Pantang larang memakan rebung buluh betong

Kisah ini merupakan lanjutan daripada kisah pantang larang memakan ikan kekacang sebelum ini kerana ada permintaan daripada rakan-rakan pembaca yang mahu saya menceritakan kisah pantang larang memakan REBUNG atau menggunakan sebarang PERALATAN yang diperbuat daripada BULUH BETONG pula. Kisah pantang larang memakan rebung buluh betong ini sangat popular di Kelantan khususnya di kalangan kerabat RAJA JEMBAL, di mana hanya kerabat atau keturunan Raja Jembal sahaja yang mempunyai dan mengamalkan pantang larang ini. Walau bagaimanapun, dikatakan keturunan Raja Jembal ini juga turut berkongsi pantang larang yang sama dengan kerabat Di Raja yang lain di Kelantan iaitu sama-sama tidak boleh memakan ikan kekacang.
Asal-usul atau salsilah keturunan Raja Jembal ini bermula daripada seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja Bersiong yang telah singgah lalu kemudiannya terus menetap di Kota Jembal (asalnya Kedai Lalat), kira-kira 10 kilometer dari Kota Baharu. Raja Bersiong ini dikatakan membawa dua orang anak angkat yang bernama Raja Sakti dan seorang lagi bernama Tuan Puteri Mani Kemian.
Ada cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu berasal dari ‘buluh betung’ dan Tuan Puteri Mani Kemian itu terbit dari ‘buih’. Raja Bersiong dikatakan telah mewasiatkan supaya anak cucunya tidak memakan sayur REBONG buluh betong dan tidak membenarkan anak cucunya membuat alat-alat rumah atau alat-alat pertanian dan lain-lainnya daripada buluh betong. Ekoran daripada cerita dongeng itulah menyebabkan anak cucu Raja Jembal tidak memakan sayur rebung buluh betong yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu sejak dulu hingga sekarang. Selain itu mereka juga tidak digalakkan memakan sejenis ikan bernama ikan kekacang, sama seperti keturunan Long Gaffar dan Long Yunus.
Walau bagaimanapun, saya diberitahu bahawa ramai dari kalangan cucu-cicit Raja Jembal zaman sekarang menyifatkan cerita itu sebagai dongeng dan sudah tidak percaya lagi dengannya. Cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu keluar dari buluh betung dan Tuan Puteri Mani Kemian itu keluar dari buih hanyalah rekaan dan khayalan penulis sejarah yang tidak begitu arif tentang sejarah dan salsilah Raja jembal.
Sejarah keturunan Raja Jembal itu bermula daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani Kemian, kedua duanya anak angkat Raja Bersiong. Setelah kemangkatan Raja Bersiong, Raja Sakti telah dilsytiharkan sebagai raja yang berdaulat di sekitar Kedai Lalat dan beberapa daerah lain di Kelantan.
Hasil daripada perkahwinan Raja sakti dengan Puteri Mani itu lahirlah Raja Loyur, Raja Omar, Raja Bahar dan beberapa orang putera dan puteri lagi. Keturunan Raja Jembal yang ada sekarang ini ialah cucu cicit kepada Raja Sakti dan Puteri Mani Kemian itu.
Pemerintahan Raja Jembal di Kelantan berakhir setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung pada tahun 1725. Setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung satu rebutan kuasa telah berlaku antara putera-puteranya iaitu Raja Abdul Rahman dengan kekandanya, Raja Pah.
Akibat daripada perebutan kuasa itu, Raja Abdul Rahman tersingkir daripada takhta pemerintahan keturunan Raja Jembal ini dan suami kepada Raja Pah, Tuan Besar (atau lebih dikenali sebagai Long Bahar) mengambil alih pemerintahan daripada keturunan Raja Jembal.
Perpecahan telah berlaku dalam kerabat keturunan Raja Jembal lni kerana Tuan Besar (Long Bahar) yang mengambil alih pemerintahan itu berasal dari Patani. Sepatutnya Raja Abdul Rahman yang mewarisi takhta bagi meneruskan kuasa keturunan Raja Jembal ini kerana Tuan Besar atau Long Bahar itu bukan daripada keturunan Raja Jembal.
Walaupun pemerintahan Raja Jembal telah berakhir, namun kesan sejarahnya masih wujud dengan adanya makam Raja Loyor, makam Raja Omar dan makam Raja Bahar yang telah dibaiki dan dibina semula oleh pihak Muzium Negara dalam tahun 1970an. Makam-makam ini terletak di sekitar Kedai Lalat.
Sebuah sekolah menengah di Kedai Lalat telah diberi nama Sekolah Menengah Raja Sakti dan sebuah sekolah rendah di pekan yang sama diberl nama Sekolah Kebangsaan Raja Bahar. Kerabat keturunan Raja Jembal sekarang berada di sekitar Kota Jembal, Pulau Melaka (termasuk keturunan Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat), Sering dan di daerah-daerah lain di Kelantan dan mereka masih lagi mengekalkan adat istiadat serta menggunakan bahasa diraja atau bahasa lstana dalam pertuturan antara sesama mereka.







