’l-Lah, iaitu moyang kepada keluarga diraja Banten, Cheribon dan Palembang, dan  2) Wan ‘Abu’l-Muzaffar Waliyu’l-Lah bin Sultan Abu ‘Abdi ’l -Lah, berzuriatkan a) Dato’ Nik Jamal’ud-Din bin Wan Abu’l-Muzaffar, Timbalan Raja Champa, juga bergelar Datu’ Kelantan, dan b) Dato` Nik Mustafa, Jambu, Jering, Patani.

Menurut suatu riwayat, Raja Patani pernah melantik gabenornya memerintah Kelantan yang berpusat di Pengkalan Datu. Di antara datu-datu yang memerintah Kelantan bagi pi hak Patani termasuklah Datu Jamalu’d-Din (1547M  ), iaitu abang kandung Dato` Nik Mustafa yang memerintah Jambu, Patani (H.W.M Shaghir, 1990: 9).

Dato` Nik  Mustafa yang memerintah Jering, Patani dikatakan mengajak saudaranya Dato` Nik Jamalu’d-Din menyerang orang-orang Yuwun (Annam) untuk membalas den dam. Mereka berjaya menguasai bandar Phan Rang dan sekaligus Dato` Mustafa menjadi Raja Champa, iaitu dengan gelaran Sultan ‘Abdu’l-Hamid (1577 – 1637M). Di Champa, baginda dikenali sebagai ‘Po Rome’ dan di kalangan masyarakat Cam dan Kelantan den gan gelaran, ‘Ong Tpoua’ (H.W.M. 1990: 10 dan Warisan Kelantan ).

Dato` Nik Jamalu’d-Din bin Wan Abu’l-Muzaffar mempunyai 2 orang putera:  i) Raja Loyor,  menjadi raja Kelantan dengan gelaran`Paduka Seri Sultan ‘Adilu’d-Din bin Jama lu ’d-Din,dan ii) Raja Ekok yang juga menjadi raja Kelantan dengan gelaran `Paduka Seri Sultan Samiru’d-Din bin Jamalu’d-Din..

Dato’ Nik Mustafa bin Wan Abu`l-Muzaffar, Paduka Seri Sultan ‘Abdu’l-Hamid Shah bin Wan ‘Abu’l-Muzaffar, Raja Seri Sarwasadesa dan  Champa pada tahun 1578 – 1637M pula mempunyai 3 orang putera iaitu  A) Dato’ Nik Ibrahim yang bergelar Raja Ibrahim bin Sultan ‘Abdu’l-Hamid Shah, Datu Kelantan 1634 – 1637M dan menjadi  Raja Champa 1637 – 1684M, B) Nik Badru`s-Salam, Pembangun Keluarga Diraja Sing gora (Thailand), dan C) Dato` Nik `Ali, Dato` Maharaja Lela, Panglima Agung Tentera Patani.

Nik Badrus-Salam mempunyai 2 orang putera: a) Wan Muhammad Amin bin Nik Badru’s-Salam [Po Jatamuh] Raja Champa 1684M dan b) Wan Daim bin Nik Badru’s-Salam, Raja Champa 1684–1692M dahulunya, sebagai Dato’ Jambu, Patani yang mempu nyai 3 orang putera iaitu i) Tuan Sulong [Dato` Pasir], Dato` Kelantan Barat 1698 – 1713M,  ii) Tuan Besar Long Bahar, Sultan Long Bahar (Raja Kelantan dan Patani) dan iii) Tuan Long Nik (Senik Getting), Datu Pujud, Reman.

Tuan Sulong { Datu Pasir}, Dato` Kelantan Barat (1698 – 1713M) mempunyai 2 orang putera iaitu (1) Long Muhammad, Raja Kelantan Barat (1717-1757M),  dan  (2 ) Long Pandak, Sultan Long Pandak, Raja Kelantan yang mempunyai seorang putera berna ma Long Muhammad yang menjadi raja Kelantan bergelar ‘Sultan Long Muhammad’.

Tuan Long Nik [4]bin Raja Daim [Senik Getting], Datu Pujud, Reman, Patani mempu nyai 5 orang anak, 4 putera dan seorang puteri: i) Long Nuh, Raja Patani, Thailand, ii) Long Man iii) Long Deraman (Raja Abdu’r-Rahman) Raja Ligor, Patani, iv) Long Ja’afar, Datu Pujud yang bergelar “Tengku Seri Maharaja Perdana Mentri”, 1763M (Chief Minister of Kelantan, 1763M. Baginda mangkat pada tahun 1794 (?), meninggal kan 2 orang anak [5] , seorang putera iaitu Engku Limbat, Engku Seri Maharaja Perdana Menteri (m. 1851M), dan seorang puteri bernama v) Tengku Tengah yang  berkahwin dengan Paduka Seri Sultan Long Muhammad bin al-Marhum Sultan Long Pandak, Raja Kelantan (m. 1763M).

Terdapat kekeliruan berhubung dengan seorang lagi putera Dato’ Nik Mustafa (Sultan ‘Abdu’l-Hamid Shah) iaitu Dato’ Nik ‘Ali yang bergelar Datu’ Maharaja Lela, Penglima Agung Tentera Patani. Beliau,menurut Haji Wan Muhammad Shaghir (HWM, Shaghir, 1990: 10) juga bergelar ‘Tok Koda Bonang’, telah merantau ke Sulawesi Selatan dan se telah beberapa lama  berada di sana, ia pulang ke Patani sewaktu pemerintahan Raja Ungu (1624–1635M). Nik ‘Ali ini yang dikatakan menggantikan Faqih Ali al-Malabari yang terbunuh dalam Perang  Patani – Siam tahun 1634M. Faqih ‘Ali al-Malabari berge lar ‘Temenggong Sri Paduka’ dan Nik ‘Ali pula bergelar ‘Datuk Sri Maharajalela’.

1.1 Misteri Pengembaraan 3 Putera Raja Kisah asal-usul keturunan Long Gaffar dikatakan bermula dengan pengembaraan tiga orang putera raja dari Pagar Ruyung yang tidak dapat dikenalpasti siapakah mereka itu sebenarnya, kerana riwayat lisannya (VLG) hanya menyatakan mereka adalah putera-putera raja dari Pagar Ruyung, Palembang, di mana menurut tradisinya di kalangan raja-raja yang mengamalkan Adat Perpateh yang diwarisi dari tanah adat di Pagar Ruyung, apabila seseorang dalam suatu keluarga khasnya keluarga diraja dilantik menjadi raja, maka saudara-saudaranya yang lain dari keluarga diraja berkenaan yang tidak terpilih menaiki takhta kerajaan itu semestinya mengembara keluar negeri membawa haluan masing-masing untuk mencari pengalaman hidup, menuntut ilmu dan menanamkan semangat keperwiraan yang tinggi dalam dirinya. Dalam hubungan ini, didapati tiga orang putera diraja yang bersaudara dari Pagar Ruyung dikatakan telah keluar meninggalkan tanah air mereka, ibarat jika, “untung sabut timbul dan jika untung batu tenggelam. Mereka terpaksa meredah hutan belantara dan melayari lautan dengan menggunakan jong (bahtera) yang lengkap dengan segala peralatannya. Namun nasib tidaklah menyebelahi mereka, ke rana sebaik-baik sahaja mereka berada di tengah laut tiba-tiba di takdirkan Allah ribut kencang telah melanda bahtera mereka dan sekaligus karam di laut yang menyebabkan mereka tiga bersaudara itu terpisah tanpa arah dan tujuan. Tetapi, dengan berkat doa dan tawakal sejatinya kepada Allah Ta`ala, mereka terselamat sampai ke daratan.. Putera Tengah yang dikatakan datuk Long Gaffar telah dapat menyelamatkan dirinya dengan berpaut kepada apa sahaja yang terapung di laut dan tiada siapa pun yang menyangka dan mengetahuinya, tiba-tiba seekor `ikan ke kacang’ yang besar telah membawanya ke persisiran pantai di utara Tanah Melayu. Ia merupakan suatu keajaiban dan luar biasa sekali yang menyebabkan putera itu terfikir sejenak di mana hati kecil (dhamir)nya berbicara seketika, di mana baginya tidak mungkin sama sekali bagi seekor ikan yang kebiasaannya makanan manusia itu dapat menolongnya melainkan dengan kudrat dan iradat Allah Ta`ala. Sejak itu, lantaran terhutang budi dan nyawanya kepada makhluk penyelamat itu, dan peristiwa ini seolah-olah menjadi suatu sumpahan kepadanya dan zuriatnya sehingga melarang dirinya dan zuriatnya memakan ikan kekacang, di mana barangsiapa dari kalangan mereka memakannya maka buruklah padahnya.

1.2 Bendang Saring.—Setelah berihat seketika sambil bersyukur kepada Allah di atas ke selamatan yang dikurniakan Allah kepadanya, baginda terpaksa meneruskan perjalanan nya tanpa dua saudaranya itu. Dengan menyerah diri dan masibnya kepada Yang Maha Esa berjalanlah baginda, masuk hutan keluar hutan, masuk padang keluar padang, malah naik bukit turun bukit, lama kelamaan sampailah ia ke `Bendang Saring’, iaitu suatu wi layah negeri yang terletak di antara Yala (Jala) dengan Patani (Selatan Thailand).

