ALLAHU AKBAR…perasaan bangga yang tidak terkata pastinya terukir di sanubari setiap rakyat Kelantan dan muslimin keseluruhannya apabila membaca ‘banner’ “QIAM WITH ME” bersama Sultan Muhammad V.

Jommmm....

Belum pernah lagi dalam sejarah moden semenjak tumbangnya Kekhalifahan Empayar Uthmaniah, seorang SULTAN mengajak rakyat jelatanya bangun bersolat serta QIAM bersamanya di waktu dinihari pada ketika umat lain sedang lena dibuai mimpi.

ALHAMDULILLAH…segala puji dan syukur yang tidak terhingga dari hambamu yang kerdil ini kerana limpah kurnia serta rahmat-Mu lah maka pada hari ini kami memiliki SULTAN yang beriman lagi beramal soleh. Semoga Engkau merahmati baginda serta melindunginya dunia dan akhirat…ALLAHU AKBAR !

BERIKUT ADALAH ATURCARA MAJLIS
Program ’QIAM WITH ME’ 1433H/2012M

Pada: 20 Ramadhan 1433H bersamaan 09 Ogos 2012M (Khamis malam Jumaat)
Di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

9.00malam :- Ketibaan Asnaf
9.30malam :- Ketibaan Dif-Dif Jemputan
9.40malam :- Ketibaan YAB. Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.
9.50malam :- Keberangkatan Tiba YTM Tengku Mahkota Kelantan.
9.55malam :- Keberangkatan Tiba KDYMM Sultan Muhammad V.
10.00malam :- Solat Isyak Berjemaah.
10.30malam :- Solat Terawih.
:- Majlis Pengurniaan Zakat kepada 1433 Asnaf oleh KDYMM Sultan Muhammad V dan YTM Tengku Mahkota Kelantan.
11.30malam :- Moreh Minda Bersama Ustaz Azhar Idrus.
:- Sejenak Istirah.

Pakaian :-
Solat Terawih & Majlis Pengurniaan Zakat : Baju Kebangsaan.

Pada: 21 Ramadhan 1433H bersamaan 10 Ogos 2012M (Jumaat)
Di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

3.00pagi :- Persiapan Qiamullail.
3.45pagi :- Keberangkatan masuk YTM Tengku Mahkota Kelantan di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri Kubang Kerian.
3.50pagi :- Keberangkatan masuk KDYMM Sultan Muhammad V di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri Kubang Kerian.
4.00pagi :- Qiamullail dimulakan.
5.00pagi :- Sahur bersama KDYMM Sultan Muhammad V.
5.41pagi :- Waktu Imsak.
5.51pagi :- Azan Subuh.
:- Solat Subuh berjemaah bersama KDYMM Sultan Muhammad V
:- Keberangkatan pulang KDYMM Sultan Muhammad V
:- Keberangkatan pulang YTM Tengku Mahkota Kelantan
:- Bersurai

Pakaian :-
Qiamullail : Sesuai.