about 3 years ago
Ada tak kisah pantang makan bayam tanah?
about 3 years ago
Tak pernah dengar…ceritalah lebih lanjut. Nanti saya cuba cari.
about 3 years ago
ada imey.seingat-ingat saya legenda dari utara ada menyatakan bahawa bukan sahaja bayam tetapi juga beberapa jenis sayuran – dikatakan keturunan ini akan jatuh papa wallahualam.
about 3 years ago
Salam.
artikel menarik.. adakah keturunan raja jembal ini adalah ahlul bayt seperti kesultanan melayu sekarang?
about 2 years ago
kisah ikan kekacang plak mcm na? ada sapa2 tau..yg lain2 tu mmg ambo xmakan dah dgn ikan kekacang…tapi kisah ikan kekacang sy kurang tahu…boleh tolong carikan….sapa2 tau…
about 1 year ago
Arwah nenek kater keturunan kami dari Patani.. hmm adakah keturunan kami dari Tuan Besar (long Bahar)…. ish ish ish…. persoklan yg x bole dijawab!!!!!
about 1 year ago
tok wan pun ada bgtau x leh makan rebung buluh betung, ikan kekacang dan ikan sebelah nabi, ampai sekarang mmg x pernah makan,
kes yang ke2, mak saudara tu dia keturunan puteri buluh betung dari patani,
ada la seorang saudara dia makan rebung buluh betung dan kebetulan dia kandar buluh betung di bahu, x semena-mena kulit dia jadi berbutir dan keluar air bisa,
wallahualam..
about 1 year ago
kedai lalat tu masih ada sampai sekarang. apa kaitannya? sila cerita lebih mendalam. saya kurang paham tentang kisah ini.
about 1 year ago
salam,
yg pasal ikan kekacang tu takleh makan sebab ikan tu penah tolong seseorang kat laut. then orang tu bersumpah yg keturunan dia takkan makan ikan ni.
yg pasal buluh tu maybe betul. ada skali sy penah masuk hutan buluh. tiba-tiba sesak nafas, rasa gatal..(masa tu tak tau pasal pantang ni lagi)..
memang pelik. padahal saya takde asma. bila balik umah baru mak bgtau pasal keturunan takleh makan n dekat dgn buluh betong. dan saya tak penah makan rebung w/pun kawan2 suka sgt. tak penah tergerak hati utk makan. taktaulah kalau makan jadi apa. lalu bawah buluh pun dah teruk…
wallahu’alam.
about 1 year ago
sya pn keturunan di raja jembal ….tpi skrng sya msh memggunakan bahasa istana…
about 1 year ago
memang tk bole makan… abah saya makan buluh nie.. hmm… deman sengal2 badan pening2 3 minggu tk ilang2…. tu baru sikit ja makan… hmm… saya memang tk sentuh la… cez besar sngat rebungnye… takut tngok…
about 1 year ago
family sy prnh alami kjadian yg plik2 yg ad kaitan dgn puteri ank raja jembal…sy mula2 xprcya jgk..tp family yg d rasuk 2,mybut nma puteri 2,,sy p0m try cri kt web..tkejut bla jmpa..arwah ibu sy p0m pnh cite sal nih..tp sy xprcya..sy kta bnda karur jew..
about 1 year ago
setahu saya keturunan raja jembal x boleh makan buluh betong, ikan kekacang, siput gondang, kerbau balau selama 7 keturunan kerana itu adalah sumpahan. kerana org dulu2 segala permintaan mereka dimakbulkan oleh ALLAH. kebanyakan mereka mempunyai ilmu agama yang mendalam
about 12 months ago
Sebenarnya bagi saya, tidak boleh kita menolak mentah-mentah kisah pantang-larang yang ada kerana mungkin pada suatu masa nanti, generasi kita yang berikutnya akan menolak juga kisah-kisah kehebatan orang-orang yang lampau kerana mendaulahkan agama. (irhas)
Tetapi oleh kerana kisah pantang-larang ini telah dicampurbaurkan dengan unsur-unsur lain maka, ini perlu juga diperhatikan dan pembersihan sejarah dan kisah sebenar perlu berlaku dengan adil. Apa yang disebut sebagai ‘asal dari buluh betong, ikan kacang dll’ – yang ini yang kita perlu jaga kerana i’tiqad kita boleh rosak kerana semua manusia berasal dari Nabi Allah Adam a.s. Kerana jika silap i’tiqad, kita mungkin dipengaruhi oleh unsur-unsur mistik yang lain yang mungkin berlanggaran dengan syarak – tetapi jangan pula kita memandang rendah seolah-olah hal ini boleh dibuang begitu sahaja kerana setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya dan jalan keluar. InsyaAllah akan saya jelaskan di suatu masa nanti.