1.2.1Pesta Memilih Menantu.—Setibanya di sana didapati rajanya mempunyai seorang puteri yang bernama Neng Cayang. Puteri ini amat cantik dan menjadi rebutan ramai di kalangan putera-putera raja di seluruh pelusuk negeri.Raja Bendang Saring berfikir bagai mana cara terbaik untuk memilih bakal suami puteri kesayangannya itu. Lalu terlintas di fikiran baginda akan pokok saring yang menjadi sempena nama negeri baginda. Pokok Saring, sejenis pokok kipas yang amat tingggi ini, rupa-rupanya telah memberi ilham ke pada baginda untuk mengadakan pesta memilih menantu kelak dan sekaligus pokok ini juga dijadikan asas dan syarat utama pertandingan, di mana baginda ingin mengadakan pertandingan untuk memanjatnya. Oleh itu Raja Bendang Saring bertitah “barangsiapa yang berjaya memanjatnya dan dapat pula mengambil barang sepelepah daunnya maka dialah yang akan dijadikan me nantu raja kelak dan 10 buah negeri dalam taklukan baginda turut menjadi hak miliknya”. Dengan tawaran hadiah yang begitu istimewa itu,  ramailah putera-putera raja telah men cuba nasih mereka untuk memperisterikan Puteri Neng Cayang, di mana seorang demi seorang silih berganti memanjat pokok saring yang paling tinggi itu, tetapi semua mere ka itu gagal. Lantas baginda memerintahkan agar diisytiharkan bahawa: “Tidak kira sesiapa sahaja meskipun dari kalangan rakyat jelata layak untuk mencuba nasib dengan menyertai pertandingan

1.2  2 Kecerdikan Terserlah.–Pengisytiharan raja itu terdengar ke telinga putera tengah

yang baru tiba di negeri itu yang menyebabkan ia amat ingin untuk mencuba nasibnya te tapi apabila hasratnya diberitahukan kepada raja orang ramai yang hadir mentertawa kan nya sehingga ada yang mengatakannya gila, bahkan lebih dari itu menggelarkannya `Ba tak Putih’. Betapa hinanya putera itu pada pandangan orang ramai yang tidak tahu mena hu akan asal-usulnya yang sebenar. Namun begitu, segala kata-kata penghinaan itu tidak lah melemahkan semangat dan hasratnya bahkan ia menjadi perangsang kepadanya yang menambahkan tekad dan azamnya untuk mencapai hasratnya dansekaligus iapun membe ranikan dirinya untuk menyatakannya kepada raja Bendang Saring akan hasrat dan keingi nannya untuk mencuba nasibnya, lantas berdatang sembah memohon kepada raja agar me menuhi dua syarat iaitu agar disediakan kepadanya seberapa banyak paku dan sebilah ka pak. Betapa panjang akal dan bijaksananya orang digelarkan `Batak Putih’ itu terserlah pada budi bicara dan permohonannya, di mana semua perkara yang dipohonkan itu me mang berguna kepadanya. Paku boleh digunakan untuk membuat tangga di batang pokok dan kapak pula dapat dijadikan pengerat pelepah daun saring yang dikehendaki raja itu. Setelah semuanya disediakan iapun memulakan memanjat pokok itu, iaitu selangkah de mi selangkah dengan menggunakan paku sebagai tangga berpijak dan kapak sebagai pengerat pelepahnya yang dapat memenuhi hasratnya.

1.2.3Kasih Saudara Melebihi Segala.–Akhirnya,ia berjaya sampai kepuncaknya dan apabila dilihatnya pokok saring itu hanya ada tiga pelepah sahaja telah mengingat kannya ada tiga bersaudara yang semuanya menjadi mangsa bahtera karam di laut sehingga tidak lah terfikir langsung untuk memenangi pertandingan memanjat pokok setinggi itu untuk menjadi menantu raja. Beliau terus teringatkan akan abang dan adiknya yang tidak diketahui apakah untung nasib mereka, adakah masih hidup ataupun sudah mati. Oleh itu, sambil menetak pelepah yang pertama  beliau berseru dan berdoa kepada Tuhan Jika benar dirinya adalah keturunan raja yang berdaulat mohon supaya pelepah itu jatuh ke tempat di mana sahaja abangnya berada ..!” Pelepah itu dikatakan mengeluarkan cahaya berwarna putih (perak), lalu ianya terus hilang dibawa angin, hilang entah ke mana. Selepas itu ditetaknya pula pelepah yang kedua, demikian juga  yang dihasratkan agar sampai kepada adiknya. Pelepah itu dikatakan mempunyai cahaya keperangan (tembaga), lalu ianya terus hilang di bawa angin. Dengan izin Allah Ta`ala, dikatakan bahawa kedua-dua pelepah yang berterbangan hilang dari pemandangan mata itu telah tiba ke destinasinya masing-masing, iaitu sampai kepada kedua-dua saudaranya, di mana pelepah yang pertama telah sampai kepada abangnya yang menjadi raja  di Kedah, dan pelepah yang keduanya sampai kepada adiknya yang menjadi raja di Ayuthia (Berhubung dengan bagaimana adiknya itu dapat menjadi Raja Ayuthia diceritakan selepas  itu berjaya menyelamatkan diri akibat peristiwa kapal karam, putera bongsu itu telah mengembara membawa diri sama seperti putera tengah untuk mencuba untung nasib. Setelah lama mengembara putera bongsu itu dikatakan telah tiba di pintu kota Ayuthia. Kebetulan semasa ketibaannya itu negeri Ayuthia sedang berkabung kerana kemangkatan rajanya. Apa yang manambahkan lagi kesedihan rakyat dan pembesar negeri tersebut itu ialah rajanya itu tidak mempunyai pewaris. Setelah berbincang lalu dibuat satu keputusan untuk menyerahkan soal pemilihan calon raja itu diserahkan kepada seekor “gajah putih” (yang menurut kepercayaan masyarakat di negeri itu adalah keramat dan sakti) yang kebetulan ada seekor di negeri tersebut. Lalu diadakan satu upacara pemilihan calon raja di mana “gajah putih itu tadi merayau-rayau ke segenap pelusuk kota mencari calon raja, namun tidak ada yang dipilihnya. Selepas itu dibukakan pintu kota, kebetulan pada masa itu putera bongsu baru sahaja tiba di luar kota dan dengan tidak semena-mena “gajah putih” itu menuju ke arahnya lantas duduk di hadapannya sebagai tanda hormat. Peristiwa itu disaksikan oleh seluruh warga kota dan para pembesar Ayuthia dengan penuh rasa gembira kerana akhirnya bakal pengganti raja telah dipilih, lalu dijemputlah putera bongsu itu naik ke atas “gajah putih” serta di arak masuk terus ke istana untuk ditabalkan sebagai raja Ayuthia yang baru. Putera bongsu ini kemudiannya lebih dikenali sebagai “Raja Budak”).  Mereka semua amat gembira dan sukacita kerana mengetahui saudaranya yang tengah itu masih hidup. Sementara itu, pelepah yang satu lagi yang dapat menentukan nasibnya juga dipotongnya dan sekaligus jatuh ke bumi, betul-betul di bawah pokoknya iaitu sebagaimana yang dipohon dan di hasratkannya dalam doanya.

Apabila turun ke bawah, orang ramai yang hairan dan terpegun menyaksikan keheba tannya memanjat pokok itu dari awal hingga akhirnya, segera menyambutnya dengan pe nuh hormat dan mengalu-ngalukannya lalu dipersembahkan kepada raja Bendang Saring dan iapun diiajabkabulkan dengan Neng Cayang, Puteri kesayangan baginda.

1.2.4Tak Kenal Tak Cinta.–Pada mulanya, dikatakan Puteri Neng Cayang tidak melaya ninya, kerana tidak setuju dengan perkahwinan itu, bahkan menganggap ayahandanya zalim kerana menyangka bahawa ayahandanya memaksanya berkahwin dengan pemuda yang tidak diketahui akan asal-usulnya, iaitu yang berkeadaan comot, kotor dan tidak terurus badan dan pakaian akibat gembaraannya yang lama sehinggakan menjadi mangsa bahtera karam di laut, tetapi sebagai seorang raja yang adil lagi saksama, bijaksa na dan tinggi firasatnya maka baginda tetap dengan pendirian dan keputusannya iaitu se bagai mana yang dijanjikannya. Lantaran, bagi baginda semestinya ada sesuatu yang istimewa, aneh dan luar biasa pada menantunya itu sehingga ia boleh memenangi sayambara memi lih menantu dengan mengalahkan semua putera-putera raja dari seluruh pelusuk negeri. Oleh itu baginda menitahkan para pegawai dan pegawal istana agar berjaga  malam bergi lir-gilir untuk memerhatikan segala gerak-geri dan tingkah laku menantunya itu. Akhir nya, pada kira-kira jam 4.00 pagi atau lewat malam, setelah pada fikirannya bahawa tiada sesiapa yang melihat dan mengetahuinya, maka si menantu itupun keluarlah daripa da pe raduannya untuk pergi ke bilik persiraman iaitu selepas menanggal pakaiannya (sarung ?) dan terus memasuki bilik persiraman. Alangkah terkejut dan hairannya segala pengawal istana tatkala menyaksikan betapa tampan dan cantiknya fizikal dan rupa paras menantu raja itu !  Apabila selesai sahaja bersiram tanpa diketahui ada orang yang memerhati- kannya ia pun menyarung kembali pakaian lamanya dan terus masuk ke bilik peradu- annya. Namun begitu, dikatakan Puteri Neng Cayang yang belum mengetahui siapa sebe narnya tidak melayani suaminya itu. Tetapi pada keesokannya para pengawal yang ditu gaskan mengintip menantu raja itu bercerita tentang apa yang dilihat mereka padan ma lam sebelumnya lan tas ayahanda Puteri Neng Cayang memerintahkan pengawal-peng awal istananya meneruskan lagi intipan mereka pada malam berikutnya dan sekaligus me merangkapnya agar bertindak mengambil pakaian menantunya ketika ia sedang bersiram kelak, dan setelah berjaya sebagaimana mengikut arahan raja lalu unggun api dinyalakan dan pakaian (sarung ) dibakar sehingga cahaya darinya menerangi seluruh bilik persira man yang menyebabkan ia terpinga-pinga dan kelam kabut kerana didapatinya pakaian-     nya telah hilang. Namun demikian ia segera  diberikan sepersalinan pakaian baru yang la yak dengan menantu raja. Kemudian ia dititahkan supaya mengadap ayahanda mertuanya raja Bendang Saring. Sejak itu terbongkarlah rahsia sebenar bahawa menantu raja itu adalah putera raja dari Pagar Ruyung, Palembang, Sumatera lalu menjadikannya begitu tersohor ke seluruh lapisan rakyat di negeri Bendang  Saring dan sekitarnya.

