Keadaan kesihatan Tuanku Al-Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra dilaporkan sudah beransur baik. Beberapa hari lepas dilaporkan Sultan Kelantan telah dibawa bersiar-siar mengelilingi bandar Kota Bharu dan keesokannya baginda telah berkenan untuk bersama-sama dengan rakyat di Istana Mahkota sempena sambutan harijadi Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry. Berikut adalah gambar-gambar Sultan Kelantan yang dipetik daripada beberapa sumber.

Istana Mahkota yang menjadi tempat bersemayam Sultan Kelantan

Sultan Kelantan dibawa mengelilingi Kota Bharu

Sultan Ismail dibawa besiar-siar dengan kereta Bentley

Majlis harijadi Tengku Temenggong Kelantan

Sultan Kelantan dibawa ke majlis harijadi anakanda baginda

Sudah mampu tersenyum

Sultan Kelantan bersama-sama dengan anak-anak yatim

Semoga Allah mengurniakan kesihatan kepada Tuanku

TERKINI : Video sekitar majlis di Istana Mahkota  http://www.facebook.com/video/video.php?v=1393063634176&ref=ss