Namun, kisah ‘disembunyikan dalam buluh betung dan buih ikan kacang’ ini kita tidak boleh nafikan kerana Allah SWT berkuasa untuk melakukan sedemikian kerana raja-raja yang menyembunyikan zuriat mereka ketika ini sangatlah berdaulat (keramat) kerana mereka dididik oleh ulama-ulama yang bertaraf waliyullah. (rujuk kisah Nabi Allah Zakaria a.s. yang dikurniakan mukjizat bersembunyi di dalam pokok)
Jadi tidak mustahil, jika ayahanda atau bonda asal kepada Raja Sakti dan Tuan Putri Mani Kemenyan susurgalurnya dari Kesultanan Kedah Tua. Sebab itulah susurgalur Raja Jembal sememangnya ada kaitan dengan Raja Kedah (kaitan seketurunan dan bukan semata-mata kaitan dengan jalan perkahwinan)
Kisah ini masih belum dapat dipastikan kecuali satu versi wayang kulit menyatakan bahawa keturunan Raja Kedah dari Kerajaan Kedah Tua (ada versi yang menyatakan Raja Bersiong – di mana saya tidak dapat mempastikan kisah ini – mungkin benar atau tidak) telah datang dan menyelamatkan Raja Sakti dan Tuan Putri Mani Kemenyan.
Dalam konteks kaitan dengan ahlul bayt sememangnya ada secara nasab dan itrah. Tetapi sebelum kita meletakkan nasab/itrah kita dengan ahlul bayt, kita perlu sucikan diri kita rohani dan jasmani dari segala bentuk kesyirikan kekufuran dan keengkaran kerana semua orang tahu bahawa ahlulbayt/ulama warisatul anbia tidak mungkin terlibat dalam perkara-perkara khurafat.
Namun, saya tidak menolak masalah-masalah penyakit dan sindrom ganjil yang dialami oleh kaum kerabat tertentu, cuma mungkin belum berjumpa jalan penyelesaian yang pasti. Jika telah bertemu, barulah kita boleh kembali kepada nasab ahlul bayt. Kerana untuk mengaku diri nasab/itrah, bukan perkara yang boleh dipermain-mainkan.
Ini pandangan dhaif dari saya. Jika masih ada yang mahu mendengarnya.
Wassalam Wallahualam
about 8 months ago
Mak saya pernah berpesan, keturunan atok (ayah kpd mak) tidak boleh makan rebung buluh betung dan daging kerbau balo… Jika makan rebung itu boleh menyebabkan batuk berdarah… Ianya pernah terjadi kpd tok cik saya iaitu adik atok yg bongsu. Jika makan daging kerbau balo pula, badan menjadi bengkak2… Keluarga kami tinggal di Perak ..
about 8 months ago
ada kemungkinan betul sbb atuk sy dulu telah berpesan kepada anak cucunye…”jange make rebung buluh betong ngan ike kace” kata tokku nik mood…..
nak dijadikan cerita satu hari bapak sedara saya pergi kenduri area pasir mas…termakan kerabu rebung..tapi tak tau kerabu rebung ape…dia x tanye… 15 minit selepas makan badannya jadi bintik2 merah, gatal2 n biru….n dia rasa pening…mak sedara pon bertanya tuan rumah ni rebung ape? jawapannya kerabu rebung buluh betong…bawa ke klinik, doktor ckp cari bomoh…so kita org terpaksa lah mencari bomoh yang semuanya serba kuning….akhirnya jumpe lah bomoh tu belah tumpat…diberi air tawar dan seminggu selepas itu kegatalan dan bintik2 merah sudah x de…..jd…crite ni boleh diguna pakai juga lah……ingat pesanan tokku
about 4 months ago
Benda ni pernah terjadi pada diri sy sendiri… hampir dua tahun badan saya gatal-gatal, yang menjadi kemuskilan gatal dan kemerahan pada badan hanya timpul pada waktu pagi tetapi hilang menjelang tengahari… tiap tipa hari benda yang sama terjadi…. selepas di selidik dan bertanyakan mak sy, ternyata sy telah termakan kerabu rebun buluh betong…. doktor sendiri tidak mengetauhi punca dan mengatakan ianya alahan pada kulit sahaja.. alhamdulillah masalah ini telah pulih dan sy telah beringat apabila hendak makan rebun atau sebagainya……
about 4 months ago
Sy berketurunan Raja Jembal….Pada mulanya..,Sy juga tidak yakin akan pantang larang ini tapi apabila mendengar cerita daripada orang tua-tua membuatkan sy ingin tahu tentang kisah ini dgn lebih mendalam. mungkin kisah ini benar ..,jadi pada sesiapa y sama keturunan dgn sy lbh baik anda semua jgn mendekati buluh betong..agar tidak berlaku sebarang kejadian y tidak diingini..Salam..
about 3 months ago
Salam.
Nak kata kisah buluh betong ni dongeng pun tak boleh jgk. Sbb hari tu sy g kws ada buluh tu, balik rumah, seminggu badan gatal. Adik plk termakan rebung tu, gatal n pedih tekak dia tak tau nk cite mcm mn.. Apa pun, kalau dh mudarat tu, tak payah la buat… Mana tau, benda yang tak mudarat blh jadi mudarat disebabkan berkat doa/ sumpah dari nenek moyang.