1.3Long Gaffar Putera Tok Nik Reman.—Putera Tengah dari Pagar Ruyung yang men jadi menantu Raja Bendang Saring ini akhirnya lebih dikenali sebagai “Tok Nik Ben dang Saring’. Perkahwinannya dengan Puteri Neng Cayang sangatlah bahagia dan sebagaimana yang telah dijanjikan juga, ayahandanya telah menyerahkan sebahagian dari negeri Bendang Saring untuk dirajainya. Setelah ayahandanya meninggal dunia, Tok Nik Bendang Saring dilantik pula menjadi Raja negeri Bendang Saring. Mereka berdua dikur niai Allah seorang putera yang dikenali sebagai Sayyid Hitam. Setelah Tok Nik Bendang Saring ini meninggal dunia, baginda dimakamkan di Gua Kasut yang terletak di Kampung Jaha di Jalor (Yala). Sayyid Hitam kemudiannya ditabalkan menjadi Raja Reman, maka semenjak itu baginda lebih dikenali sebagai “Tok Nik Reman” atau “Tok Nik II”. Baginda pula memperolihi 4 orang putera., yang sulongnya ialah Long Gaffar, iaitu yang dikatakan nama asalnya “Radin Panji” (Abdul Razak Mahmud, 2002: 167), sebagai Raja Muda yang bergelar `Baginda’ sejak kecil lagi. Manakala putera kedua ialah Raja Jambu yang memerintah Jambu. Putera ketiga ialah yang memerintah Yala. Putera Keempat ialah Raja yang memerintah Jering. (carta ….). Setelah Tok Nik Reman ini meninggal dunia, baginda dikatakan telah dimakamkan di  Kota Bharu, Reman.

Papan kenyataan tentang Baginda Long Gaffar yang dahulunya pernah di letakkan di makam baginda tetapi sekarang ini sudah hilang

1.4 Neng Mas Adik Angkat Long Gaffar .– Oleh kerana tiada anak perempuan dan ter lalu menginginkannya meskipun bukan dari zuriatnya sendiri, maka Tok Nik Reman pun   mengambil Neng Mas atau Engku Tengah (Sa`ad Shukri,1971 :55,), anak perempuan Long Deraman, raja Legeh yang juga saudara baginda (VLG) untuk dijadikan adik angkat Long Gaffar, putera raja Reman itu. Setelah hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun mereka membesar bersama sebagai adik-beradik kandung, menjadi dewa sa mengikut acuan dan asuhan sebagai putera-puteri raja yang mempunyai keistimewa annya masing-masing.

1.5 Semasa Remajanya.–Baginda Long Gaffar, sebagai Raja Muda atau Putera Mahko ta yang telah diasuh dan dididik dengan agama dan ditanamkan semangat keperwiraan, ia itu yang bukan sahaja mempunyai sifat-sifat seperti berani dan kental dalam menghadapi musuh tetapi juga berhemah tinggi, jujur, bertanggungjawab, pengasih dan berbudi baha sa. Tabiat dan kegemarannya ialah suka mengembara mengikut jejak langkah nenek mo yangnya, kerana menurut Adat Perpatih dari Minangkabau, seorang lelaki terutamanya pu tera raja digalakkan supaya mengembara sama ada untuk membuka negeri baru atau un- tuk mencari pengalaman hidup. Namun tabiat dan kegemaran ini tidaklah direstui oleh ayahandanya kerana Long Gaffar adalah bakal raja, bahkan ditakuti puteranya ini akan dilebelkan sebagai “Pengembara Jalananyang berkelana sepanjang hayatnya.

1.6 Membela Ayam Laga.–Bagaimana pun, setelah usianya meningkat dewasa menjadi remaja putera yang perkasa maka Putera Mahkota ini ingin juga menyahut cabaran adat diraja ini, maka ia pun keluar mengembara mencari ilmu dan pengelaman. Setelah bebera pa lama berkelana dari satu daerah ke satu daerah dan dari satu negeri ke satu negeri yang lain, timbul pula suatu minat baru di hatinya untuk mencari dan membela ayam laga (sa- bung), iaitu yang menjadi kegemaran di kalangan para remaja di negeri Reman pada za- man itu, di mana Long Gaffar juga tidak terlepas dari kegemaran ini.

Oleh itu,  baginda dikatakan telah memelihara  3 ekor ayam sabung, seekor diberina- ma“Bakas Racun”, iaitu yang berparuh helang, bermata ular dan berbadan warna putih tulang (kapas) keseluruhannya sampai ke ekornya yang hanya sehelai sahaja bulunya yang berwarna hitam.Ayam ini pernah menjadi juara dalam pertandingan menyabung ayam di Kota Reman Seekor lagi ialah `Hijau Kambu’ kerana badannya hijau di hujung dan putih di pangkalnya. Manakala yang lain ialah ayam selasih yang diberi nama `Sitam Raja Reman’ (VLG)

.

Long Gaffar adalah jaguh ayam laga yang disegani, dan dengan memakai keduk juara ayam laga ini baginda yang ditemani Long Yunus berjalan ke mana-mana dalam negeri Kelantan, Pattani, Legeh dan Reman, mengadu ayam sabungnya. Bagaimana pun, ia tidak melakukan sebarang bentuk perjudian dalam penyabungan ini, di mana mereka berdua ti- dak lebih dari hanya dua orang pengelana yang tidak diketahui asal-usulnya di kalangan rakyat biasa (Abdul Razak Mahmud, 2002: 167).

1.7 Neng Mas Sepeninggalan Long Gaffar.- Neng Mas atau Engku Tengah, sepening-

galan Long Gaffar, telah dikahwinkan dengan Long Pandak, raja Kota Kubang Labu, ia itu dari keturunan Raja Jembal dan sekaligus ia dilantik menjadi permaisuri yang bergelar `Raja Perempuan’ Kubang Labu. Kota Kubang Labu ialah sebuah wilayah pemerintahan beraja di negeri “Tanah Serendah Sekebun Bunga Kisaran Payung, Wilayah Cik Siti Wan Kembang “ [6], singkatannya `Negeri Serendah Sekebun Bunga (kini Kelantan).

Kota Kubang Labu terletak dalam daerah penggawa Wakaf Baru, iaitu berdekatan de-  ngan bulatan Pasir Pekan –Tumpat, Kelantan. Sementara kampung yang menjadi lokasi kota ini, kini dikenali sebagai “Kampung Dalam Kota” iaitu sempena nama kota berke-  naan. Kota ini dibina oleh Tuan Sulong antara tahun–tahun 1701–1706 Masihi. Ia ada-  lah sebuah daerah pemerintahan  beraja dari dinasti Jembal yang terakhir di Kelantan. Ke  san dari timbunan kota ini masih kelihatan terletak di dalam kawasan sawah di seberang  Bandar Kota Bharu (lihat lampiran ….)

Sewaktu berlangsungnya istiadat perkahwinan Puteri Neng Mas dengan Long Pandak dahulu Long Gaffar tidak dapat turut serta meraikan perkahwinan adiknya itu, kerana ter- lalu sibuk dengan pengembaraan dan menuntut ilmu, bagaimana pun baginda telah meng- hantar dua orang rakan karibnya iaitu Long Yunus dan Cik Wok untuk turut serta dalam rombongan Puteri Neng Mas dari Kota Bharu, Reman dan Kota Legeh di mana yang per tama bertindak sebagai wakil peribadi Long Gaffar manakala yang kedua sebagai penjaga Puteri Neng Mas di Kota Kubang Labu.

1.8 Ziarah Long Gaffar Mengundang Maut Neng Mas.—Setelah lama berpisah dengan adik angkatnya Puteri Neng Mas maka teringatlah Long Gaffar untuk pergi menziara hi adik angkatnya di Kota Kubang Labu. Baginda bertolak ke Kota Kubang Labu dengan di iringi oleh beberapa orang pahlawan. Setibanya di sana baginda disambut di Pantai dengan meriahnya oleh Long Yunus mengikut adat istiadat diraja dan di bawanya  masuk ke istana untuk menemui Long Pandak, tetapi setibanya di sana di da pati raja Kubang Lagu itu sedang bersiap untuk keluar memburu iaitu yang kebetulan pa da hari itu ialah hari ke biasaan memburu kepada raja Kota Kubang Labu itu. Oleh itu baginda tidak sempat un- tuk melayani dan berbual mesra dengan abang iparnya yang datang dari ja uh itu selain hanya sempat bertemu muka dan bersalaman seketika sahaja  Ini seolah-olah tiada etika dan kesopanan langsung dari pihak Long Pandak terhadap ipar dan tetamu kehormatnya Long Gaffar, iaitu yang merupakan suatu pertanda buruk akan berlaku kemudiannya.  Long Gaffar semacam terhina dan disisihkan oleh perbuatan Long Pandak, tetapi Long Yunus sempat menjernihkan suasana dengan mengajak Long Gaffar ke rumah ibu saudaranya di kampung Gerung, Sungai Pinang, Kota  Bharu..

1.9 Cemburu Buta Membawa Padah.–Lebih kurang beberapa jam sahaja Long Gaffar

berada di Kampung itu, tiba-tiba baginda didatangi Cik Wok, orang suruhan Neng Mas untuk meminjam kain `Cepa Melaka’ (iaitu kain yang ditenun halus oleh tukang-tukang Champa dari Melaka) yang dipakai sebagai bekung oleh Long Gaffar untuk dijadikan contoh tenunan kerana pada masa itu belum ada lagi kain sebegitu di Kelantan dan hasilnya akan dipersembahkan kepada Tuanku Long Pandak sebagai hadiah daripada isteri kesayangan baginda. Lantaran pada waktu itu di Kelantan sedang giat dengan aktiviti bertenun kain yang menjadi warisan dan kegemaran wanita-wanita di  Kelantan hingga ke hari ini. Ia juga merupakan suatu kegiatan harian untuk memenuhi masa lapang bagi raja-raja perempuan Kelantan amnya dan Permaisuri Neng Mas khasnya, sedang kain cindai tenunan Melaka ini seme- mangnya tiada lagi di Kelantan, maka, sebab itulah permaisuri memerintahkan Cik Wok untuk meminjamnya dari Long Gaffar.

