Kita bakal menyaksikan apa yang telah lama kita jangkakan, iaitu: serangan Turki yang dibantu NATO ke atas Syria untuk menghapuskan rejim Syria sekarang dan menggantikannya dengan,  ‘Libyan-style’, dengan  apa yang digelar sebagai rejim Islam  yang lain.

Turki-Syria dua negara seagama yang berkongsi sempadan serta sejarah yang sama.

Bagaimana lagi Israel akan boleh mendakwa bahawa ‘kebangkitan Islam’ kini mengancam  keselamatannya, dan bahawa Israel sedang dikelilingi oleh ancaman Islam oleh itu mereka mesti melancarkan ‘pre-emptive war’ bagi meneruskan kelangsungan hidup?

Bagaimana lagi caranya untuk Israel bangkit menggantikan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia kecuali dengan melancarkan peperangan yang hebat – terutamanya terhadap jiran-jiran Arab yang mengelilingi negara Zionis?

Turki yang pro-NATO dan dengan kerajaan pro-Zionis seolah-olah bertindak  bodoh apabila menjadikan kejadian jet pejuangnya ditembak jatuh  oleh Syria sebagai alasan bagi mewajarkan pencerobohan tentera Turki ke atas Syria.

Sebenarnya pencerobohan tentera Turki ke atas Syria tiada kena mengena dengan tindakan membalas dendam atas kehilangan jet pejuang dan dua juruterbangnya. Sebaliknya, matlamat utamanya adalah bagi  perubahan rejim Syria.

Pesawat pejuang Turki jenis F-4, model yang sama yang ditembak jatuh oleh Syria.

Pernah bersahabat baik...Presiden Syria Bashar al-Assad dan Perdana Menteri Turki Rachep Tayyip Erdogan.

Pencerobohan tentera Turki ke atas Syria boleh dianggap sebagai suatu tindakan yang bodoh disebabkan oleh perkara berikut;

(A) Syria telahpun mengambil tindakan  berjaga-jaga pada tahap yang tinggi dan menjangkakan campur tangan luar (ala-Libya) bagi menyokong pemberontakan bersenjata tajaan Zionis yang setakat ini gagal untuk mengambil alih negara. Jet pejuang Turki yang memasuki ruang udara Syria tidak boleh mengharapkan, dalam keadaan sedemikian, akan dianggap sebagai penceroboh yang tidak bersalah.

Turki sudah bersedia melancarkan perang. Kelengkapan tentera Turki sudah dihantar ke sempadannya dengan Syria.

(B) Jika Rusia dan China bertindak balas terhadap pencerobohan tentera Turki ke atas Syria dengan membantu negara itu, ia akhirnya akan mencetuskan “Malhama” (perang besar) yang dinubuatkan oleh Nabi Muhammad (sallalahu ‘alaihi wa sallam). Bahawa Malhama akan berlaku begitu besar sehinggakan akan kelihatan Perang Dunia I dan Perang Dunia II  tidak lebih hanyalah seumpama sebiji kacang tanah.

(C) Kerajaan Turki harus ingat bahawa Nabi (sallalahu ‘alaihi wa sallam) juga menubuatkan bahawa perang “Malhama” ini  akan membawa kepada penaklukan Constantinople. Ia tidak seharusnya tidak mengambil masa yang lama untuk menyedarkan  orang Islam Turki bahawa penaklukan  Constantinople oleh Sultan Muhammad Fatih pada tahun 1453  tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan nubuat. Umat Islam Turki akan bangkit memberontak terhadap pengkhianatan besar kerajaan pro-Zionis mereka dan bersedia untuk melancarkan perang saudara yang akan memenuhi nubuat.

(D) Oleh itu, pencerobohan tentera Turki ke atas  Syria akhirnya akan membawa kepada perang saudara Turki dan pembebasan kota Constantinople daripada kawalan berbisa NATO.

(E) Memandangkan campur tangan Rusia tidak dapat dielakkan dalam usahanya bagi mempertahankan Syria, pencerobohan tentera Turki itu akan membawa kepada terlaksananya satu lagi nubuat Nabi Muhammad (sallalahu ‘alaihi wa sallam), iaitu:

“Bahawa kamu (orang-orang Muslim) akan membuat satu pakatan dengan Rom.”

Rom di dalam al-Quran yang disebut Empayar Byzantine Kristian Timur. Perlu dijelaskan bahawa selepas Constantinople ditawan pada 1453, ibu kota Rom akhirnya telah berpindah ke Moscow.

Kenyataan ini adalah dikeluarkan untuk membimbing umat Islam agar mereka tidak diperdaya oleh Jihad Islam Protestan Zionis, dan oleh propaganda CNN/ al-Jazeera  yang kini akan menghancurkan manusia.

Oleh: Imran Nazar Hosein, Khamis, 8 Syaaban 1433 H / jun 28, 2012.