Tok Ayah Musa

AL-FATIHAH. Hari ini 26 Januari 2013 Tanah Serambi Mekah, negeri  Kelantan Darul Naim dan Malaysia amnya kehilangan seorang lagi tokoh Ulama’ terkenal iaitu Tuan Guru Haji Musa dari Tumpat Kelantan.

Nama sebenar Almarhum yang terkenal dengan panggilan Tok Ayah Haji Musa ialah Syaikhuna Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Tuan Guru Haji ‘Abdul Qadir Bin Muhammad Yusuf Hafizahullah Ta’ala.

Almarhum telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jam 3:00 pagi setelah beberapa minggu berada di wad CCU HUSM Kubang Kerian.

Almarhum  yang merupakan pengamal Tariqat Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ad-Dandarawiyah memiliki Syahadah ‘Aliyyah daripada Madrasah Darul ‘Ulum Ad-Diniyah, Makkah Al-Mukarramah dan Ijazah ‘Aliyyah daripada Kuliyah Hadith Asy-Syarif dan Dirasah Islamiyah, Jami’ah Islamiyah, Madinah Al-Munawwarah.

Semoga Almarhum ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Jemaah yang hadir semasa upacara sembahyang jenazah Tok Ayah Musa

Satu pesanan Almarhum Tok Ayah Haji Musa – Ulama’ Yang Tawadhuk -  kepada kita semua iaitu tentang kelebihan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW…untuk kita amalkan. WAJIB DENGAR!