Tetapi, `malang tidak berbau dan maut tidak diundang’, pada petang itu juga kira-kira sebelum asar di mana ketika Puteri Neng Mas hendak memulakan kerja menenun kain dan sedang memilih-milih benang, tiba-tiba Long Pandak pulang dari memburu, dan sebaik-baik sahaja terpandang akan kain itu dan disebabkan perasaan cemburu menguasai kewarasannya maka baginda amat murka dan tidak percaya lagi akan segala penjelasan isterinya malah sekaligus iaitu tanpa usul periksa terus bertindak di luar batas kemanusiaan lalu mengambil kerisnya terus membelah perut permaisurinya sehingga mangkat. Dalam keadaan kemarahannya memuncak yang tidak terlawal lagi itu, Long Pandak terus menitahkan supaya dipasangkan`reka’ di belakang gajah Neng Malai iaitu hadiah perkahwinan daripada ayahanda Neng Mas, raja Legeh lalu ditambatkan kepadanya mayat Puteri Neng Mas dalam keadaan terlentang dan berbogel. Manakala kain  Cepa Melaka pula dipotong dua lalu digunakan untuk  mengikat kaki dan tangan mayat puteri itu di atas “reka”. Menjelang lewat petang gajah bernama Neng Malai itu pun kemudiannya dihalau ke hutan tanpa diiringi gembala bersama dengan mayat Puteri Neng Mas dalam keadaan yang sungguh mengerikan dan mengaibkan. Peristiwa pembunuhan Puteri Neng Mas ini lebih dikenali sebagai “Tragedi Kain Cindai”. Apabila tiba waktu awal pagi iaitu sebelum subuh sampailah gajah itu ke Legeh dan terdengarlah jeritannya kerana tidak dapat memasuki kota Legeh yang dikawal ketat pintunya. Menurut Nik Yah binti Nik Sulaiman (VTL), gajah ini menjerit (meraung dengan kuat) sepanjang perjalanannya dari Kota Kubang Labu ke Legeh. Jeritan Neng Malai itu didengari dan dikenali oleh Long Deraman, raja  Legeh dan Long Gaffar yang kebetulan mereka berdua berada di dalam istana. Long Gaffar dikatakan berada di istana Raja Legeh kerana singgah dalam perjalanan balik dari Kota Kubang Labu ke Reman. Raja Legeh memerintahkan orang membuka pintu kota, dan sebaik-baik sahaja pintunya dibuka Long Deraman dan Long Gaffar dikejutkan oleh berita gajah Neng Malai membawa mayat puteri Neng Mas. Oleh itu, tanpa berlengah lagi baginda berdua pergi menyaksikannya sendiri dan bertambah terkejut lagi kerana apa yang dilihat itu terbukti mayat puteri Neng Mas.

1.10 Perang Kota Kubang Labu I.—Perang Kota Kubang Labu berlaku dalam dua siri utama, iaitu di antara kira-kira dalam tahun 1758 M/1172H dan yang kedua berlaku da lam tahun 1762H/1176H. Yang pertama disebabkan oleh kekejaman Long Pandak, raja Kota Kubang Labu terhadap isterinya iaitu Puteri Neng Mas, di mana Long Gaffar telah melihat sendiri mayat adik angkat yang juga sepupunya dibunuh dengan kejam dan diikatnya pula dengan kain bekung miliknya merasa amat tercabar, terharu dan sedih sekali dengan perbuatan Long Pandak yang tidak berperikemanusiaan itu, lantas baginda Long Gaffar menitahkan orang suruhannya menulis sepucuk surat kepada raja Kota Kubang Labu, iaitu yang antara lainnya menyatakan, “hutang darah dibayar darah’. Selepas majlis pengkebumian jenazah Puteri Neng Mas, keesokannya baginda Long Gaffar mengutuskan surat kepada ayahandanya di Reman bagi memohon bantuan bagi mengumpulkan sejumlah kira-kira 300 orang dari hulubalang-hulubalang terhandal Kota Reman untuk menyerang Kota Kubang Labu (Kelantan). Selepas kira-kira seminggu dari hari kematian Puteri Neng Mas,  hulubalang-hulubalang yang dipimpin oleh Long Gaffar (VLG) dan atau Long Deraman (Sa`ad Shukri, 1971: 56  ) segera bertolak menuju Kota Kubang Labu dan pada waktu pagi setibanya di sana setelah memasukinya melalui jalan darat menerusi kampung Tendung, angkatan Long Gaffar terus memulakan serangan ke atas tentera-tentera Long Pandak yang sedia mempertahankan Kota Kubang Labu dan berlakulah pertempuran hebat, serang-menyerang dan bunuh-membunuh di antara bala tentera yang bermusuhan. Sunguhpun angkatan tentera Kubang Labu jauh lebih ramai bilangannya berbanding dengan bilangan tentera Long Gaffar yang hanya 300 orang sahaja, tetapi ia bukanlah tandingan kepada angkatan tentera Long Pandak, malah ianya menjadi mangsa tusukan, tikaman segala keris lembing, pedang dan panah tentera-tentera Long Gaffar meskipun jumlahnya sedikit, tetapi  ramai di pihak tentera Long Pandak terkorban.

Long Gaffar menghantar tentera-tentera raja Kota Lubang Labu yang tercedera balik ke istana Kota Kubang Labu memberitahukan rajanya bahawa para tenteranya telah tum-     pas dan negeri taklukannya akan ditakluki segera dan sekaligus memerintahkan supaya Long Pandak menyerah kalah tanpa syarat, tetapi baginda tidak mempercayainya kerana sedang asyik bermain catur bersama-sama para pegawainya, sebaliknya baginda memerin tahkan para hulubalangnya dan tenteranya agar terus berjuang mempertahankan daerah takluk pemerintahannya sedangkan baginda masih terus bermain catur. Saki-baki tentera Long Pandak yang masih hidup meneruskan perjuangan mereka menentang kehadiran ten tera-tentera Long Gaffar yang sedang mara ke dalam istana dan bertempur beberapa keti- ka maka makin ramailah lagi yang tercedera dan terkorban khasnya di pihak tentera-tente ra Long Pandak. Pada ketika itu didapati seorang tentera yang tercedera sedang bersandar di sebatang pokok kelapa gading dan tiba-tiba ia ternampak Long Pandak berada di atas  pokok itu, lalu ia memberitahu Long Gaffar dan lantas baginda pun menyuruh orang men cari buluh panjang dan menjolok Long Pandak agar segera turun ke bawah pokok. Apabi la ia berada di bawah pokok ia terus ditangkap dan diikat ditiang istana, kemudian Long Gaffar pun memerintahkan agar pertempuran dihentikan dan semua yang terlibat dikehen daki meletak senjata masing-masing, kerana baginda Long Gaffar ingin membuat perhitu ngan terakhir di antara raja dengan raja iaitu yang tidak melibatkan rakyat jelata lagi. Me reka hanya menjadi saksi sahaja, dan sekaligus mencabar Long Pandak atau saudaranya bertarung satu sama satu dengan baginda, tetapi tiada jawapannya, dan tiba-tiba setelah melemparkan senjatanya Long Mamat (Muhammad) adik Long Pandak keluar dan terus melafazkan sembah taat setianya kepada Long Gaffar dan menegaskan bahawa ia tidak mahu bertarung dengan baginda Long Gaffar dan berikutnya yang lain semuanya turut juga meletak senjata dan bersumpah taat setia mereka kepada Long Gaffar. Dengan perletakan senjata dan lafaz ikrar taat setia Long Mamat ini menandakan berakhirnya Perang Kota Kubang Labu pertama dan perang ini  dikatakan tamat pada hari itu juga.

1.10.1Layanan Baik Terhadap Musuh.—Long Gaffar yang sememangnya mempunyai bu di pekerti mulia dan terpuji, alim, penyayang serta berbudibahasa dan jauh sekali dari sifat zalim dan dendam terhadap sesama manusia itu, apabila sahaja melihat keadaan te- lah kembali reda dan tenang selepas kemenangannya ke atas Long Pandak, di mana pihak yang kalah menyembah taat setianya kepada baginda,  hilanglah rasa permusuhan serta benci-membenci di lubuk hati baginda, lalu baginda terus berbicara dengan nada rendah, lemah lembut dan halus bahasanya, di mana sekaligus baginda membahasakan dirinya se bagai `abang’ dalam kenyataannya seperti berikut:

“Abang kemari bukan untuk berperang dan merampas negeri atau menakluki Kota Kubang Labu, tetapi hanya sekadar untuk menghukum Long Pandak, orang yang membunuh permaisurinya  secara zalim dan tidak berperikemanusiaan tanpa usul periksa terlebih dahulu, sedang orang yang dibunuh itu adalah adik angkat beta”

Kemudian Long Gaffar melantik Long Mamat  menggantikan abangnya Long Pandak memerintah Kota Kubang Labu dan jajahan takluknya seraya bertitah “sekiranya berlaku lagi ketidakadilan, Abang akan serang lagi”. Baginda juga menasihatkan juga Long Mamat agar memerintah negeri dengan adil dan saksama supaya negeri sentiasa aman da mai, makmur dan rakyatnya bahagia. Sementara itu Long Pandak yang terikat tangan dan kakinya dihantar kepada Long Deraman , raja Legeh untuk dihukumnya menurut undang-undang Legeh dan budi bicara rajaya, manakala tawanan yang lainnya telah diampunkan oleh Long Gaffar.

1.10.2 Long Yunus Tidak TerlibatSementara itu Long Gaffar teringat pula akan rakan karibnya Long Yunus yang diutus khas bersama rombongan pengantin Puteri Neng Mas ke Kota Kubang Labu dahulu, lalu memerintahkan orangnya mencari Long Yunus, setelah dicarinya ke merata-rata tempat tetapi masih belum ditemuinya. Kemudian baginda  memerintahkan supaya diperiksa mayat-mayat mereka yang terkorban dalam pertempuran itu kalau-kalau ada mayat Long Yunus tetapi setelah puas dicari tidak juga ada mayatnya. Terlintas difikiran Long Gaffar bahawa Long Yunus tidak mungkin terlibat dalam krisis yang membawa kepada pertumpahan darah di Kota Kubang Labu kerana ia hanya sengketa di antaranya dengan Long Pandak sahaja. Baginda terus menitahkan “benda yang tidak kena mengena dengan peperangan ertinya tidak bersalah”. Menyedari Long Gaffar tidak memarahi Long Yunus, barulah rakyat memberitahu bahawa Long Yunus tidak terlibat dan menyatakan bahawa Long Yunus berada di Kampung Kebayat, Palekbang (berhampiran Kampung Gerung, Sungai Pinang) dan dengan tidak berlengah lagi Long Gaffar pun terus menaiki gajahnya dan dengan diiringi oleh 9 orang hulubalangnya pergi ke Kampung Kebayat mencari Long Yunus. Setibanya di sana didapatinya Long Yunus se dang bersembunyi di dalam hutan, lalu Long Gaffar turun dari gajahnya dan terus memanggil Long Yunus sambil menitahkan “Abang tidak marah adik kerana adik tidak terlibat dalam peperangan menentang abang”. Long Gaffar lalu memegang tangan Long Yunus sambil menariknya  ke atas gajah dan diletakkannya di kepala gajah yang turut ditunggangi oleh baginda.

