Gempa bumi di Mersing, Johor

Mengejutkan…satu gempa bumi yang ‘agak kuat pada skala Malaysia’  dengan magnitud 3.2  pada skala Richter telah berlaku di Mersing, Johor pada pukul 9.43 malam, 29 Mac 2012.

Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 2.5 Utara longitud 103.9 Timur. 16km Timur laut Mersing, Johor. Gegaran kecil mungkin dirasai di sekitar Mersing.

Gempa bumi di Mersing, Johor

Kebetulannya ia berlaku pada malam Jumaat…ia sesuatu yang ganjil kerana selama ini pusat gempa biasanya adalah di negara jiran dan kita menerima tempias kecil dari gegaran di sana. Tetapi malam  tadi pusat gempanya HANYA 16 km dari Mersing.

Berita Kosmo! pada 27 Mac 2011 pernah melaporkan bahawa kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Jikalau dahulunya kita hanya merasai  tempias gempa bumi dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina namun kini dengan usia bumi yang kian tua serta ‘nyanyuk’, segalanya telah berubah.

Tidak mustahil jika tidak lama lagi akan ada bangunan yang runtuh atau ada insan yang terkorban kerana digegarkan gempa yang skalanya lebih besar yang berlaku di tanah air kita sendiri.

Apa yang berlaku berhampiran Mersing sebenarnya bukanlah yang pertama dan bukan juga yang terakhir. Sebenarnya sebelum ini pun gempa bumi yang ‘kecil’ telah dilaporkan berlaku di Bukit Tinggi, Pahang dan di Tasik Kenyir, Terengganu.

Jelas sekarang, kita tidak mungkin akan selama-lamanya selamat daripada malapetaka dahsyat ini. Sekarang inipun kita semakin kerap merasai gegaran-gegaran yang berpunca daripada  gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar kita.

Apa yang lebih penting, bukan sahaja gempa bumi yang semakin menghampiri kita, malah semakin kerapnya gempa bumi melanda juga menandakan bahawa kita, bumi dan seluruh alam ini sedang menghampiri ke penamatnya…KIAMAT !