Dengan ini Long Yunus amat berbangga dan berbesar hatinya terhadap layanan baik ba    ginda Long Gaffar kepadanya. Selepas itu mereka berdua dengan diiringi oleh 9 orang hu lubalang bertolak balik ke Kota Kubang Labu.Apabila sampai di sana Long Gaffar meme  riksa segala orang-orangnya  dan didapati daripada 300 orang yang dibawanya hanyalah 3 orang sahaja yang terkorban.

1.10.3 Long Yunus Wakil Peribadi Long Gaffar.—Sesudah berbagai kejadian berlaku Long Gaffar tidak lama berada di Kota Kubang Labu, lalu baginda pun bertolak balik ke Reman. Dalam perjalanan balik ke Reman, baginda singgah seketika di Legeh bagi menyerahkan Long Pandak kepada Raja Legeh untuk dihukum sebelum meneruskan perjalanan ke Reman. Sepeninggalan Long Gaffar, Long Yunus juga tidak berada lama di Kota Kubang Labu, beliau berpindah ke Padang Garung menjadi orang harapan Long Gaffar di sana.Manakala Kota Kubang Labu dijaga oleh Long Mamat yang menggantikan abangnya Long Pandak dahulu.

1.10.4Menyabung Ayam Di Terengganu.-Selepas kira-kira tiga bulan berada di Reman, baginda Long Gaffar diberitahu bahawa sebahagian dari negeri Terengganu,iaitu dari Kuala Terengganu ke Kemaman telah terserah kepada Bugis kerana kalah dalam pertandingan menyabung ayam. Long Gaffar amat tidak senang hati dan tercabar yang sekaligus merasa bertanggungjawab terhadap sesama sebangsanya yang teraniaya oleh Bugis. Lebih-lebih lagi Terengganu bukanlah kalah dalam peperangan ataupun oleh perebutan kuasa di kalangan sesama raja-raja di Terengganu. Oleh itu, selepas berfikir panjang Long Gaffar terus membawa 9 orang hulubalangnya, 20 kati emas dan seekor ayam sabung kesayangannya iaitu `Bakas Racun’ (ayam ini berwarna putih kapas, ekor seurat berwarna hitam, berparuh helang dan bermata ular), bertolak ke Padang Garung menuju ke rumah Tok Mandur Mid (Abdul Hamid) untuk mendapatkan khidmat seorang pakar ayam sabung[7] dan beberapa orang lain sebagai pembantunya untuk membawa barang-barang keperluan baginda ke negeri “Cheribon Kota Mengkuang” (asal nama Terengganu yang diberikan bersempena dengan nama Ceribon di Pulau Jawa kerana dikatakan orang-orang dari Ceribonlah yang mula-mula membuka pertempatan di situ).

Kebetulan pada waktu itu Panglima Muda Terengganu juga tiba di Padang Garung kerana mencari ayam sabung untuk melawan ayam Bugis. Lantas beliau di bawa bertemu Long Gaffar  menanyakan sama ada baginda ingin menjual ayamnya atau pun menyertai nya ke Terengganu untuk mewakilinya melawan ayam Bugis, lalu Long Gaffar bertitah “sekarang ayam sudah ada, tak payah beli, kita sendiri akan pergi”. Long Gaffar segera memerintahkan para pengikutnya berkumpul dalam satu rombongan seramai 13 orang dan bersiap sedia untuk berangkat ke Terengganu. Mereka terdiri daripada baginda Long Gaffar sendiri sebagai ketua rombongan, Long Yunus sebagai pakar ayam laga, Penghulu Panglima Adas sebagai ketua hulubalang, Panglima Ebeh, Penglima Kepeh, Tok Sebang, Long Domit, Tok Khatib Calok (anak), Tok Khatib Siput (bapa), Tok  Amat, Tok Amin dan 2 orang pembantu. Long Gaffar berserta rombongan bertolak mengikut jalan laut menaiki kapal jong milik Panglima Muda Terengganu ke Terengganu.

1.10.5 Negeri Menjadi Pertaruhan.—Apabila sampai di Terengganu Long Gaffar dan rombongannya dibawa mengadap Bendahara Terengganu untuk memohon kebenaran menyabung ayam, lalu Bendahara Terengganu bertanya “nak lawan dengan siapa”, baginda Long Gaffar pun menjawab “ kita nak lawan dengan Bugis”. Setelah memperolehi kebenaran dari Bendahara Terengganu, pada tengah malam Long Gaffar bersama pakar ayam laga (Junoh atau Long Yunus) itu pergi ke khemah Bugis untuk membincangkan syarat-syarat pertandingan kelak. Raja Bugis menyatakan bahawa negeri Terengganu (yang separuh lagi) [8] sahaja boleh dijadikan pertaruhan menyabung ayam dengan Bugis, tetapi Bugis hanya mempertaruhkankan 7  buah jong di laut dengan segala muatannya. Tetapi syarat ini terlalu berat dan mustahil dapat dipenuhi oleh Long Gaffar dalam keadaan hanya mempunyai 20 kati emas dan tiada  negeri untuk dipertaruhkannya. Oleh itu, bagi Long Gaffar tiadalah cara lain untuk meneruskan pertandingan ini melainkan dengan menggunakan muslihat iaitu dengan memberanikan diri mempertaruhkan separuh lagi negeri Terengganu yang masih kepunyaan raja- nya meskipun ia bukan dalam bidang kuasa Long Gaffar untuk berbuat demikian  Mujurlah raja Bugis itu bersetuju dengan pertaruhan ini dan sekaligus suatu surat perjanjijan di buat, di mana butiannya adalah kira seperti berikut:

“Jika Terengganu kalah maka tergadailah bahagian yang separuh lagi

negeri di bawah takluk dan pemerintahan Tuanku Raja Berjanggut, ia

itu raja Negeri Terengganu dan sebaliknya jika Bugis kalah semua jong

berserta dengan muatannya dan separuh dari negeri Terengganu yang

telah tergadai dahulu akan dimiliki semula oleh raja Terengganu. Semen

tara itu raja Terengganu juga akan menyediakan makanan untuk seramai

500 orang Bugis selama dalam perjalanan mereka balik ke Pekan (Pahang)”.

1.10.6 Ayam Menang, Negeri Dikembalikan.—Pada keesokannya pertandingan menya bung ayam diadakan berhadapan dengan istana raja di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Pi hak Bugis menyediakan sebuah gelanggang khas yang dipagari dengan berlian dan perak. Setelah semuanya siapa Long Gaffar memerintahkan pakar ayam laga yang di bawanya dari Kelantan yang dilantiknya sebagai “Tok Jogho’ kepada ayam baginda melepaskan “Bakas Racun” ke gelanggang sabung, manakala pihak Bugis juga melepaskan ayam “Kuning Beremas” yang sangat kebal dan tangkas itu. Setelah kedua-dua ayam itu ber- tembung berlakulah serang menyerang, pukul-memukul dan tikam-menikam di antara satu sama lainnya, tetapi ayam Bugis terlalu handal dan kebal untuk ayam Long Gaffar melawannya meskipun sesekali terkena juga tikaman taji Bakas Racun, namun tiaklah membe ri kesan apa-apa kepada Kuning Beremas, dan sebaliknya tikamannya pula tepat mengena pada salah satu sayap Bakas Racun dan sekaligus telah mencederakannya yang seolah-olah tidak dapat bertahan lebih lama lagi. Melihatkan keadaan ini orang-orang Bu gis merasakan bahawa ayam mereka telah menang lalu bersorak kegembiraan. Panglima Adas, ketua hulubalang bagi pihak Long Gaffar yang melihat keadaan yang  agak kritikal dan tidak terkawal lagi itu amat marah lalu mempamirkan kekuatan dan kehebatan para pendekarnya, iaitu dengan bertikam sesama sendiri di kalangan mereka, seorang demi seo rang menikam rakannya, tetapi oleh kerana mereka  semuanya kebal dan tidak dapat men cederakan sesiapapun, di mana setiap tikamannya hanya mampu mengeluarkan kilauan apinya sahaja. Bahkan ada riwayat yang menyatakan bahawa, jika ayam mereka kalah. mereka tidak akan menyerahkan sebahagian lagi negeri Terengganu yang bukan hak me reka yang dipertaruhkan itu kepada raja Bugis, tetapi mereka akan menyerang orang-orang Bugis. .

Dengan demontrasi kekuatan dan kehebatan para pendekar dan hulubalang Long  Gaffar ini menyebabkan raja Bugis dan para pengikutnya tersentak kehairanan dan diam ketakutan, dan dalam keadaaan inilah maka Long Gaffar menyuruh pembantunya meng ambil Bakas Racun dan membasuh luka di sayapnya dan sekaligus pula merawatinya. Bahkan pada ketika itu juga Long Gaffar terfikir akan akibatnya di mana jika Bakas Ra cun kalah,  semestinya baginda akan menerima kutukan dan kemurkaan raja Terengganu dan ke marahan rakyatnya, ataupun sekurang-kurang rajanya mempersalahkannya jika ti dakpun baginda dihukumnya kerana mencagar negeri Terengganu kepada Bugis tanpa pe ngetahu an dan kebenaran rajanya, dan bagi Bugis pula tentunya mendesaknya agar menu naikan janjinya yang dibuat dengan raja Bugis sebelumnya. Oleh itu tiada ikhtiar lain ba- gi Long Gaffar untuk memenangi pertandingan ini melainkan dengan menggunakan kesa ktian dan tuah `Lembing Sepuhan Lidah’ buatan Aceh yang dibawanya dari Pagar Ruyu ng. Lembing itu segera dicairkan dengan menggunakan giginya dan diambil sebahagian nya untuk dibuat taji dan diletakkannya di pangkal ekor Bakah Racun. Kemudian Long Gaffar menyuruh Long Yunus melepaskan semula Bakah Racun ke gelanggang di mana Kuning Beremas sedia menantinya, dan dengan itu pertandingan diteruskan yang sekali gus kedua-dua ayam itu pun bertempur lagi, serang menyerang, tikam-menikam, namun pada kali ini ke adaan telah berbeza, suatu anti-climac berlaku di mana Bakas Racun juga kebal bahkan lebih kebal dan lebih tangkas lagi daripada Kuning Beremas, meskipun yang pertama ma sih cedera sayapnya dan kelihatan tidak berupaya terbang tinggi, tetapi segala tikaman  Kuning Beremas jika pun terkena badannya tidak memberi kesan apa-apa lagi. Bagaimana pun oleh kerana sayapnya masih cedera yang menghadkan pergerakan nya untuk menyerang Kuning Beremas dari udara, tetapi, mujurlah Panglima Adas pantas bertindak dengan menjolokkan ekor Bakas Racun dengan kerisnya yang telah memberi semula tenaga terbang kepada Bakas Racun untuk terbang tinggi dan bersedia menggem pur Kuning Beremas dari udara. Oleh itu apabila Kuning Beremas melihatnya terbang tinggi lalu ia men gikutiya, tetapi malangnya ia terperangkap dan tersangkut di ekor Bakas Racun yang bertaji `Lembing Sepuhan Lidah itu yang sekaligus menyebabkannya jatuh terpelanting ke bawah, putus kepalanya, menggelepar, darahnya mengalir keluar mencu rah-curah dari leher dan badannya dan terus mati. Pihak Bugis terkejut besar kerana ayam mereka kalah teruk dan dengannya berakhirlah pertandingan menyabung ayam dengan cagaran (pertaruhan) yang begitu besar.

Orang-orang Patani yang berada di gelanggang sabung itu turut juga bersorak ke-   gembiraan apabila melihat kemenangan Bakas Racun, ayam Long Gaffar itu. Sorak-sorai dan riuh-rendah para penonton di gelanggang pertandingan itu sampai juga ke pengetahu- an Tuanku Berjanggut (Sultan Mansor I, 1733-1793M), raja Terengganu lalu baginda memerintahkan agar disiasat apakah yang berlaku di gelanggang sabung. Oleh kerana tergesa-gesa ia pergi ke sana dan salah faham di atas kehadirannya, maka seorang pegawai yang bertindak mengikut arahan raja dikatakan terkena siku Penglima Adas yang menghalangnya masuk ke gelanggang, tetapi, apabila diketahuinya baharulah diberi laluan dan peluang untuk me nyatakan kehadirannya. Pegawai itu menyatakan bahawa ia dititahkan oleh raja untuk bertanyakan tentang siapakah tuanpunya ayam dan siapakah pula `Tok Jogho’nya.

Long Gaffar telah mengakuinya sebagai tuanpunya ayam dan sekaligus menunjukkan  Long Yunus sebagai `Tok Jogho’nya. Lalu pegawai itu pun balik ke istana menceritakan nya kepada raja Terengganu, Tuanku Berjanggut [9].Baginda amat sukacita mendengar berita itu lalu memerintahkan agar dibawakan dua payung, satu berwarna putih untuk tuanpunya ayam dan satu lagi berwarna kuning untuk `Tok Jogho’nya untuk menjemput mereka ke istana. Apabila Long Gaffar dipayungkan dengan payung putih sebagai payung kebesaran Terengganu, Long Gaffar merasakannya tidaklah sesuai dengannya kerana pada sangkaannya payung kebesaran Terengganu ialah kuning iaitu sama dengan payung kebesaran raja Pagar Ruyung, lantas baginda bertukar payung dengan payung Long Yunus dan sekaligus mereka berpindah tempat.Lalu perbuaatan Long Gaffar ini ditegur oleh Long Yunus dengan menyatakan bahawa payung kebesaran Terengga nu ialah putih, bukannya kuning. Tetapi Long Gaffar melarang Long Yunus menyatakan demikian sehingga terkeluar kata-kata: “Adik jangan bantah abang !

Setibanya mereka ke istana untuk mengadap, maka baginda raja Terenganu menyam      but Long Yunus yang berada di bawah payung putih kerana pada fikiran baginda Long

Yunus sebagai tuanpunya ayam. Rupa-rupanya raja Terengganu itu tersilap kerana tidak      mengetahui akan peristiwa pertukaran payung itu. Setelah diberitahu keadaan sebenar la

lu baginda pun bertanyakan Long Gaffar tentang pertaruhan yang dibuatnya dengan pi- hak Bugis. Long Gaffar menceritakan kepada Tuanku Berjanggut yang dibahasakan kepa da raja Terengganu itu sebagai ayahanda’’ itu bahawa pertaruhan yang dibuat melibat kan seluruh negeri Terengganu. Bagaimanapun, pihak Bugis telah kalah dan menyebab kan separuh negeri Terengganu yang telah diambil oleh Bugis dahulu itu dikembalikan semula kepada baginda dan 7 buah jong dan segala muatannya juga menjadi milik raja Terengganu. Dikatakan pada mulanya, raja Terengganu itu amat terkejut dan jatuh pengsan apabila mengetahui negeri  Terengganu dipertaruhkan dalam pertandingan itu.

Apabila semuanya telah selesai, maka Long Gaffar bermohon kepada raja Terengga-nu untuk berangkat pulang ke Kota Bharu, Reman, tetapi baginda raja Terengganu mela-      rangnya dan meminta agar Long Gaffar sudi berada di Terengganu selama 6  purnama la-

gi sementara baginda dapat menyediakan 500 orang untuk mengiringi Long Gaffar, iaitu sebagai tanda terima kasih baginda dan rakyat Terengganu kepada Long Gaffar kerana berjaya menyelamatkan negeri Terengganu dari dikuasai oleh Bugis. Apabila genapnya 6 purnama, kira-kira dalam tahun 1759 maka berangkatlah Long Gaffar bersama rombongannya serta 500 pengiring ke Reman melalui jalan darat ke Kuala Besut.

1.11Dendam Long Mamat.—Tanpa menyedari rombongan Long Gaffar diringi oleh 500 orang pengiring dari Terengganu, Long Mamat yang menggantikan abangnya Long Pandak menjadi pemerintah Kota Kubang Labu, dikatakan telah bersiap sedia untuk membalas dendam yang terbuku di hati kerana tindakan Long Gaffar terhadap abangnya Long Pandak. Long Mamat bersama dengan angkatan tenteranya bergerak menuju ke Kuala Besut  untuk menyekat perjalanan pulang rombongan Long Gaffar dan sekaligus menuntut bela terhadap kematian abangnya Long Pandak dahulu. Satu serangan hendap yang tera tur dirancang dan akan dilakukan oleh Long Mamat ke atas rombongan Long Gaffar.

1.11.1 Kuala Besut.– Oleh itu setibanya rombongan Long Gaffar di salah sebuah kuala yang bersempadan di antara Kelantan dan Terengganu, mereka diserang dengan mengejut oleh angkatan tentera Long Mamat yang sedia menunggu dan terjadilah pertempuran yang hebat di antara ke dua angkatan itu yang menyebabkan ramai dari tentera Long Mamat yang terkorban sehingga dikatakan banyak sekali mayat-mayatnya yang terdam par di muka kuala berkenaan dan menjadi reput dan  busuk, di mana sempena dengan pe ristiwa ini, maka kuala  yang menjadi tempat pertumpahan darah ini dinamakan,`Kuala Busuk’, iaitu yang kini dikenali dengan `Kuala Besut’..

1.11.2 Kuala Semerak.– Sementara itu Long Mamat dan rombongan yang kalah dan ma sih hidup lagi itu berundur ke satu kuala lain yang tidak jauh dari tempat pertempuran da hulu berkumpul  semula dan menyekat pula perjalanan rombongan Long Gaffar di sana dan terjadilah lagi pertempuran di antara kedua angkatan berkenaan yang tidak kurang ju ga hebatnya yang menyebabkan ramai tentera yang terkorban sehingga mayatnya didapati berselerak di sana sini di kuala berkenaan, lalu dinamakannya `Kuala Selerak’ (kini le- bih dikenali dengan nama, ‘Kuala Semerak’).

1.12 Perang Kota Kubang Labu II.—Peristiwa ini berlaku kira-kira dalam tahun 1762M/1176H (Sa`ad Shukri, 1971: 58) Ia disebabkan angkara Long Mamat, raja Kota Kubang Labu yang belot kepada Long Gaffar kerana terlalu ghairah ingin menuntut bela di atas kematian abangnya Long Pandak dan kekalahan angkatan tenteranya yang di pimpinnya sendiri di kedua-dua pertempuran dengan angkatan tentera Long Gaffar di Kuala Besut dan di Kuala Semerak. Bahkan Long Mamat amat curiga dan bimbang akan kehadiran semula Long Gaffar dan Long Yunus di Kelantan. Dikatakan selepas berjaya mengalahkan angkatan Long Mamat, Long Yunus lebih dahulu singgah di rumah Chek Bu di Kota Lama, Kota Bharu, sementara Long Gaffar singgah berehat sementara di Jeram, Pasir Puteh. Long Mamat, dikatakan menghantar utusan ke Legeh memohon bantuan Long Deraman untuk menentang angkatan Long Gaffar yang menda pat bantuan Terengganu dan Reman (Sa`ad Shukri, 1971: 62). Setelah mengenalpasti bahawa peperangan ini adalah angkara Long Mamat maka baginda Long Gaffar bertekad untuk menyerang Kota Kubang Labu. Baginda juga dapat mengetahui bahawa Long Mamat berjaya mengumpulkan semula sejumlah besar angkatan tentera dengan bantuan Legeh. Angkatan Long Mamat yang dibantu oleh Long Deraman, Raja Legeh dikatakan sedang  bersiap-sedia untuk menyerang rombongan Long Gaffar yang pulang dari Terengganu. Dalam perjalanan ke sana baginda sempat menyiapkan barisan penyerang di sebelah tebing sungai Kampung Sireh. Akhirnya berlakulah pertembungan di antara, Long Mamat dibantu Long Deraman, raja Legeh dan Long Gaffar dan Long Yunus mendapat bantuan raja Terengganu dan Reman,maka terjadilah pertempuran yang hebat di antara kedua belah pihak yang bermusuhan yang menyebabkan ramai tentera dari kedua belah pihak tercedera dan terkorban.

1.12.1 Long Gaffar Tercedera.—Namun demikian, malang tidak berbau dan nahas tidak dijemput, sewaktu  menyeberangi sungai itu Long Gaffar tercedera oleh tembakan peluru berantai mariam yang membelit badan baginda dan sekaligus tercampak ke tebing sungai lalu tercedera dan pengsan. Apabila sedar Long Gaffar menyusun semula bala ten teranya dan berjaya merempuh masuk ke dalam Kota Kubang Labu, di mana pertarungan yang sengit berlaku yang menewaskan Long Mamat dan sekaligus mengakhiri pengua saan Long Mamat ke atas Kota Kubang Labu dan seluruh jajahan takluknya.

1.12.2 Long Yunus dianggap sebagai `Wira’.—Bagaimanapun, dalam perang ini Long     Yunus ditonjolkan sebagai `Wira’ dan ‘Panglima’, di mana dia dikatakan berjaya melukakan Long Deraman, raja Legeh dengan pedangnya sehingga membawa maut, manakala Long Gaffar menewaskan Long Mamat (Sa`ad Shukri, 1971 : 62), sedangkan dalam perang Kota Kubang Labu I dikatakan Long Yunus tidak terlibat, kerana dia telah melarikan dirinya bersembunyi di Kampong Kebayat, Palekbang (VLG).

1.12.3 Long Gaffar Ditabal Sebagai Raja.—Selepas kekalahan Long Mamat, Long Yunus dikatakan telah ditabal menjadi “Raja” di Kota Kubang Labu. Long Gaffar telah dilantik oleh Long Yunus sebagai “Mangku Bumi” iaitu “Perdana Menteri” merangkap `Panglima Perang’ yang bergelar “ Tengku Seri Maharaja Perdana Menteri(VLY), sedangkan menurut versi lisan yang diwarisi sejak turun-temurun oleh ahli keluarga Long Gaffar bahawa gelaran “Tengku Perdana Menteri” ialah gelaran yang diberikan oleh Long Senik Mulut Merah kepada Long Seri (putera Long Gaffar), manakala gelaran Tengku Seri Maharaja pula diberikan kepada Long Demor (putera Long Seri). Long Gaffar baik semasa menjadi Raja Muda Reman, mahupun setelah ditabalkan sebagai raja yang memerintah negeri Kelantan tidak pernah sama sekali mempunyai gelaran yang lain selain daripada gelaran “Baginda”. Menurut versi asalnya, Long Gaffarlah yang ditabalkan menjadi raja Kelantan dan kemudiannya telah mengasaskan Kelantan dan wangsa raja-raja Kelantan dari zuriatnya.  Sementara itu, di katakan suatu sumpah setia atau akurjanji dilafazkan oleh Long  Gaffar di hadapan Long Yunus untuk menjalankan tugasnya menjaga negeri dan rakyatnya (VLY). Tetapi, dalam versi lisan (VLG) menyatakan bahawa sumpah setia yang berupa akurjanji untuk saling berbaik, bantu-membantu dan tidak khianat-mengkhianati di antara Long Gaffar dan Long Yunus termasuk zuriat mereka masing-masing, telah dilafaz dan diikrarkan oleh Long Yunus di hadapan  baginda Long Gaffar sewaktu perayaan pembukaan Istana Kota Limbat dan sekaligus istiadat pemasyhuran serta menjunjung Duli Baginda Long Gaffar sebagai raja dan pemerintah Kelantan yang sebenar dan dominan.

1.13 Mengasaskan Wangsa Raja-Raja Kelantan Dari Zuriatnya.—Setelah kemena ngan terakhir itu, Long Gaffar pada mulanya dikatakan bercadang untuk balik ke Reman, tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh rakyat dan di pembesar-pembesar di Kota Kubang Labu. Mereka dikatakan telah bermesyuarat dan membuat keputusan supaya baginda Long Gaffar terus tinggal di situ kerana mereka berpendapat bahawa hanya Long Gaffar sahajalah yang mampu untuk mengembalikan keamanan serta menyatukan keseluruhan jajahan takluk dan wilayah-wilayah Cik Siti Wan Kembang. Baginda akhirnya akur dengan kehendak rakyat dan mengambil keputusan untuk terus bertapak di situ. Long Gaffar telah mengisytiharkan bahawa nama negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang itu telah ditukar menjadi “Negeri Kelar Lintang”. Baginda juga telah mengisytiharkan, negeri Kelar Lintang ini secara umumnya akan dibahagi dua di mana di sebelah pantainya akan diwakili oleh Long Yunus, manakala bahagian daratnya akan diperintah secara terus oleh Long Gaffar.  Long Gaffar akan memerintah dan mentadbir seluruh negeri Kelar Lintang melalui sistem perwakilan kuasa deligating power” iaitu dengan pembahagian sempadan-sempadan dan wilayah-wilayah atau daerah-daerah tertentu di mana sempadan-sempadan negeri dibuat secara “kelar lintang”. Sempena dengan persempadanan beginilah, maka Kelantan berolih namanya iaitu “Kelantan”, yang membawa maksud “negeri yang dikelar lintang”. Long Gaffar telah menjalankan pusat pemerintahan baginda yang pertama di Kota Kubang Labu, iaitu sebelum berpindah ke Kota Jelasin dan  seterusnya berpusat di Kota Limbat. Long Yunus pula dikatakan tidak berada lama di Kota Kubang Labu kerana dia telah berpindah dan menetap di Istana Galoh di tepi Sungai Kelantan (di Lorong Minyak Gas)

1.13.1 Kota Jelasin.—Kemusnahan yang disebabkan oleh peperangan Kota Kubang Labu ke-2  menjadikan Kota Kubang Labu tidak sesuai lagi untuk dijadikan ibu kota pemerintahan, maka Long Gaffar telah berusaha mencari lokasi baru untuk mengalih pusat pemerintahannya ke sana. Dalam proses pencariannya itu, baginda dikatakan telah menjumpai sebuah kampung di Jelasin dan sekaligus membina kota pemerintahannya di sana sementara tempat lain yang baik ditemui. Long Gaffar dikatakan telah menetap dan menjalankan pemerintahan di Kota Jelasin selama kira-kira setahun. `Jelasin’ adalah mengambil sempena nama sebatang pokok pulau yang `betul lesing’ yang kemudian dinamakan `Jelasin’ Namun demikian, ada andaian lain, ia mengambil sempena nama pokok “jelai” yang lurus dan tinggi , kerana menurut bahasa daerah Kelantan bahawa untuk menyatakan sesuatu yang sememangnya benar dan betul diungkapkan sebagai “betul lesing”, di mana lama-kelamaan pokok jelai yang betul lesing itu menjadi “Jelasin”.

1.13.2 Kota Limbat.-Dalam usaha mencari-cari kawasan baru yang  baik dan sesuai untuk dibangunkan kota dan istana sebagai pusat pemerintahannya  yang kekal di Kelantan, Long Gaffar mendapat berita tentang suatu peristiwa aneh yang berlaku  ke atas dua orang suami isteri yang tinggal berdekatan sebuah kolam di suatu tempat yang belum lagi bernama pada masa itu berhampiran dengan kampung Pauh Butut (sekarang kampung Kerasak, Limbat). Kedua-dua suami isteri itu dikatakan telah melanggar pantang-larang yang merupakan akujanji mereka berdua, telah menyebabkan mereka hilang ditelan kolam sakti dan berpuaka itu.

1.13.3 Pembinaan Kota Limbat.—Ekoran dari peristiwa aneh tersebut Long  Gaffar dan beberapa orang pembesarnya mengunjungi tempat berpuaka dan misteri itu, didapatinya terdapat dua ekor ikan di kolam berkenaan, iaitu seekor ikan limbat berwarna putih dan seekor lagi ikan seluang berwarna emas. Oleh itu baginda amat meminati tempat itu dan sekaligus berkenan untuk dijadikan tapak kota dan sebagai pusat pertadbiraan  pemerintahan baginda dan generasinya kelak di negeri Kerat Lintang. Berikutnya, apabila hasratnya ini dimaklumkan kepada semua pembesar-pembesar dan rakyat jelatanya maka mereka juga bersetuju lantas mereka bersama-sama baginda bekerja bergotong-royong siang dan malam membina kota dan istana, menggali parit dan kubu pertahanan. Tarikh pembinaan istana ini dipercayai sekitar tahun 1764M, iaitu jika diambil kira dari tahun berlakunya Perang Kota Kubang Labu Ke-2 pada tahun 1762M dan kemudiannya tempoh masa Long Gaffar bersemayam di istana Kota Jelasin selama setahun. (Terdapat keraguan berkenaan tarikh sebenar bermulanya pemerintahan Long Gaffar di Kelantan. Ini kerana jika dikira berdasarkan cerita lisan keluarga Long Gaffar, tahun bermulanya pemerintahan baginda di Kelantan ialah sekitar tahun 1760M. Tarikh ini diandaikan dari peristiwa Perang Kota Kubang Labu pertama pada 1758M/1172H, di mana sebaik sahaja perang tamat Long Gaffar telah berangkat balik ke Reman dan bersemayam di sana selama 3 bulan. Kemudian baginda telah bertolak ke Kota Kubang Labu sebelum bertolak ke Terengganu bagi menyabung ayam dan di sana baginda diraikan selama 6 bulan (purnama). Berdasarkan tempoh masa di atas adalah dipercayai Perang Kota Kubang Labu Ke-2 berlaku sekitar tahun 1760M dan tempoh masa perang itu tidak lama. Jadi berdasarkan andaian di atas dapat disimpulkan bahawa  , tahun bermulanya pemerintahan baginda di Kelantan ialah sekitar tahun 1760M. Selanjutnya baginda kemudiannya bersemayam di Kota Jelasin selama setahun dan selepas itu baginda membuka Kota Limbat iaitu sekitar tahun 1762M)

Parit  sedalam 10 kaki dan lebarnya 10 kaki digali mengelilingi kota. Di atas tebing di sebelah dalamnya pula dibina dinding kebal supaya tidak mudah runtuh. Manakala pin-   tu depan kota yang dibina itu adalah sama dengan pintu dua daun yang terdapat pada ista na Balai Besar, Kota Bharu. Di atas kolamnya di atur kayu-kayu cengal yang ditebang di jadikan lantai , dan di atasnya (Lantai) dibuat dan dikonkrit dengan simen tebal. Simen yang digunakan itu adalah dari campuran putih telor dan kapur (sireh) yang digaul begitu sebati dengan pasir khas dan kemudian ianya diturap dan ditutup pula dengan tanah yang bercampur garam yang menjadikan simennya bertambah kukuh dan terlindung oleh tanah yang kelihatan asli yang seolah-olah tiada simen di bawahnya, dan dikatakan bahawa kota dan tembok pertahanan di sekeliling istana Limbat adalah seluas kira-kira 6 ekar.

Selepas kota pertahanan dibina, didirikan pula sebuah ‘ Rumah Pentas sebagai tem pat pertapaan diraja dan beberapa alat kelengkapan perang juga disimpan di rumah ini se- bagai persediaan awal untuk menghadapi kemungkinan serangan musuh, oleh itu ia meru-  pakan tempat larangan, di mana rakyat dan sesiapa sahaja yang tidak berkenaan diharam kan dari menghampiri, menaiki atau mendudukinya tanpa kebenaran pihak berkenaan (lakaran     )

Bangunan kedua yang dibina pula dijadikan “Balai Persidangan” iaitu tempat di mana segala acara yang berkaitan dengan pemerintahan negeri akan dilangsungkan. Keseluruhan istana ini dibina bertiang dan dikatakan tingginya dari tanah ialah 15 kaki. Setelah istana tersebut siap sepenuhnya maka Long Gaffarpun menamakannya sebagai istana Kota Limbat, iaitu bersempena dengan nama ikan limbat yang berada di dalam kolam yang kini berada di bawah istana berkenaan. Di dalam istana tersebut didapati alat-alat kebesaran diraja yang penting seperti sebuah gong besar yang diberinama, “Lalat Hijau”. Gong ini, kini berada  di Istana Balai Besar Kota Bharu, yang asalnya dipinjam dari Tengku Chik Wok, saudara  tiri Long Senik Mulut Merah (Sultan Muhammad II). Tengku Chik Wok, cucu Long Gaffar, orang yang terakhir bertanggungjawab kepada Istana Limbat dari zuriat Long Gaffar.

1.13.4 Upacara Menjunjung Duli.—Apabila istana Kota Limbat telah siap dibina sepenuhnya, maka diadakanlah majlis pemasyhuran dan istiadat menjunjung duli. Semua pembesar dan rakyat jelata dari seluruh jajahan takluk negeri Kerat Lintang masuk mengadap untuk menjunjung Duli Tuanku Baginda Long Gaffar dan sekaligus mereka sama-sama pula berdoa kepada Allah Ta`ala memohon taufiq dan hidayatNya agar negeri Kerat Lintang, raja dan rakyatnya sentiasa berada dalam aman sentosa, sejahtera dan makmur selama-lamanya.  .

Semasa bersemayam buat kali pertamanya di Kota Limbat, upacara mengadap dan menjunjung Duli diadakan. Long Yunus juga turut hadir mengadap Long Gaffar, di mana dalam majlis tersebut Long Yunus telah melafazkan taat setianya kepada baginda Long Gaffar dan sekaligus pula mereka sama-sama melafazkan pula suatu “Akujanji” khusus yang dimulai oleh Long Yunus dan disempurnakan pula oleh Long Gaffar dengan lafaz yang sama bagi pihak zuriat masing-masing untuk saling tidak derhaka menderhakai satu sama lain dan sentiasa menjaga hubungan baik di antara ahli-ahli keluarga mereka.

1.13.5 Pembahagian Kuasa Pertadbiran Negeri dan Daerah.— Sebagai raja yang berdaulat dan pemerintah Kelantan yang sah, di dalam majlis pemasyhuran dan istiadat menjunjung Duli Tuanku Baginda Long Long Gaffar bersempena dengan pembukaan Kota Limbat itu baginda telah berkenan mengurniakan kepada Long Yunus kawasan pemerintahan, iaitu dari sungai Pasir Tumbuh hingga ke Kuala Kemasin dan ke baratnya dari Lorong Minyak Gas (Kota Bharu) sampai ke Tabal dan berakhir di Bukit Tanjung, Menara (Narathiwat, Thailand). Semasa majlis tersebut Long Gaffar telah bertitah kepada Long Yunus dengan kata-kata, “Adik duduk di sana kawal kawasan kuala, apabila ada serangan berlaku, cepat-cepatlah beritahu kepada Abang di Limbat”. Manakala beberapa kawasan lain yang bersempadan dengan jajahan Besut, Terengganu yang merangkumi Semerak, Jeram, Seligi dan Bukit Yong (Wakaf Raja) di Pasir Puteh memanjang sampai ke Kuala Dua, Bachok yang melingkungi kawasan-kawasan di sepanjang Sungai Bekelam sehingga ke Pasir Tumbuh dan seterusnya Kemuning (Machang), Kelaweh (Tanah Merah) dan Kangkong (Pasir Mas) di sebelah Utara, adalah ditadbir atau diperintah oleh Long Gaffar dan zuriatnya. Sempadan bagi kedua-dua kawasan pemerintahan ini ialah Sungai Pasir Tumboh. Pengurniaan kawasan pemerintahan sendiri ini tidak akan menjadikan Long Yunus atau mana-mana pembesar yang lain berkuasa mutlak, di mana ianya lebih merupakan perwakilan kuasa atau deligating power”. Ini bermakna, walaupun mereka diberikan kawasan pemerintahan sendiri, namun kuasanya adalah terbatas. Kuasa pemerintahan yang sebenar masih lagi berada di bawah kekuasaan baginda Long Gaffar yang berpusat di Kota Limbat.

Selain daripada Long Yunus, anugerah kuasa pertadbiran daerah juga diberikan kepa da orang-orang lain yang berjasa kepada raja dan negeri dan sekaligus ianya dilantik sebagai penguasa tempatan yang mewakili raja di peringkat daerah atau wilayah yang ber tanggungjawab kepada  pemerintah pusat. Berhubung dengan ini, Panglima Adas diberi kan kawasan Kadok. Dato` Kadok yang terkenal dalam sejarah Kelantan itu adalah dari keturunan beliau. Manakala panglima-panglima lain masing-masing mempunyai kawasan nya yang tersendiri, misalnya seorang diberikan kawasan Jelawat (Bukit Bato), Bachok. Secara keseluruhannya konsep perwakilan kuasa melalui pemberian wilayah-wilayah pentadbiran kepada mereka yang berjasa semasa pemerintahan baginda Long Gaffar ini selain daripada memudah urusan pentadbiran negeri, ia juga mempunyai kepentingan strategik terutamanya dari segi pertahanan. Andai kata ada angkatan musuh menyerang dari pantai misalnya dapatlah angkatan tentera dari wilayah berkenaan menyekatnya terlebih dahulu dan ia akan memberi masa kepada kerajaan pusat di Kota Limbat mempersiapkan angkatan tenteranya bagi memberi bantuan.

1.14 Pemerintahan Long Gaffar Di Kota Limbat.Long Gaffar mendirikan pusat pe-

merintahan baginda di Kota Limbat dan di sinilah baginda menjalankan pertadbiran dan pemerintahan bagi seluruh negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga Negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan). Pemerintahan yang dijalankan secara langsung oleh baginda mera ngkumi kawasan yang bersempadan dengan jajahan Besut, Terengganu yang merangkumi Semerak, Jeram, Seligi, Bukit Yong (Wakaf Raja) di Pasir Puteh memanjang sampai ke Kuala Dua, Bachok yang melingkungi kawasan-kawasan di sepanjang sungai Bekelam sehingga ke Pasir Tumbuh dan seterusnya Kemuning (Machang), Kelaweh (Tanah Merah) dan Kangkong (Pasir Mas) di sebelah Utara, adalah ditadbir atau diperintah secara langsung oleh Long Gaffar yang berpusat di Kota Limbat, di mana akhirnya kawasan-kawasan ini berada di bawah kuasa tadbiran anak-cucu baginda. Pemerintahan beraja di bawah Long Gaffar dan anak cucunya berjalan dengan baik, aman damai dan wujudnya pembangunan yang pesat di bidang sosial,  ekonomi, rohani (agama), dan politik.


[1] Dalam sersi kerabat Long Gaffar menyatakan Long Gaffar ialah putera sulong (Raja Muda) kepada Tok Nik Reman yang akan menggantikan ayahandanya meenaiki takhta kerajaan Reman (VLG).

[2] Menurut sumber lain,  tiga orang iaitu seorang lagi ialah Sayyid Ibrahim al-Hadhrami al-Jarimi al-Yama ni atau Sayyid Ibrahim al-Ghozi atau Sayyid Ibrahim Asmoro, di mana ia juga Sunan Nggesik (Wan Mohd. Shaghir Abdullah,  ` Ulama Nusantara’ dalam Mega UTUSAN  MLALAYSIA, Isnin  23 Julai 2007:18)

[3] Bahkan beliau mempunyai 7/9 orang anak iaitu 1)  Wan Abdullah atau Sultan `Umdatu`d-Din, Sultan `Umdatu`l-Lah,  juga sebagai Sultan Hud atau Maulana Sultan Mahmud, Sultan Cam (Champa) atau Wan

Abu atau Wan Bo Teri Teri  2) Wan Husein Senawi 3) Wan Demali 4) Wan Hasan 5)  Wan Jamal 6) Wan

Biru  7)  Wan Senik  8)  Syeikh Wan Muhammad Soleh al-Laqihi, dan 9)  Maulana Abu Ishak (Ibid), jika tiada pertindihan nama dan identiti mereka.

[4] Nama sebenar Tuan Long Nik atau Tok Nik Reman ialah Long Ahmad, 1654-1750 (VTK).

[5] Riwayat lain mengatakan 3 orang putera, iaitu  1)  Tengku Long Seri 2) Tengku Long Jenal dan  3)  Tengku Selia Tua (VLG).

[6] Sumber lain menamakan sebagai “ Tanah Seri Indah Sekebun Bunga,Kisaran Payung, Wilayah Cik Siti Wan Kembang” ( sumber: Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Bersejarah, Perbadanan Muzium Kelantan,

[7] Dengan pertolongan Tok Mandur Mid, Long Gaffar mendapat khidmat seorang pakar ayam sabung yang bernama “Junoh (Yunus/Long Yunus)”, iaitu yang bukan sahaja sebagai pakar ayam laga tetapi juga seorang  pawang diraja di istana Kota Kubang Labu yang kemudian menjadi rakan akrab Long Gaffar (VLG/VTL/VTK ). 

[8] Iaitu sebelah negeri Terengganu dri Tanjung Kuala sampai ke Kuala Setiu dan dari tepi lautnya membawa ke daratan 2,000 dada (depa) adalah terserah kepada panglima Bugis (Sa`ad Shukri, 1971: 60)

[9] Iaitu Sultan Mansor (Misbaha)